You are currently viewing Hasil Kajian : 90.4% Pembeli Cantas Di bawah Skim Diskaun Cantas Menggunakannya Untuk Memotong Buah Sawit

Hasil Kajian : 90.4% Pembeli Cantas Di bawah Skim Diskaun Cantas Menggunakannya Untuk Memotong Buah Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Salah satu aktiviti penting dalam penanaman sawit ialah penuaian. Dianggarkan aktiviti ini melibatkan sehingga 60% daripada jumlah keperluan pekerja untuk tanaman sawit dan membabitkan 50% daripada keseluruhan jumlah kos pengeluaran. Sektor sawit di Malaysia sangat bergantung kepada warga asing untuk penuaian buah sawit. Untuk meringankan beban ini, MPOB telah membangunkan pemotong bermotor dikenali sebagai Cantas yang boleh membantu penuaian pokok sawit setinggi 4.5m dan ke bawah. Kemudian versi tersebut ditambah baik untuk menuai pokok sawit setinggi 7m dan dikenali sebagai Cantas 7.

Cantas boleh membantu meningkatkan produktiviti penuaian sehingga 100%, meningkatkan produktiviti pekerja dan peningkatan gaji bersih antara 50 – 60%, serta mengurangkan keperluan pekerja di antara 40 – 50%. Pengalaman estet menunjukkan Cantas berupaya untuk menuai 6 tan – 12 tan buah tandan segar setiap hari malahan lebih banyak pada musim buah meningkat. Produktiviti dihasilkan oleh satu kumpulan penuai yang terdiri daripada 3 – 4 orang pekerja. Pengalaman estet turut menunjukkan produktiviti harian seorang pekerja adalah antara 2 tan 3 tan yang menuai secara manual atau konvensional. Dengan peningkatan produktiviti harian ini, pendapatan harian mereka juga turut meningkat.

Skim Diskaun Cantas (SKIDIC) telah dilancarkan pada Julai 2010. Skim ini menyediakan kadar diskaun RM1,000 Cantas seunit yang dibeli berdasarkan syarat dan terma yang ditetapkan. Sehingga Disember 2013, seramai 808 orang pekebun kecil persendirian telah membeli Cantas melalui skim ini. Kajian telah dijalankan untuk mengetahui sejauh mana tahap penerimaan Cantas ini di kalangan pekebun kecil berkenaan dan masalah yang dihadapi. Kajian dalam bentuk temu bual berpandukan borang soal selidik telah dijalankan terhadap 808 pekebun kecil berkenaan yang telah membeli Cantas di bawah skim ini. Namun hanya 656 orang yang memberi maklum balas dalam soal selidik ini, yang baki tidak dapat dihubungi. Hasil analisis mendapati 90.4% daripada pembeli Cantas ini telah menunjukkan perbezaan yang bererti antara umur dan etnik terhadap penggunaan Cantas. Keputusan kajian juga menunjukkan faktor kesukaran mendapat alat ganti untuk Cantas merupakan faktor masalah utama yang dihadapi oleh responden.

Sehubungan itu, daripada data yang dikumpul, 808 responden terhadap soal selidik MPOB ini melibatkan bilangan pekebun kecil sawit persendirian yang paling ramai dari Sarawak (250 orang, 336 Cantas dibeli, taburan keluasan 3,015.5 ha) diikuti oleh Johor (213 orang, 269 Cantas dibeli, taburan keluasan 11,241.4 ha), Sabah (139 orang, 202 Cantas dibeli, taburan keluasan 2,962.7 ha) dan Pahang (64 orang, 111 Cantas dibeli, taburan keluasan 7,464.9 ha). Pembelian Cantas oleh pekebun kecil sawit persendirian dari negeri-negeri lain adalah rendah di antara 34 orang di Perak dengan 71 Cantas dibeli serta terendah oleh Pulau Pinang membabitkan 6 orang dan 6 Cantas dibeli sahaja. Keseluruhan Cantas yang dibeli berjumlah 1,145 membabitkan sejumlah 808 pekebun kecil sawit persendirian seperti disebutkan tadi.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Hasil kajian ini juga menunjukkan 87.8% responden terdiri daripada lelaki dan 12.2% ialah wanita yang membeli Cantas. Kaum Melayu merangkumi 49.1% responden yang membeli Cantas, yang baki terdiri daripada kaum Cina, India serta kaum lain dari Sabah dan Sarawak.

Tahap pendidikan kesemua responden memperlihatkan 51.2% adalah berlatar belakang pendidikan sekolah menengah diikuti oleh pendidikan rendah (30.8%) dan pendidikan tinggi (18%). 58.4% responden merupakan pekebun kecil sepenuh masa. Juga didapati umur pembeli Cantas seperti dalam kajian ini adalah golongan melebihi 51 tahun.

Akhir sekali, kadar penggunaan Cantas yang telah dibeli oleh pekebun kecil sawit persendirian ini ialah 90.4% manakala 9.6% tidak menggunakannya selepas membelinya atas faktor-faktor termasuk faktor utama ialah kesukaran mendapatkan alat ganti.

 

Sumber maklumat :

Nursuhana Dahari et al., “Penggunaan Cantas Di Kalangan Pekebun Kecil Sawit”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018, MOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :