Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
25 minit perjalanan kereta menghala ke arah utara dari daerah Chanthaburi, Thailand akan sampai ke satu kebun buah-buahan organik yang dikenali sebagai Suan Issaree. Kebun ini berkeluasan 67 ekar. Kebun ini ditanami pelbagai jenis buah-buahan tropika, peliharaan pelbagai ternakan serta dikultur dengan beragam-ragam rumput kegemaran haiwan ternakan untuk dimakan. Antara buah-buahan tropika yang ditanami termasuklah rambutan dan durian.
Ini satu kebun organik tipikal kerana pekebunnya tidak menggunakan sebarang racun pertanian di situ. Kebun ini telah dibeli oleh bapanya pada tahun 1954 kemudian diwarisi kepada anaknya yang bertindak sebagai pekebun sehingga hari ini. Tanaman durian berbaka kuno adalah minat kami.
Pada tahun 50-an, durian Monthong baru dibawa masuk ke negara Thailand. Ramai belum mengenali baka ini. Jabatan Pertanian di negara itu juga tidak memberi rekomendasi menanam baka ini, sebaliknya mengesyor pekebun menanam baka lain. Oleh yang demikian, beberapa baka komersial pada masa itu telah ditanami termasuklah Kop Lep Yao, Kop Tha Kam, Kop Med Tao, Thong Yoi Chat, Kampan Nuaei Luang, Komphu Si, Kop Suwan dan sebagainya. Monthong kemudian mendapat sambutan di kalangan pekebun. Pekebun di kebun Suan Issaree juga mengikuti jejak mereka tetapi masih mengekalkan baka-baka yang ditanami sebelumnya. Baka-baka ini kini menjadi tarikan besar kepada pengunjung yang ingin merasa cita rasa durian kuno ini.
Pada tahun 2011, kebun ini dibuka kepada orang ramai dalam usaha menjadikan sebagai lokasi agro-pelancongan. Pengunjung selain dapat menghayati keindahan kebun ini melalui naikan keretapi di kebun, mereka juga boleh memetik buah di lokasi tertentu di kebun (perlu mendapat kebenaran pekebun dahulu).
Penikmatan buah durian kuno juga boleh direalisasikan oleh pengunjung semasa musim buah termasuklah baka utama Kop Lep Yao kemudian diikuti oleh Kampan Nuaei Luang, E-Mor, Kop Thong Kam dan Kob Suwan. Daripada gambar yang disyorkan, boleh terasa kecanggihan dan kesedapan buah-buah tersebut. Kebanyakan buah itu gugur dari atas pokok setelah masak justeru memberi perisa amat unik dan enak. Di antara buah itu, ada yang berperisa pahit.

Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Jelas kelihatan baka-baka kuno ini adalah berkualiti tinggi serta setanding dengan baka-baka terkini. Sejarah durian yang sudah lama di Thailand (dan juga di Malaysia) telah menghasilkan baka-baka durian semula jadi yang enak untuk dinikmati serta mengharumkan nama negara di pentas global sebagai pengeluar buah-buahan paling harum serta bernilai tinggi di dunia. Ini satu warisan yang perlu dikekal malahan diperkukuhkan lagi memandangkan ia adalah sumber kekayaan untuk kalangan pekebun di rantau Asia Tenggara sahaja.
Bahan rujukan :
Lindsay Gasik, Year of the Durian Blog, 2021.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com