You are currently viewing Asam Gelugur Buah Nadir Malaysia Kini Berpotensi Komersial

Asam Gelugur Buah Nadir Malaysia Kini Berpotensi Komersial

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Berbagai-bagai jenis buah nadir wujud di Malaysia tetapi kebanyakan kurang berpotensi komersial. Asam Gelugur, buah jati di negara ini tidak begitu halnya kerana ia adalah antara buah nadir yang menghambur potensi komersial ekoran buahnya bernilai serta mempunyai permintaan yang agak tinggi di pasaran tempatan.

Asam gelugur sama famili dengan manggis (Guttifereae) dan merupakan tanaman berbuah sepanjang tahun. Pokoknya boleh meninggi sehingga 20 meter. Tanaman ini jika dikultur menggunakan biji benih, pokok akan mengambil masa 8 – 9 tahun baru mula berbuah. Sungguhpun begitu, hayat pokok amat panjang sehingga 200 tahun lamanya!

Pokok Asam Gelugur merupakan tumbuhan di hutan belantara di Malaysia. Taburannya juga terdapat di Thailand sehingga ke hutan di Myanmar. Penggunaan buahnya sudah bersejarah turun-temurun. Sesetengah penduduk menanamnya di kawasan perkampungan mereka untuk memudahkan pengambilan buah. Buah Asam gelugur berwarna hijau semasa mentah kemudian menukar ke warna kuning apabila masak.

Nilai sebenar Asam gelugur ialah ia sesuai digunakan dalam masakan. Buah masak akan dipotong menjadi kepingan kecil dan dijual pada harga RM13/kg manakala kepingan kecil buah mentah dijual pada RM10/kg. Permintaan yang tinggi terhadapnya telah meningkatkan harga pasarannya sehingga RM24/kg pada suatu ketika lalu.

Ada pihak yang menjual buah segar kepada pemborong dengan harga kebun RM0.50 RM0.70/biji bergantung kepada gred buah. Selain berpotensi dijadikan kepingan asam, ia juga diproses menjadi jeruk, jus, produk kecantikan malah bahan pencuci logam di sektor industri serta agen pencegah kelunturan warna di sektor tekstil. Daripada sini dapat dilihatlah potensi komersialnya yang agak meluas.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Selain menjadi perisa dalam pemakanan manusia, kononnya ia juga bermanfaat terhadap pengecutan rahim wanita selepas bersalin serta berbantu dalam peredaran darah. Ada yang mengatakan buahnya berfungsi baik terhadap penyakit darah tinggi serta pencegahan sakit otot dan sebagainya. Pendek kata, buah Asam Gelugur bukan sahaja sesuai dalam rumusan makanan, malah juga bernilai dalam perubatan manusia.

Salah satu ciri buah Asam Gelugur ialah kandungan asid di dalam buah boleh dirumus menjadi produk menguruskan badan serta juga produk anti-virus. Memandangkan hal sedemikian, ada petani di kawasan Bukit Gantang dan Selama sudah menanam tanaman ini secara skala lebih besar untuk menampung permintaan di pasaran.

 

Sumber maklumat :

Mohd Syauqi Nazmi, “Potensi asam gelugur sebagai buah nadir yang menguntungkan”, Agromedia, Bil. 32, 2/2010, MARDI.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Sila kongsi kepada kawan :