You are currently viewing Kesan Buah Tandan Kosong Sawit Setanding Dengan Baja Konvensional ?

Kesan Buah Tandan Kosong Sawit Setanding Dengan Baja Konvensional ?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Kebaikan menyungkup ladang sawit dengan buah tandan kosong sawit sering dilaporkan. Bahan sungkupan ini adalah organik sepenuhnya dan meningkatkan keberkesanan tanah untuk menyuburkan pokok sawit. Mengikut anggaran, satu tan buah tandon kosong sawit mengandungi nutrien bersamaan urea 7.0kg (sumber N), serbuk fosforus 2.8kg (sumber P), kalium klorida 19.3kg (sumber K) dan magnesium sulfat 4.4kg (sumber Mg). Penyungkupan berkali – kali dengan bahan ini mengikut turutan masa akhirnya akan membentuk lapisan tanah yang subur serta melestarikan tumbesaran sawit serta pengeluaran hasil.

Sehubungan itu, buah tandan kosong sawit jika dibakar akan menjadi abu buah tandan kosong yang kaya dengan nutrien seperti 40% K2O, 3 – 4% P2O5, 5 – 6% MgO dan 4 – 5% CaO. Bagaimanapun, N tidak wujud di dalam kerana sudah lenyap dalam pembakaran. Nilai pH bagi abu buah tandan kosong sawit sangat tinggi sehingga bernilai 12 justeru sangat baik untuk meneutralkan tanah. Lebih – lebih lagi bahan ini dapat meningkatkan kapasiti pertukaran ion kalium dalam tanah dan selanjutnya memperkasakan pengeluaran hasil sawit. Menurut sumber, 3kg abu buah tandan kosong sawit adalah bersamaan dengan 2kg baja kalium klorida, dengan itu laporan yang menyatakan sungkupan dengan abu ini mendatangkan kebaikan yang setimpal dengan baja bukanlah suatu perkara mustahil.

Namun, ciri abu buah tandan kosong sawit hendaklah difahami sebelum itu iaitu ia tidak boleh ditabur bersama baja N kerana kehilangan N akan meningkat. Abu ini sangat sesuai digunakan di tanah bersifat asid sulfat kerana nilai pH abu yang tinggi dapat meneutralkan kemasaman tanah. Selain itu jika ia ditabur di tanah gambut, ia akan mempercepatkan kadar reputan bahan gambut dalam tanah dan melepaskan lebih banyak N. Oleh yang demikian, situ berfungsi menjimat penggunaan abu ini di penggunaan baja N dan K.

Keberkesanan buah tandan kosong sawit di ladang sawit sudah banyak kali dilaporkan baik di Asia Tenggara mahupun di negara – negara Afrika Barat. Di Malaysia, eksperimen sudah menunjukkan sungkupan buah tandan kosong sawit di peringkat mula menanam pada kadar 25 – 30 tan/ha kemudian diulangi amalan ini pada kadar yang sama di peringkat umur pokok 14 bulan berjaya meningkatkan pertumbuhan awalan pokok serta pengeluaran hasil awalan, malahan kos membaja juga telah menurun 50 – 60% berbanding kos pembajaan biasa.

Cara menyungkup buah tandan kosong adalah meletaknya di sekitar bulatan merumput bergaris pusat 1 – 1.5 meter serta 5cm dari pangkal anak pokok. Anggaran hasil juga hasil juga menunjukkan sungkupan buah tandan kosong sawit meningkatkan hasil sawit sebanyak 12.5 tan/ha dalam tempoh 4 tahun kutipan pertama berbanding berbanding plot rawatan yang tidak disungkupi bahan ini. Malahan jika dibandingkan dengan plot yang dibekal baja secara optimum, plot yang disungkupi buah tandan kosong bersama tetap baja memperolehi 6 tan hasil lebihan.

Pelepasan nutrien daripada buah tandan ksong sawit agak pantas, dalam tempoh 6 bulan, 90% nutrien kalium telah dirembeskan ke tanah. Tambahan, dalam masa 3 bulan, 50% buah tandan kosong itu akan menjadi jirim kering kemudian didegradasikan. Dalam tempoh 8 bulan, kadar degradasi meningkat ke aras 70%. Secara keseluruhan, penggunaan buah tandan kosong sawit sebagai alternatif kepada baja konvensional didapati dapat menjimat kos sebanyak 33%, malahan ada satu laporan terus – terang menyatakan buah tandan kosong sawit dapat menggantikan baja kimia sepenuhnya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Buah tandan kosong sawit hanya perlu disungkup di ladang pada setiap 3 – 4 tahun melainkan di peringkat anak pokok yang mana ia disungkup sekali sekali semasa menanam kemudian disusuli pada 14 bulan kemudian. Kesan sungkupan akan meningkat jika ia dilakukan di tanah kurang subur. Pemilihan tapak sungkupan berdasarkan kesuburan tanah di situ adalah perlu terutama di ladang yang sangat besar yang mana penyungkupan ke setiap pelosok tidak mungkin direalisasikan.

Sungkupan buah tandan kosong sawit ke atas sawit matang tiada suatu kuantiti yang jelas, ada pihak menyarankan 75 tan/ha bersama pembajaan dengan urea pada kadar 0.75kg/pokok serta serbuk fosforus sebanyak 1kg/pokok. Kombinasi ini dapat memenuhi keperluan nutrien pokok selama 12 – 18 bulan, kemudian mengulangi amalan ini pada setiap 3 – 4 tahun. Jadual 1 menurunkan butir – butir lanjut mengenai kuantiti sungkupan dengan buah tandan kosong sawit terhadap pokok belum matang dan pokok matang.

 

Sumber maklumat :

P. D. Turner and R.A. Gillbanks, Oil Palm Cultivation and Management, ISP,2003.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :