All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Durian Kun Poh Ang Bak dari Balik Pulau barangkali adalah varieti yang paling disanjungi di Pulau Pinang. Varieti ini sudah didaftarkan di Jabatan Pertanian sejak tahun 1987 dan membawa kod D164. Nama lain bagi varieti ini termasuk Isi Merah dan Ang Bak yang bermaksud isi merah dalam bahasa Hokkien. Musim buahnya berlaku di pertengahan musim buah durian.
Menyebut sahaja varieti durian ini, fikiran ramai akan terhenti pada imej durian yang berisi merah. Pada hakikat, isi buahnya bukan merah tetapi oren pekat, lembut, halus dan basah.
Rasanya juga tidak manis sangat serta dengan kepahitan yang sederhana. Ia membawa bau kopi semasa penikmatan buah.
Durian Kun Poh disifatkan sebagai varieti yang stabil dari segi kualiti tidak kira apa yang telah berlaku terhadap cuaca di kawasan penanamannya. Isinya sentiasa memberi penikmatan yang kukuh dan berperisa sangat baik. Varieti ini berasal dari Kampung Pinang, Balik Pulau. Di peringkat awalnya, varieti ini wujud di kebun kepunyaan Lee Kun Poh. Encik Lee ialah seorang guru besar. Kebun tersebut dibelinya pada tahun 1957 dan terletak di sebuah bukit.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1969 dan pokok induk tersebut juga mati 10 tahun kemudian. Namun, keturunan varieti ini terus menyerlah dan bangkit sebagai salah satu varieti yang paling disanjungi oleh penduduk di Pulau Pinang. Walaupun varireti ini sudah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian serta dikenali sebagai Ang Bak atau Isi Merah, ramai masih merujuk durian ini sebagai Kun Poh, barangkali untuk mengingati peneraju baka durian ini.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Pada tahun 1980-an, durian Kun Poh pernah dieksport ke Singapura, tetapi isinya yang lembut mudah berair menunjukkan ia tidak sesuai diangkut dalam perjalanan jauh. Cara terbaik untuk menikmati durian ini ialah memakannya sejurus selepas buah gugur walaupun ketika itu buahnya susah sedikit untuk dikopek. Isi berwarna oren pekat tertampil di depan mata, itulah masa permulaan untuk menghayati satu-satu varieti yang unggul di dunia durian.
Durian Kun Poh berkulit hijau dan banyak berduri. Kulitnya agak tebal menjadikan ia susah sedikit untuk dikopek. Amnya seseorang perlu memotong dan mengopeknya mengikut garis pangsa dari hujung buah sehingga kepala buah.
Untuk membezakan durian Kun Poh dengan dua keturunannya iaitu “Little Red” dan “Ang Jin”, bentuk buah dan corak duri buah boleh digunakan sebagai panduan. Buah Kun Poh mempunyai bentuk yang tidak rata. Hujung duri durian Kun Poh berwarna perang. Bagi “Little Red” dan “Ang Jin”, buahnya berbentuk lebih seragam, rasa buahnya mendapat pendebungaan yang lebih sempurna. Duri mereka juga lebih hijau berbanding durian Kun Poh.
Warna isi durian Kun Poh yang oren pekat juga membezakannya daripada kedua-dua baka keturunannya. Isinya sangat halus, lembut dan berkrim, seakan tiada sebarang serat di dalam. la pasti satu varieti yang dapat memburu selera ramai penggemar durian.
Bahan rujukan :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.