Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Ubi keledek merupakan sejenis tanaman makanan tradisional yang penting bagi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Nama saintifik bagi keledek ialah Ipomoea batatas L. la berasal dari Amerika Tengah dan Barat Laut Amerika Latin.
Kandungan karbohidrat di dalam ubi keledek ialah sebanyak 31.3% dan dapat membekalkan nilai tenaga sebanyak 138.0Kcal. la juga mempunyai karotena 0 – 12.2mg iaitu lebih tinggi berbanding sayur-sayuran lain.
Ciri-ciri Ubi Keledek
Daun keledek mempunyai saiz yang berbeza mengikut kultivar jenis bulat hingga ke jenis jejari. Tanaman keledek tumbuh merayap di atas tanah dengan jalar utama membentuk jalar-jalar sekunder. Akar serabut akan keluar sekiranya tersentuh dengan tanah.
Jenis Tanah dan Iklim
Pokok keledek mempunyai daya ketahanan terhadap keadaan cuaca kering tetapi hasil ubi akan terjejas sekiranya kemarau berlaku dalam tempoh enam minggu pertama selepas menanam dan juga di peringkat pengeluaran ubi.
Keadaan tanah yang terendam air kurang sesuai kerana ubi akan menjadi busuk. Keledek sesuai ditanam di atas tanah peroi, jenis lom dan tanah lempong berpasir yang mempunyai saliran yang baik dan kandungan bahan organik yang tinggi.
Tahap keasidan yang sesuai adalah di antara pH 5.5-6.5. Jika tanah agak masam, pengapuran perlu dibuat bagi meningkatkan pH tanah ke tahap yang optimum.
Penanaman
Tanah hendaklah di bajak dengan mengunakan bajak piring pada kedalaman 20 – 25 cm. Kapur sebanyak 2.5 tan/ha hendaklah di tabur sekurang-kurangnya dua minggu sebelum membajak putar.
Ukuran batas yang sesuai adalah 60 – 90cm lebar dan 30 – 40cm tinggi mengikut kultivar keledek yang hendak ditanam.
Keledek sebaiknya ditanam dengan mengunakan keratan pucuk. Keratan pucuk sepanjang 30cm seelok-eloknya diambil pada pokok yang berusia dua bulan ke atas.
Keratan pucuk perlu diikat dan diletakkan di tempat yang teduh dan lembab selama 1 – 3 hari untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Keratan pucuk perlu direndam dalam larutan racun carbaryl pada kadar 15g/10 liter air selama 10 – 15 minit bagi membunuh telur dan ulat perosak.
Baja organik perlu digaul ke dalam batas 3-4 hari sebelum penanaman. Kuantiti baja organik yang disyorkan adalah 5 – 10t/ha bertujuan untuk meningkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Selepas seminggu keratan benih keledek di tanam, baja kimia jenis NPK 12:12:17:2 ditabur di dalam alur yang dibuat bersebelahan dengan baris tanaman keledek.
Kuantiti baja yang diperlukan ialah 200kg/ha, pembajaan kali kedua pula menggunakan jenis baja dan kuantiti yang sama. Ia dilaksanakan ketika tanaman keledek berusia 32 hari selepas ditanam.
Kawalan Rumpai
Racun pra-cambah seperti Metolachlor atau Alachlor disembur pada batas keledek sehari sebelum menanam. Kawalan rumpai secara manual perlu dilakukan mengunakan tajak atau cangkul ketika pokok berusia 31 dan 56 hari selepas di tanam.

PPP Agricare Sdn Bhd
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com
Website: www.pppagrotech.com
Pertumbuhan rumpai akan berkurangan apabila pokok keledek telah membesar dan menjalar sehingga menutupi batas.
Mengangkat Jalar
Masa yang sesuai untuk aktiviti mengangkat jalar ketika pokok keledek berusia 30 dan 55 hari selepas ditanam. Aktiviti ini hendaklah di jalankan sebelum kerja-kerja merumpai dan membaja.
Kaedah ini dapat menghalang dari pembentukan ubi-ubi bersaiz kecil.
Kawalan Perosak dan Penyakit
Kumbang pengorek ubi atau kumbang belalai (Cylas formicarius) adalah perosak yang mengorek dan membiak di dalam ubi keledek lantas menjejaskan kualiti ubi yang diserang sehingga hasil ubi tiada nilai pasaran. Kawalan di lakukan dengan menabur racun carbofuran seperti Furadan semasa menanam pada kadar 1.5kg/ha bahan aktif. Racun lain boleh digunakan ialah hydrochloride, fipronil atau endosulfan yang diletakan pada pangkal pokok 1 – 2 bulan selepas menanam.
Ulat pengorek batang (Omphisa anastomosalis) akan mengorek batang utama. Tanda serangan ulat ini terdapat najis larva bewarna kehitaman pada permukaan tanah berhampiran pangkal utama pokok. Kawalan dilakukan dengan menyembur racun Lambda cyhalothrin. Racun lain juga boleh digunakan seperti deltamethrin, phenthoate atau triazophos sebanyak 2 – 3 semburan semusim.
Penuaian
Keledek akan matang selepas 3 5 bulan ditanam. Kematangan pokok boleh dikenal pasti menerusi warna kekuningan pada daun-daun keledek.
Masa penuaian yang tepat ditentukan dengan cara mencabut beberapa pokok dan memeriksa ubi yang terbentuk. Ubi yang matang akan mengeluarkan cairan yang tidak mudah berubah warna menjadi kehitaman apabila dipotong.
Ubi yang telah dituai perlu dikeringkan di ladang supaya kulitnya menjadi keras bagi mengelakkan jangkitan kulat dan disimpan di tempat yang teduh dan terbuka bagi memastikan keledek sentiasa kering.
Pendapatan dan Hasil
Kajian MPOB penanaman integrasi keledek dengan sawit di tanah mineral adalah sebanyak 11 tan/ha semusim. Bagi penanaman integrasi keledek dengan sawit sebanyak dua hingga tiga musim penanaman dapat dilaksanakan.
Anggaran jumlah kos pengeluaran untuk penanaman secara integrasi dengan sawit ialah RM4,950 sehektar semusim. Kos pengeluaran dapat dijimatkan pada musim berikutnya kerana keratan pucuk keledek boleh didapati daripada tanaman sebelumnya.
Di kawasan tanaman sawit, keledek mempunyai potensi yang besar sebagai tanaman selingan. Jualan ubi keledek dapat memberikan pendapat sampingan yang baik khususnya kepada pekebun kecil sawit. Teknologi ini sesuai diterima pakai oleh penanam-penanam sawit.
Sumber Maklumat :
RAJA ZULKIFLI, RO; SUBOH, I dan NORKASPI, K (2007). Integrasi tanaman di kawasan tanaman sawit. Seminar Penyelidikan Integrasi dan Pengembangan. 24 Jun 2008. MPOB, Bangi, Selangor.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350