You are currently viewing Adakah Kualiti Isi Buah Durian Dapat Dikekalkan Melalui Sistem Penanaman Campuran?

Adakah Kualiti Isi Buah Durian Dapat Dikekalkan Melalui Sistem Penanaman Campuran?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Ada pihak mungkin berasa musykil sama ada sistem penanaman campuran durian akan menjejaskan kualiti isi buah yang asal. Misal kata durian Musang King ditanam bersama dengan D24, IOI atau baka lain. Debunga daripada baka-baka ini ada yang akan melekat pada stigma bunga betina Musang King ekoran pendebungaan oleh serangga, kelawar atau keluang. Dalam keadaan ini, adakah kualiti isi buah Musang King akan terjejas? Menurut sangkaan biasa, kualiti isi buah tersebut tentu akan berlainan daripada isi buah durian asal.

Namun mengikut satu kajian yang dijalankan di daerah Chanthaburi, Thailand antara tahun 2000 – 2001 serta 2002 – 2003 bagi menilai kesan kualiti isi buah asal selepas pendebungaan silang berlaku di antara baka Monthong, Chanee, Kradum Thong dan Phaung Manee, sangkaan ini didapati tidak tepat.

Hasil kajian itu menunjukkan bahawa pendebungaan silang (pendebungaan tidak sama baka) sebenarnya tidak banyak mempengaruhi kualiti isi buah durian asal. Sebaliknya buah yang diperolehi melalui pendebungaan silang bertambah canggih, iaitu menghasilkan bentuk buah yang lebih besar serta lebih seragam. Keadaan ini akan meningkatkan nilai kosmetik buah. Tambahan, pendebungaan silang juga menghasilkan biji benih buah yang lebih normal ekoran persenyawaan berlaku dengan lebih sempurna. Proses ini juga memperkasakan kadar pembuahan yang lebih tinggi kerana putik buah tidak mudah gugur selepas pendebungaan silang berlaku berbanding pendebungaan diri (pendebungaan sesama baka daripada pokok yang sama).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Satu keadaan yang aneh telah wujud iaitu pendebungaan diri mampu menghasilkan biji kesep dalam isi buah dengan kadar lebih banyak berbanding pendebungaan silang. Biji kesep menandakan isi buahnya lebih padat dan banyak justeru sangat berbaloi untuk dinikmati. Pada hakikat, pembentukan biji kesep didapati tidak banyak kaitan dengan pendebungaan diri, sebaliknya lebih berkaitan dengan aspek genetik pokok. Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa baka durian yang telah dibiak baka dan dikomersialkan oleh pihak Thailand yang memperlihatkan kadar biji kesep yang agak tinggi dalam buah, umpamanya baka Chanthaburi 5 mengandungi 28.07% biji kesep, Chanthaburi 6 mempunyai biji kesep 21.63% serta Chanthaburi 3 juga ada 8.83% biji kesep di dalam buahnya.

 

Bahan rujukan :

1. Chitose Honsho et al., “Pollen sources effects on seed formation and fruit characteristics in Thai durian”, Trop. Agri. Develop. 53 (1): 28-32, 2009.
2. Michael J. Brown, Durio-A bibliography review, International Plant Genetic Resources Institute, 1997, pp. 77.
3. Dr. Songpol Somsri, Durian in Thailand – A success story, Asia Pacific Association of Agricultural Research Institutions, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/