You are currently viewing Durian Bermusim Terawal Juga Satu Tarikan : 604 (D166)

Durian Bermusim Terawal Juga Satu Tarikan : 604 (D166)

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Durian 604 berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Durian ini telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian pada tahun 1987 dan diberikan kod D166. Varieti ini bermusim awal, boleh dikatakan buahnya gugur paling awal di antara kesemua varieti durian. Ini satu tarikan kepada penggemar durian ini kerana bermusim awal.

Dari peringkat bunga sehingga buah mula gugur hanya mengambil masa 90 hari sahaja. Tambahan, musim gugur buahnya berlaku sangat cepat, sekitar dua minggu buah sudah habis gugur. Dengan kata lain, buahnya sudah habis gugur sementara buah varieti lain masih tergantung-gantung di atas pokok.

Bagi mereka yang sukakan isi berwarna kuning, inilah pilihan. Ia adalah varieti durian yang popular terawal di Pulau Pinang. Populariti ini berkaitan dengan musimnya yang berlaku terawal di antara semua durian. Bukan itu sahaja, rasa isinya sangat sedap sehingga ramai yang datang ke Pulau Pinang tidak sabar mencarinya di warung. Pada tahun 1987, durian 604 dianugerahkan sebagai juara dalam satu pertandingan durian.

Melihat pada bentuk buahnya, didapati ia berbentuk bujur serta mempunyai hujung buah yang agak rata sehingga buah boleh “duduk” menegak di atas lantai. Kulitnya nipis justeru sangat senang mengopek buah. Hujung buah mudah rekah walaupun yang jatuh ke dalam jaring. Kadang-kadang buah akan rekah juga dalam masa 1 – 2 jam selepas gugur.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Isi buah membawa rasa manis serta kurang berlemak. Bagi pokok tua, buahnya kadang-kadang cenderung membentuk rasa kebas yang amat digemari oleh sesetengah penggemar durian. Susunan isi buahnya melurus dalam pangsanya. Kelihatan juga agak kurus kerana isinya bukan dari varieti yang berisi tebal. Amnya berat buah dalam 1.5kg. Penggemar tertarik terhadap durian ini tidak lain daripada cita rasanya yang tinggi semasa penikmatan.

 

Bahan rujukan :

Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :