You are currently viewing Kaedah Baru Memerangi Ulat Bungkus Di Ladang Sawit

Kaedah Baru Memerangi Ulat Bungkus Di Ladang Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Ulat bungkus (bagworms) adalah serangga perosak yang signifikan di ladang kelapa sawit. Ia akan makan dan merosakkan daun pokok dengan kadar yang cepat, menyebabkan kecekapan proses fotosintesis daun merosot dan selanjutnya menurunkan pengeluaran buah tandan sawit.

Sepanjang masa ini walaupun racun kimia memaparkan kesan kawalan terhadapnya, namun penggunaan racun kimia juga menjahanamkan serangga pemangsa ulat bungkus pada masa yang sama. Keadaan ini akan menyebabkan serangan yang lebih serius lagi oleh ulat bungkus yang terlepas daripada jejasan racun kimia tersebut. Di bawah keadaan tanpa kehadiran pemangsa, kadar pembiakan ulat bungkus akan berkali ganda dan membentuk populasi yang besar sehingga dapat merencatkan pertumbuhan pokok dan penghasilan buah.

Justeru itu, kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pests Management) yang memberatkan penggunaan teknik mesra alam seperti agen kawalan biologi berbentuk serangga bermanfaat dan cara-cara bebas racun kimia lain, semakin mendapat perhatian berat. Dalam keadaan ini, dua kaedah baru telah berjaya diselidiki oleh MPOB bagi memerangi ulat bungkus dengan lebih berkesan, lebih murah dan mesra alam sepenuhnya.

Kaedah 1: Penternakan Serangga Pemangsa Ulat Bungkus (MPOB TT NO. 486)

Ulat bungkus mempunyai banyak pemangsa di ladang sawit, di antaranya ialah serangga Sycanus dichotomus (Hemiptera: Reduviidae) yang dapat memburu ulat bungkus dan ulat jelatang di ladang sawit dengan cekap. Serangga ini berukuran 23 mm dan berwarna hitam perang. Spesis ini mempunyai rostrum yang panjang jika dibandingkan dengan spesis Hemiptera yang lain. Rostrum yang panjang ini dapat menusuk ke dalam sarung atau beg ulat bungkus dan memburu ulat bungkus yang tersembunyi di dalam.

Sycanus dichotomus justeru itu merupakan agen kawalan biologi yang baik untuk mengawal populasi ulat bungkus di ladang dan merupakan salah satu elemen penting dalam Pengurusan Perosak Bersepadu. Untuk menggunakan Sycanus dichotomus sebagai agen kawalan biologi, maka populasinya di ladang perlu diperbanykkan. Melalui ternakan serangga ini maka matlamat tersebut dapat dicapai. Kos penternakan Sycanus dichtomus adalah lebih tinggi sekiranya menggunakan pemangsa komersial lain sebagai sumber makanannya, iaitu RM0.63/ekor dan akan menjadi halangan kepada viabiliti penternakan ini.

Kajian MPOB mendapati larva mealworm, T. molitor dan larva rice moth, C. cephalonica boleh digunakan sebagai sumber makanan kepada Sycanus dichotomus pada kos yang jauh lebih rendah, iaitu RM0.15/ekor (termasuk kos menternak). Pertumbuhan Sycanus dichotomus didapati adalah lebih baik kedua-dua sekiranya larva ini dikombinasikan sebagai bahan makanannya.

Kedua-dua jenis larva ini boleh diternak dengan mudah dan murah, selanjutnya dapat menambah kadar kejayaan penternakan Syanus dichotomus secara besar-besaran. Apabila serangga ternakan ini telah dewasa, ia boleh dilepaskan ke ladang sawit untuk memerangi dan memburu ulat bungkus serta menghapuskannya.

Sumber Maklumat :

Siti Nurulhidayah Ahmad, Norman Kamarudin dan Zulkefli Masuan, “Mixed Prey As A Food Source For Mass Rearing Of The Bagworm Predator, Sycanus dichotomus, MPOB Transfer of Technology Seminar 2011, MPOB TT. No. 486.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Kaedah 2 : Perangkap Melekit Bagi Memerangkap Ulat Bungkus Dewasa (MPOB TT NO. 487)

Sejenis perangkap melekit telah dicipta untuk memerangkap kupu-kupu ulat bungkus. Alat ini diperbuat daripada kepingan plastik atau zink serta disemburi dengan glu polybutene, kemudian digantung pada tiang kayu setinggi 2m yang terpacak pada tanah. Ia juga boleh digantungkan pada pelepah tengah pokok rendah. Bagi mengurat kedatangan kupu-kupu ulat bungkus, 4 sarung ulat bungkus yang mempunyai ulat bungkus betina dewasa di dalamnya digantung di atas alat perangkap ini.

Ulat betina di dalam sarung tergantung di situ akan menghambur sejenis feromon mengurat kedatangan kupu-kupu ulat bungkus. Kaedah manual ini adalah cara yang sesuai bagi mengurat kupu-kupu buat masa ini kerana setakat ini belum ada feromon buatan tersebut yang boleh didapatkan di pasaran. Melalui cara memerangkap kupu-kupu ulat bungkus, kadar pembiakan ulat bungkus di ladang dapat dikurangkan dan selanjutnya menurunkan populasinya.

Ulat bungkus merupakan larva kupu-kupu yang sudah menetas daripada telur. Apabila mencapai peringkat dewasa, ulat bungkus jantan menjelma menjadi kupu- kupu yang boleh menerbang ke sini sana khususnya ke sarung ulat bungkus betina dewasa yang bersembunyi di dalamnya. Ulat bungkus betina dewasa ini tidak mempunyai sayap dan hanya dapat mengekal di dalam sarungnya untuk mengawan dan membiak.

Dalam musim pembiakan, bahagian hujung sarung ulat bungkus akan terbuka dan kepala ulat bungkus betina akan berhulur-huluran ke luar luar sarung sambil mengeluarkan bau feromon bagi menarik perhatian dan mengurat kedatangan kupu-kupu ulat bungkus untuk aktiviti mengawan. Musim mengawan ini hanya selama 9 hari sahaja. Sesudah itu, hujung sarung tersebut akan ditutup semula.

Menurut kajian yang dijalankan di ladang serangan ulat bungkus oleh MPOB, pemasangan alat perangkap ini telah mengurangkan jumlah sarung ulat bungkus betina yang mempunyai telur di dalamnya sebanyak 20%. Begitu juga dengan populasi larva hidup dan pupa, sama- sama menurun secara signifikan (sila lihat rajah 1).

Sehubungan itu, kajian di beberapa plot yang berbeza umur pokok sawit menunjukkan kupu-kupu ulat bungkus yang terperangkap di dalam setiap perangkap dalam masa satu hari untuk tempoh kajian 14 hari, adalah di antara purata 1.7 ekor/perangkap/hari sehingga 186 ekor/perangkap/hari, menandakan alat ini dapat memburu kupu-kupu ulat bungkus dengan berkesan.

Kajian juga menunjukkan bahawa dalam kawasan yang dipasang perangkap melekit ini, berat purata buah tandan sawit meningkat sebanyak 22% manakala di kawasan kawalan (tidak dipasang perangkap), berat purata buah tandan hanya meningkat sebanyak 15%. Dari sini, ternyata bahawa perangkap ini berupaya meningkatkan hasil buah tandan melalui pengurangan populasi ulat bungkus dan tahap kerosakan daun olehnya.

Secara perbandingan, kos kawalan ulat bungkus dengan menggunakan perangkap melekit ini buat selama 3 pusingan memerlukan RM435.00 manakala kaedah kawalan dengan racun kimia secara suntikan ke dalam batang pokok untuk 3 pusingan adalah lebih tinggi, iaitu sebanyak RM666.00. Ini menunjukkan penggunaan perangkap melekit adalah lebih murah sebanyak 35%. Kos untuk setiap alat perangkap ini adalah RM8.00/unit.

 

Sumber Maklumat :

Norman Kamarudin, Siti Nurulhidayah Ahmad dan Othman Arshad, “A Sticky Vane Trap For Mass Trapping Of The Bagworm, Metisa plana In Oil Palm, MPOB Transfer Of Technology Seminar 2011, MPOB TT No. 487.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :