Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Permintaan durian yang tinggi di pasaran telah menyebabkan harganya meningkat ke tahap yang amat memuaskan kepada pengusaha tanaman durian. Keadaan demikian selanjutnya merangsang lebih ramai orang untuk menceburi ke bidang penanaman tersebut sehingga bekalan anak benih durian khususnya baka berkualiti tinggi tidak mencukupi di pasaran. Umpamanya pengusaha tapak semaian buah-buahan dari Sabah terpaksa mencari bekalan anak benih durian di Semenanjung Malaysia kerana permintaan yang turut tinggi di negeri tersebut.
Menurut sumber, anak benih durian khususnya baka Musang King kini mendapat sambutan paling hangat di pasaran. Namun anak benih bagi baka ini amnya mengambil masa 6 – 7 tahun untuk mula mengeluarkan hasil. Kualiti buah dari pokok yang baru matang ada kala kurang memuaskan serta menghadapi masalah isi buah separa masak. Keadaan ini kurang berlaku pada baka durian Musang King yang dibiak secara tampang melalui kaedah cantuman pada pokok tua, iaitu pucuk baka durian Musang King dicantumkan pada batang pokok tua.
Â
Pokok tua seumpama ini boleh berasal daripada pelbagai baka termasuk D24. Melalui kaedah ini. baka durian di kebun masing-masing yang terdiri daripada baka kurang bernilai itu dapat ditransformasikan menjadi kebun durian Musang King. Baka cantuman ini mula berbuah dalam masa 3 – 4 tahun, iaitu lebih awal 2 – 3 tahun berbanding 6 – 7 tahun bagi pokok yang ditanam dengan anak benih. Pengeluaran hasil buah yang boleh diperolehi bagi pokok yang dicantumkan selama 4 tahun sahaja berpotensi mencapai 50 biji/musim iaitu satu prestasi hasil yang lebih unggul daripada pokok yang ditanam secara anak benih.
Untuk memupuk pengeluaran hasil dengan lebih awal dan juga berkualiti, penggunaan baja amat dipentingkan oleh pengusaha tanaman durian yang progresif. Mereka sanggup mengkaji kaedah pembajaan yang baik supaya prestasi hasil dan kualiti buah dapat berada di tahap menggalakkan. Dalam konteks ini, pembajaan selalu dijalankan dengan teliti agar tanah tidak menjadi terlalu masam kerana tanah masam memberi kesan negatif terhadap kualiti buah serta keberkesanan pembajaan oleh sebab nutrien tertentu mudah terkunci dalam keadaan tanah yang masam.
Kaedah menanam baja juga diterapkan oleh sesetengah pengusaha tanaman durian dengan cara menggali 4 lubang di bawah kanopi pokok. Bagi mendapat kesan yang lebih baik, mereka mencampurkan baja sebatian dan baja organik menurut nisbah 1 : 2 kemudian baru ditanamkan ke dalam lubang. Didapati banyak akar halus berwarna oren gelap telah berselerak ke hala penanaman baja tersebut menyatakan bahawa pembajaan itu telah membawa kesan untuk pertumbuhan akar yang lebih banyak serta diserapkan dengan lebih optimum ekoran kadar kehilangan nutrien yang lebih rendah daripada kaedah taburan di permukaan tanah.
Pokok durian yang telah dicantum dan mengeluarkan hasil itu sering menghadapi ancaman perosak serangga dan juga kulat. Pada hakikat, pokok durian adalah perumah kepada banyak jenis perosak serangga dan penyakit dan dalam keadaan tertentu, pokok boleh mati seleps diserang. Umpamanya serangan serangga pengorek lubang jarum dan kumbang ambrosia yang menyerang batang dan dahan pokok sehingga pokok mengalami kelayuan daun dan mati dalam masa 2 minggu selepas diserang. Begitu juga dengan kutu psyllid durian yang menyerang pucuk dan daun muda pokok akan menyebabkan daun gugur daripada pokok sehingga meninggalkan ranting sahaja.
Oleh yang demikian, pokok cantuman yang telah dijaga dengan baik dari pelbagai aspek termasuk pembajaan dengan tujuan memperolehi pulangan baik itu jika diserangi perosak serangga atau jangkitan penyakit akan membawa kerugian besar. Justeru itu penggunaan racun perosak serangga dan kulat adalah amalan penting dengan mengambil tindakan segera khususnya semasa mengesan gejala serangan pada pokok, daun atau buah.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336