Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Pokok sawit yang tumbuh dengan lintang-pukang di tanah gambut menyukarkan kerja ladang di samping mempengaruhi penghasilan buah tandannya. Bagi penanaman pokok sawit di ladang tanah gambut, teknik penanaman dengan lubang menyerong boleh digunakan supaya mengemaskan pemandangan ladang semasa pertumbuhan tanaman. Namun, bagi tanaman sawit muda yang sedia ada dan tidak ditanami dengan teknik penanaman menyerong sebelumnya, maka pokok-pokok tersebut boleh diserongkan dengan menggunakan jentolak supaya membentuk hala pencondongan yang seragam bagi memudahkan operasi ladang malah memperbaiki penghasilan buah tandan.
Menurut kajian MPOB dalam aspek ini, didapati pencondongan pokok sawit muda berumur 30 bulan lepas tanam ke satu arah yang sama tidak mengganggu penghasilan awalannya, malah VU menambahkan pula pengeluaran hasilnya pada tahun-tahun berikutan. Teknik ini dimulakan dengan penolakan pokok-pokok ke suatu arah yang sama pada sudut 45 darjah dengan menggunakan jentolak, kemudian menokok tambah tanah di bahagian pangkal pokok bagi mengambuskan lekungan yang ada. Seterusnya, tanah di lorong penuaian dipadatkan dan sisa-sisa yang ada dikemaskan. Akhir sekali, pelepah dan daun yang rosak dalam proses pencondongan tersebut itu dipangkas.
Pokok-pokok yang telah diserongkan itu memaparkan ketinggian yang lebih seragam walaupun lebih rendah berbanding dengan pokok-pokok yang tidak diserongkan. Keadaaan ladang menjadi lebih teratur dan kemas kerana pokok-pokok sudah dicondongkan ke suatu arah yang sama. Yang pentingnya, kekemasan ini memudahkan kerja penuaian dan pengangkutan buah di ladang.
Menurut kajian MPOB tersebut, sebuah jentolak dapat mencondongkan 320 – 400 pokok (2.0 – 2.5 ha) dalam sehari jika lorong masuk ke ladang adalah lancar. Sebaliknya, hanya 160 – 240 pokok (1.0 · 1.5 ha) sahaja dapat dicondongkan sekiranya jentolak menghadapi masalah laluan di ladang.
Dari segi kesan, teknik mencondongkan pokok sawit muda secara paksa adalah sama dengan teknik penanaman pokok secara menyerong di lubang serong. Yang berbeza hanya cara penggendaliannya. Beginilah pilihannya untuk digunakan oleh pengusaha tanaman sawit di tanah gambut mengikut keadaan dan keperluan masing-masing.
Sumber Maklumat:
Hasnol Othman dan rakan-rakan, Technique For Mechanically Forced Unidirectional Leaning Of Oil Palm On Peat, MPOB TT. No 417, MPOB Information Series, June 2009.