You are currently viewing Tempoh Berhenti Membaja Bagi Tanaman Sawit Menjelang peringkat Tanam Semula

Tempoh Berhenti Membaja Bagi Tanaman Sawit Menjelang peringkat Tanam Semula

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Mengikut amalan biasa, pokok sawit berumur 25 tahun adalah peringkat untuk menjalankan penanaman semula. Ini kerana pokok melebihi umur 25 tahun tidak lagi mendatangkan hasil yang membaloikan. Namun, juga ada pokok berumur 30 tahun yang masih memberi hasil menggalakkan. Keadaan ini wujud ekoran kesuburan tanah di situ masih mantap. Secara umum, umur 25 tahun menandakan pokok sudah tua dan ia harus ditanam semula dengan baka sawit lebih terkini, memberi hasil lebih tinggi serta mencapai kematangan lebih awal.

Oleh yang demikian, jika program tanam semula sudah ditentukan, maka pengusaha sawit juga perlu menentukan waktu untuk menghentikan pembajaan. Ini kerana kesan pembajaan kebiasaan hanya akan kelihatan selepas 1 1/2 – 2 tahun. Tambahan, pokok tua yang sudah dirancang untuk ditanam semula tidak perlu lagi terus mendapat bekalan baja memandangkan harga baja kini juga berada di aras yang agak tinggi.

Maka itu, mengikut kajian, pokok berumur 25 tahun di tanah pedalaman disyorkan untuk dihentikan pembajaan 4 tahun sebelum berumur 25 tahun, yakni di peringkat umur 21 tahun. Jika tanah di situ merupakan tanah pesisir pantai, maka perhentian membaja boleh bermula di peringkat umur 23 tahun.

Bagi pokok yang ingin ditanam semula di peringkat umur 21 – 24 tahun di tanah pedalaman atas sebab jangkitan penyakit atau kesuburan tanah sudah meleset, maka bekalan baja disyorkan berhenti pada 2 tahun sebelum menanam semula. Dalam pada itu, jika pokok berada di tanah pesisir pantai, maka tiada tarikh disyorkan, bermakna ia bergantung kepada pertimbangan pengusaha sawit masing-masing mengikut keadaan setempat.

Pokok untuk ditanam semula di peringkat umur 23 tahun boleh berhenti membaja setahun sebelum tarikh tanam semula untuk tanah pesisir pantai manakala di tanah pedalaman, kelihatan tiada tarikh boleh ditentukan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Program tanam semula untuk pokok berumur 20 tahun di tanah pedalaman disyorkan berhenti membaja setahun sebelum tarikh tanam semula. Bagaimanapun, tiada tarikh berhenti membaja untuk pokok tanam semula di tanah pesisir pantai.

Kesemua saranan di atas hanya untuk rujukan am kepada pengusaha sawit mengenai tarikh pemberhentian membaja. Andai kata hasil masih tetap baik walaupun sudah sampai tarikh tanam semula, maka tempoh menanam semula kebiasaan akan ditangguhkan oleh pengusaha sawit agar terus mendapat pendapatan daripada hasil pokok. Sebaliknya tanam semula juga boleh dilakukan lebih awal daripada tarikh seperti ditetapkan jika berlaku situasi hasil sudah menurun sehingga tidak berbaloi lagi untuk terus menunggu.

Program tanam semula adalah penting untuk diikuti oleh semua pihak berkepentingan supaya negara dapat mencapai misinya di sektor industri sawit. Perhentian membaja dapat menolong pengusaha sawit menjimat kos serta mengelak daripada pembaziran sumber.

Sumber maklumat :

P.D. Turner and R. A. Gillbanks, Oil Palm Cultivation and Management, ISP, 2003, page 461 – 462.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :