Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Sion atau mata tunas yang diambil daripada pokok durian induk (yang berkualiti tinggi) hanya boleh disimpan selama 24 jam. Lebih lama daripada masa itu, sion tersebut hendaklah digantikan dengan sion baru. Sion yang dipilih seharusnya mempunyai dua mata tunas.
Sion dipilih daripada pucuk pokok induk dengan berdasarkan pengalaman sendiri supaya hanya sion yang cukup segar dan aktif dipilih. Sion yang dipilih mesti mengandungi 4 – 5 helai daun. Sion paling baik diambil daripada bahagian berhampiran pucuk pokok induk iaitu terletak kira-kira di lokasi 4 – 6 helai daun daripada hujung pucuk. Semasa menjalankan cantuman, semua daun di bahagian hujung sion mesti dibuang supaya semua nutrien pokok dapat disalurkan kepada sion yang akan dicantumkan itu. Perhatian juga perlu diambil supaya tidak memilih sion daripada pucuk air. Pucuk air adalah pucuk yang tumbuh menegak di dahan. Semua pucuk air tidak akan menghasilkan buah.
Pokok penanti umumnya terdiri daripada baka D24 atau baka durian kampung lain yang berhasil tinggi dengan kualiti isi yang unggul. Pokok yang dicantumkan dengan sion daripada pokok induk akan mengekalkan ciri-ciri serupa pokok induk seperti penghasilan yang tinggi, kebesaran buah ataupun warna isi buah yang cantik. Buat masa ini, sion daripada pokok induk Musang king, Duri Hitam, IOI, Udang Merah, Tekka dan lain-lain sering digunakan untuk cantuman dengan pokok penanti yang berasal daripada biji benih durian kampung.
Bagi meningkatkan kadar hidup anak pokok cantuman, kerja cantuman perlu dijalankan semasa pokok penanti tumbuh setinggi 2 1⁄2 kaki. Kadar kematian yang lebih tinggi sering berlaku jika anak pokok cantuman tidak cukup besar dan kuat ditanam ke ladang. Sebagai permulaan, bahagian untuk ditampalkan dengan sion itu dipotong sepanjang lebih kurang 2 inci tetapi mengekalkan secebis “lidah” di bawah untuk menyokong sion yang akan ditampalkan. Ukuran sion juga sepanjang lebih kurang 2 inci. Selepas cantuman mengambil tempat, ia diikat ketat dengan pita cantuman tetapi bahagian mata tunas itu tidak boleh diikat terlalu ketat. Kaedah lain juga boleh diambil dengan mengelak daripada mengikat mata tunas tersebut.
Sebulan atau 1 1⁄2 bulan kumudian, pita cantuman boleh ditanggal sekiranya cantuman itu telah berjaya. Sion yang tidak hidup berwarna hitam menunjukkan cantuman tersebut telah gagal dan perlu dicantum semula. Anak benih yang berjaya dicantum hendaklah dikultur di bawah nauangan pancaran cahaya matahari.

Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Selepas 32 – 35 hari, luka cantuman akan sembuh sepenuhnya. Apabila pucuk baru (sion) tumbuh sehingga ketinggian 2 kaki, maka semua bahagian pokok penanti yang tumbuh di luar bahagian sion tersebut boleh dipangkas dan dibuang supaya membolehkan anak pokok cantuman terus hidup sepenuhnya.
Cantuman dewasa juga salah satu kaedah pembiakan popular untuk mendapatkan baka durian berkualiti tinggi. Kaedah ini menggunakan sion daripada pokok durian berkualiti tinggi kemudian dicantumkan pada pokok penanti yang sudah dewasa. Sebelum cantuman dilakukan, dua dahan utama di bahagian paling bawah pokok dewasa itu dikekalkan untuk menjamin pengangkutan air ke atas pokok terus berlaku. Kemudian, semua bahagian yang tumbuh di atas dua dahan utama itu dipangkas dan dibuang. Pokok tersebut akhirnya akan menghasilkan pucuk baru. Pilih satu batang pucuk yang kuat untuk dikekalkan dan membuang semua pucuk lain. Apabila pucuk itu sudah tumbuh setinggi 2 kaki, maka cantuman boleh dimulakan. Sion yang aktif dan muda dipilih dari pokok induk yang terletak di lokasi 4 – 6 helai daun dari pucuk pokok.
Umumnya, sion yang tua memiliki kadar kejayaan cantuman yang lebih rendah berbanding sion muda. Seperti cantuman sebelumnya, semua daun di hujung sion hendaklah dibuang. Juga perlu diingatkan bahawa sion yang tumbuh di pucuk berdekatan permukaan tanah juga mudah mengalami penuaan dan tidak harus dipilih. Tambahan, cantuman tidak harus dijalankan di musim hujan untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
Cantuman secara kimpalan juga boleh digunakan dalam cantuman dewasa iaitu menggunakan sepohon anak pokok yang sudah dicantumkan kemudian dilekat dan diikat pada pokok durian dewasa. Bahagian cantuman tersebut tentu hendak dipotong terlebih dahulu dan seluruh anak pokok digunakan sebagai sion. Sebulan kemudian, jika bahagian cantuman itu berjaya iaitu ditunjukkan oleh dahan anak pokok cantuman itu masih hidup, maka bahagian akar anak pokok boleh dipotong sepenuhnya. Daun-daun yang tumbuh pada pokok penanti perlu dipangkas selalu bagi meningkatkan pengambilan nutrien oleh bahagian cantuman.
Bagimanapun, kaedah ini juga berkehendakkan dua dahan yang tumbuh di bahagian bawah sekali pokok dewasa itu dikekalkan. Dalam keadaan ini, pokok durian ini akan menghasilkan dua baka buah pada satu pokok yang sama, iaitu baka durian berasal dari pokok dewasa yang tumbuh di dahan utama dan baka durian berkuiliti yang dicantumkan dan tumbuh di bahagian atas dua dahan utama tersebut.