You are currently viewing Durio Kutejensis Berpotensi Komersial

Durio Kutejensis Berpotensi Komersial

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Durian daripada spesies durio zibethinus Murr. paling popular di kalangan orang ramai. Selain durio zibethinus, sekurang-kurangnya ada 8 lagi spesies durio yang boleh dimakan segar, di antaranya ialah durio kutenjensis (Hassk.) Becc.

Durio kutenjensis dipercayai berasal dari spesies liar durio zibethinus justeru isi buahnya kelihatan lebih menyerupai durian biasa walaupun tetap mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi aroma dan cita rasa. Di antara semua spesies durio boleh dimakan segar ini, durio kutejensis sudah ditanam secara kecil-kecilan oleh penduduk di Pulau Borneo iaitu tempat berasalnya khususnya di Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan. Ini bermakna spesies tersebut berpotensi dalam komersialisasi.

Spesies durio yang berpotensi untuk ditanami oleh penduduk tempatan termasuk juga spesies durio graveolens Becc. atau juga dikenali durian dalit (kebanyakan berisi warna merah gelap) oleh orang tempatan. Spesies ini juga dianggap mempunyai pertalian lebih rapat dengan durio zibethinus. Spesies selain daripada tersebut itu kesemua masih tumbuh liar di dalam hutan kerana sifat isi buah yang masih kurang menyedapkan serta berkualiti rendah.

Corak isi buah durio jika ingin mendapat perhatian ramai, maka ia hendaklah berwarna menarik, sedap di makan segar serta manis. Dalam keadaan ini, durio kutejensis dan durio graveolens yang sering memapar ciri tersebut wujud sebagai pilihan. Apakah ciri zurio kutenjensis yang telah berjaya menarik perhatian orang ramai terhadapnya ?

1. Isi Buah Yang Canggih

Durio kutejensis berisi oren atau oren kekuningan dan sangat canggih. Ciri ini biasa dibentangkan sebagai keunikan utama dalam pelbagai media termasuk akhbar dan media sosial. Namun, mengikut sumber, isinya walaupun kebanyakan berwarna oren, masih terdapat jenis zurio kutejensis yang berisi kuning. Kulitnya juga berbeza-beza warna merangkumi warna kuning, hijau atau seakan-akan oren. Keadaan ini muncul mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran penanaman berlainan khususnya jenis tanah.

2. Cita Rasa isi Buah

Isi buah zurio kutejensis tidak berair, sebaliknya agak kering serta sederhana manis. Isi buah juga kurang beraroma, nipis atau sederhana tebal serta berperisa ringan dan menyerupai bau strawberi-mangga. Dengan kata lain, penghayatan isinya lain sedikit daripada durian biasa yang beraroma kuat serta berbau sulfat. Bagi mereka yang inginkan durian berbau dan berperisa sederhana, inilah pilihannya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

3. Bentuk Buah

Buah durio kutejensis agak kecil dan jarang-jarang melebihi 1kg. Namun di bawah kultur petani melalui amalan agronomi yang lebih rapi, bentuk buah kadang-kadang boleh membesar ekoran penerimaan nutrien mencukupi. Suatu ciri unik bentuk buah yang ada pada spesies ini ialah stamen bunga menutupi pangkal tangkai buah, sebahagian buahnya yang gugur memperlihatkan 5 bebenang bergantung di tangkainya. Kulitnya walaupun kurang tebal, namun amnya tidak merakah di hujung buah apabila gugur ke tanah. Bunganya berwarna merah dan menghambur bau bagaikan buah betik.

4. Nama Panggilan

Oleh kerana spesies ini sudah dikenali oleh penduduk tempatan malah ada yang sudah menanaminya di kampung dan dusun mereka, pelbagai nama telah diberikan kepadanya mengikut nama tempatan masing-masing. Umpamanya durian pulu (brunei), durian nyenyak (Batu Niah dan Selatan Miri), durian lai, durian merah, durian lukak (Miri) dan sebagainya.

 

Sumber maklumat :

1.Salma Idris, Durio of Malaysia,MARDI, 2011.

2.Lindsay Gasik, Year of the Durian.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :