Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Di Filipina, satu eksperimen terhadap durian kultivar Puyat telah dijalankan bagi menilai prestasi hasil dan kualiti buah selepas penjarangan putik buah. Apabila putik mencapai ukuran garis pusat 3 cm, kadar penjarangan pada 0%, 25% dan 50% masing-masing dilakukan. 0% adalah plot kawalan iaitu tiada sebarangan penjarangan putik dilakukan.
Penjarangan putik 50% justeru didapati paling rendah kadar putiknya tetapi buah boleh dikutip pula paling tinggi. Kedua-dua amalan penjarangan putik 25% dan 50% menghasilkan saiz buah yang lebih besar, kulit buah yag lebih berat, ukur lilit dan panjang buah yang lebih tinggi manakala berat isi buah, berat biji benih dan bilangan ulas isi di dalam buah tiada perbezaan ketara dalam ketiga-tiga plot penjarangan putik tersebut.
Buah matang daripada plot penjarangan putik 50% juga merekah lebih lewat satu hari serta rekahan juga paling kecil di hujung buah berbanding penjarangan 0% dan 25% menandakan buahnya lebih tahan disimpan. Dalam eksperimen itu, guguran buah belum matang kelihatan berkaitan terus dengan timpaan hujan.
Sebagai kesimpulan, penjarangan putik buah tidak mempengaruhi pengeluaran hasil malah sebaliknya mendatangkan hasil buah yang paling tinggi. Sehubungan itu, penjarangan putik kelihatan tiada kaitan ketara dengan kadar buah cacat, dengan kata lain, kadar buah cacat tidak akan meningkat atau berkurangan menurut amalan penjarangan putik buah. Selain itu, didapati juga hujan juga meningkatkan guguran buah belum matang.
Sumber maklumat :
Shiela Cres Nicolas, ‘Yield and Harvest Quality of Thinned Durian var. Puyat’, Journal of Science, Engineering and Technology, vol. 7, 9-18.