Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Pasukan dari Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya membiak baka 2 jenis padi baru yang dikenali sebagai UKMRC-2 dan UKMRC-8. Kedua-dua baka padi ini dihasilkan melalui kacukan antara baka tempatan Oryza sativa dan baka padi liar Oryza rufipogon. Tempoh kajian tersebut mengambil masa 16 tahun.
UKMRC-2 boleh memberi hasil 12 tan/ha, panjang beras ialah 3.5mm dan merintang terhadap penyakit padi. Biji benih bagi baka ini tetap hidup dalam air walaupun direndam selama 3 minggu. Lantaran itu, UKMRC-2 didapati lebih mudah untuk ditanam oleh petani padi.
UKMRC-8 pula memberi hasil 14 tan/ha. Panjang beras ialah 3.68mm. Ia juga boleh hidup dalam rendaman air selama 3 minggu. Kedua-dua baka padi ini telah diluluskan oleh Jabatan Pertanian Malaysia untuk ditanam oleh petani padi. Semua kerja pembiakbakaan kedua-dua jenis padi ini diketuai oleh Prof. Dr. Wickineswari Ratnam di UKM dengan belanja 3 juta ringgit. Ini juga program kerjasama antara UKM, MOSTI dan Pendidikan Tinggi Malaysia. Hasil kajian ini telah diumumkan di Semanggol, Perak pada 5 Mac 2018.

All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Penggunaan baka padi liar di dalam pembiakbakaan ialah kemampuan padi liar merintang penyakit, tahan direndam dalam air serta memberi hasil lebih tinggi. Bahan tanaman dalam pembiakbakaan ini diberikan oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa di Filipina.
Seorang petani padi yang telah menjalankan penanaman baka ini menerangkan bahawa kedua-dua baka ini memang lebih mudah ditanam serta diurus. UKMRC-2 dan UKMRC-8 akan mula ditanam di 14 kawsasan tanaman padi untuk selama 3 musim bagi menilai kesesuaian baka ditanam di kawasan tersebut sebelum diperkenalkan ke seluruh negara. Petani padi yang mengambil bahagian dalam projek ini akan diberi bahan tanaman secara percuma serta mendapat bimbingan teknikal dari UKM. Baka padi ini boleh dikultur 2 kali setahun kerana masa matang padi berada dalam lingkungan 110-115 hari.
Pengeluaran beras di Malaysia masih tidak mencukupi pada masa ini dengan kekurangan 30%. Setiap tahun Malaysia perlu menghabiskan RM2.5 bilion untuk mengimport bahan makanan termasuk beras. Kedua-dua baka padi ini mampu menghasilkan 20% lebih banyak padi berbanding baka sedia ada. Maka itu diharapkan keadaan ini akan membantu dalam mengurangkan import negara pada masa akan datang.