Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Tahun 1988, durian Hor Lor (D163) dipilih sebagai juara dalam pertandingan durian di negeri Pulau Pinang. Bukan mudah untuk mendapat gelaran ini justeru menyatakan kualiti yang ada pada baka ini. Durian Hor Lor berbentuk bujur, namun namanya kelihatan lebih berkaitan dengan susunan isi buahnya yang berbentuk labu atau dikenali sebagai hor lor dalam bahasa Mandarin. Buah ini sederhana harum, manis, berperisa pahit, kering dan melekit. Bagi peminat isi buah seperti ini, pemilihan baka ini tidak akan salah. Durian Hor Lor berasal dari Pulau Pinang, status namanya setanding dengan durian Udang Merah. Bagi sesetengah peminat, ia mungkin selaras dengan durian Musang King di barisan pertama dalam dunia durian. Apakah pendapat kamu mengenai hal ini?
Suasana penanaman yang berlainan telah mewujudkan bentuk buah serta cita rasa yang berbeza di antara kawasan penanaman. Buah Hor Lor ada yang ditanam di Pulau Pinang dan ada juga di Johor. Buah lebih bulat serta biji benih buah yang lebih besar juga didapati dalam baka ini. Demi menikmat buah yang lebih sedap serta biji benih yang kecil dan leper, mungkin lebih elok memilih buah berbentuk bujur. Selain itu, pokok tua juga menghasilkan buah yang lebih sedap serta lebih beraroma.
Di manakah pokok induk durian Hor Lor? Persoalan ini kini sudah tiada jawapan kerana sejarah baka ini sudah lama wujud di Pulau Pinang dan pokok induk sudah luput dalam sejarah. Menurut sumber, durian Hor Lor sudah wujud di negeri tersebut sejak tahun 1824 di kebun yang terletak di Bukit Jambul di belakang bukit Pejabat Pertanian Relau serta di Taman Kenari yang kini sudah dipenuhi dengan perumahan. Kebun ini kepunyaan David Brown pada ketika itu. Arus sejarah selama 200 tahun ini membawa banyak perubahan. Nasib baik progeni baka ini masih wujud ekoran benihnya telah diwariskan oleh keturunan berikut. Inilah keunikan durian, membolehkan cita rasa zaman dulu dinikmati oleh orang kemudian sehingga kini.
Sejak baka ini didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1987, ia mengalami satu cabaran besar pada tahun 1993 kerana Jabatan Pertanian tidak mengesyorkan baka ini untuk ditanami oleh pekebun akibat kualiti buah yang kurang stabil. Perkara ini kelihatan disebabkan oleh faktor cuaca. Walau bagaimanapun, aspek ini kini sudah berubah kerana penampilan kualiti sudah lebih stabil susulan amalan agronomi yang lebih baik ke atas tanaman ini.
Kulit durian Hor Lor berwarna hijau. Hujung buah pula bercorak bintang berwarna coklat cetek. Bagi peminat tempatan, mudah sahaja untuk membezakan buah ini dengan durian Musang King (D197). Namun tidak begitu bagi peminat dari luar negara khususnya dari negara China yang teringin merasai Musang King sehingga menjadi sasaran pengeliruan oleh penjual sebagai Musang King. Keadaan ini disebabkan oleh isi buah Hor Lor yang kadang-kadang berwarna kuning gelap justeru disalah tanggap sebagai Mudang King. Perbezaan ketara antara baka ini dengan Musang King dapat dilihat daripada sekitar pangkal tangkai Hor Lor penuh dengan duri manakala bagi Musang King, di bahagian itu lebih melicin tanpa duri yang tajam.
Pokok durian Hor Lor muda menghasilkan buah berperisa kurang pekat biarpun tetap manis tetapi dengan isi berwarna kuning cetek. Pokok berumur melebih 30 tahun membawa isi berwarna lebih gelap serta memburu mata. Pokok durian Hor Lor lebih gemar terhadap cuaca yang kering. Buah yang dihasilkan dalam keadaan ini sangat sedap rasanya dan isi buahnya licin, halus serta berkedut. Jika dibandingkan dengan Musang King, rasa pahitnya kurang kuat. Bagi peminat yang menyasarkan penikmatan Musang King, selepas cuba durian Hor Lor, jarang-jarang menyesal kerana cita rasanya yang sama-sama tinggi.
Bahan rujukan :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com