Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Phytophthora palmivora, sejenis kulat yang telah dikenal pasti menyebabkan penyakit reput tunas (bud rot disease) pada kelapa sawit di Kolumbia. Penyakit ini telah menghapuskan beribu-ribu hektar tanaman kelapa sawit di Amerika Selatan dalam masa 5 tahun. Bagaimanapun, adalah bersyukur penyakit ini tidak pernah dilaporkan di Malaysia dan juga negara-negara lain di Asia Tenggara. Kulat ini tidak dikategorikan sebagai fungi walaupun morfologinya serupa fungi.
Kebanyakan spesies Phytophthora (bermaksud penceroboh tumbuhan dalam bahasa Greek) dianggap sebagai kulat utama yang telah membawa pencerobohan signifikan terhadap tanaman komersial dan tanaman jati di seluruh dunia termasuk tanaman durian, koko, getah, lada hitam, kelapa, nangka dan papaya. Kulat ini mampu menjangkit pelbagai bahagian tanaman seperti pucuk, tunas muda, daun, batang pokok, buah dan juga akar.
Oleh yang demikian, Pembangunan teknik molikular pengesanan kulat ini oleh MPOB membawa makna signifikan kerana dengan teknik ini, kehadiran kulat ini dalam tanaman dan juga sampel tanah dapat dikesan lebih awal. Dengan kata lain, bahan tanaman dan tanah yang telah dicemari oleh kulat ini dapat dikesan dan dielakkan Walaupun penggunaan. sebelum ini kulat Phytophthora juga dapat dikesan dengan teknik konvensional iaitu secara PCR bergabung dengan beberapa kaedah lain seperti Random Amplifies Polymorphic DNA (RAPID) tetapi keputusan hanya dapat diperolehi sekurang-kurangnya 2 hari. Lagipun, kebanyakan kaedah pengesanan konvensional tersebut hanya dapat mengesan Phytophthora yang spesifik atau tertentu sahaja.
Secara ringkas, kit pengesanan baru terhadap kulat Phytophthora ini melibatkan penggunaan isothermal amplification serta merangkumi isothermal reaction reagents dan juga marker yang dirumus khas untuk mengesan kulat itu. Kaedah pengesanan ini adalah pantas, mudah dan lebih tepat berbanding teknik konvensional. Namun begitu, penemuan baru ini mungkin masih di peringkat pengkormersialan buat masa ini dengan kata lain kit pengesanan tersebut hanya boleh diperolehi di pasaran pada masa akan datang jika terdapat pihak pengeluar yang sudi melabur dalam penghasilan produk tersebut. Menurutnya, kadar pulangan dalaman (IRR) untuk menghasilkan kit pengesanan ini dianggarkan pada 47.7%, nilai bersih semasa (NPV @ 10%) RM 2 006 350 dan nisbah untung-kos diskaun (discounted benefit-cost ratio) (BCR) pada 1.21. Dengan kata lain, kos pengeluaran dianggarkan pada RM2600 sekotak yang terdiri daripada 96 tindak balas. Kos ini tertakluk kepada perubahan.
Sumber maklumat :
Maizatul Suriza Mohamed et al., “Molecular Diagnostic Kit For Detection of Pathogenic Phytophthora”, MPOB Information Series, July 2018, MPOB TT. No. 627.