Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah membangunkan satu kaedah baru untuk menangani penyakit reput batang sawit yang dikenali sebagai upper stem rot. Penyakit ini berlaku pada bahagian atas batang sawit. Penyakit ini berbeza dengan penyakit reput pangkal batang (basal stem rot). Bagaimanapun, kedua-dua penyakit ini sama-sama berasal dari serangan kulat Ganoderm sp.
Kaedah baru untuk pengurusan penyakit reput batang sawit ini adalah menggunakan racun kulat hexaconazole melalui suntikan ke bahagian batang pokok sakit menggunakan pam berkuasa. Menurut sumber, kadar aplikasi ialah membancuh racun ini pada kadar 4.5 ai ke dalam 3 liter air kemudian disuntikkan ke dalam batang pokok. Amalan ini dilakukan berselang 6 bulan sekali sebanyak 3 kali. Simptom jangkitan penyakit ini ialah pokok akan reput dan patah di bahagian atas batang Jasad basidiomata juga wujud di bahagian tersebut.
Racun hexaconazole mampu membunuh kulat Ganoderma secara berkesan, justeru dapat mengawal penyakit ini disebarkan ke pokok berdekatan. Selepas rawatan, hayat pokok dapat dipanjangkan. Perkara yang sama-sama penting di sini ialah racun ini tidak meninggalkan sebarang sisa toksik di dalam batang pokok selepas aplikasi, justeru merupakan satu kaedah yang selamat.

Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Selain aplikasi racun hexaconazole, penyakit Ganoderma juga boleh dikawal melalui sanitasi kebun atau dengan kaedah menghapuskan tempat pembiakan kulat ini di sekitar atau di dalam tanah. Kulat Ganoderma amnya bersembunyi dalam sisa tunggul akar reput. Penghapusan tunggul akar ini akan mengurangkan risiko jangkitan. Penyakit ini juga boleh dikawal dengan racun biopestisid atau baja bio organik yang sudah dirumus bersama mikrob bermanfaat bagi menentang kulat Ganoderma. Di pasaran hari ini, suatu jenis bahan tanaman sawit yang memberi rintangan kuat terhadap penyakit Ganoderma sudah dibangunkan secara komersial untuk ditanam oleh peladang di kawasan yang berisiko dijangkiti penyakit ini.
Setakat ini, penyakit Ganoderma sudah menyebar pada keluasan 221,000 hektar sawit di Malaysia dengan anggaran kerugian tahunan sebanyak RM1.5 bilion.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my