You are currently viewing Kebaikan dan Keburukan Amalan Pembuangan Buah Tandan Awalan Sawit

Kebaikan dan Keburukan Amalan Pembuangan Buah Tandan Awalan Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Pokok sawit akan mula mengeluarkan buah tandan awalan menjelang kematangan. Masa ini wujud seawal 18 bulan selepas ditanam di ladang. Buah tandan awalan bersaiz kecil, kurang minyak serta mudah reput. Justeru itu bagi ladang yang kurang tenaga pekerja, buah tandan awalan mungkin tidak dikutip untuk dijual tetapi disingkirkan sahaja dari pokok untuk mengelak saingan nutrien. Untuk membuang buah tandan awalan ini, masa terbaik ialah semasa saiz buah boleh dilihat pada kadar 50%.

Khususnya di musim kering, pembuangan buah tandan awalan ini dapat memupuk pengembangan sistem akar serta mengurangkan gejala stres pada pokok (Bernand dan Daniel, 1971). Buah tandan awalan yang tidak dibuang akan bersaing nutrien dan menjejaskan tumbesaran pokok.

Sungguhpun begitu, amalan ini tidak popular dipraktikkan di ladang kini walaupun ia berkesan dalam pemupukan tumbesaran tanaman sawit tetapi kesan ini dianggap hanya sementara sahaja. Penanaman sawit di kawasan tanah yang sesuai juga mendapati amalan ini tidaklah perlu (Chew dan Khoo, 1973). Tambahan bahan tanaman sawit kini semakin maju dan mampu mengeluarkan hasil dengan lebih awal dan banyak menjadikan amalan ini kurang diminati lagi di kalangan peladang. Namun, bagi penanam yang ingin menggunakan kaedah ini demi memupuk tumbesaran pokok serta pengeluaran hasil, amalan ini tetap berguna.

Menurut Rankine dan Fairhurst (1998b) yang pernah menjalankan kajian, amalan membuang buah tandan awalan hendaklah dilakukan untuk tempoh masa 12 – 24 bulan tetapi bagi Jacquemard (1998), amalan ini boleh bermula pada 6 bulan sebelum buah tandan segar pertama dikutip. Di kawasan berdekatan dengan kilang sawit, amalan ini juga kurang dipraktikkan. Dengan kata lain, amalan ini biasanya digunakan di ladang tanaman baru (bukan tanam semula atau pengembangan tanah yang sedia ada) yang hanya akan memotong buah tandan segar pertama mereka apabila kilang sawit telah siap dibina.

Untuk mengelakkan pengeluaran hasil sawit yang banyak dan serentak selepas pembuangan buah tandan awalan, amalan ini kadang-kadang dipraktikkan secara berperingkat untuk menyeimbangkan pengeluaran hasil. Oleh itu, jika pokok sawit mula mengeluarkan hasil, maka dicadangkan buah tandan awalan dibuang pada masa 12-18 bulan selepas ditanam. Sesetengah pihak menganggap amalan ini memerlukan tenaga buruh yang banyak, tetapi keadaan ini tidak benar.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Kajian berkenaan pernah dijalankan oleh Chew dan Khoo (1973) di 3 lokasi berlainan jenis tanah. Selepas 1-2 tahun amalan pembuangan buah tandan awalan dijalankan, pokok sawit kelihatan membesar secara ketara tetapi trend ini hanya wujud dalam masa yang singkat. Melalui penilaian hasil sawit terkumpul dalam masa 2 tahun, plot yang mengamalkan pembuangan buah tandan awalan mengalami hasil yang lebih rendah secara signifikan daripada plot yang tidak mempraktikkan amalan ini. Pembuangan buah tandan awalan didapati menurunkan pengeluaran mayang jantan dan seterusnya mengurangkan kesan pendebungaan dan menurunkan hasil.

Dalam kajian itu, pembuangan buah tandan awalan selama satu tahun telah menyebabkan peningkatan hasil sawit selama 6 bulan kemudian kembali ke tahap normal. Pembuangan buah tandan awalan yang dijalankan selama 2 tahun menunjukkan hasil sawit untuk 6 bulan pertama memang tinggi kemudian menurun sebelum naik kembali. Tidak kira amalan ini dilakukan untuk setahun atau dua, hasil sawit terkumpul tetap tidak dapat menandingi hasil sawit di plot kawalan yang tidak mengamalkan kaedah ini malah mengalami penurunan hasil sehingga 14.1%.

Beberapa fakta mengenai pembuangan buang tandan awalan perlu diingati, iaitu selepas buah tandan awalan dibuang, pokok akan menghasilkan buah tandan baru dengan banyak menyebabkan hasil meningkat. Dalam masa ini, keperluan nutrien akan bertambah dan sekiranya ia tidak ditokok tambah, banyak mayang betina akan gugur menyebabkan hasil mula menurun. Pembuangan buah tandan awalan dapat melambatkan musim memotong buah dengan erti kata lain, buah tandan segar yang keluar selepas itu akan membentuk musim besar yang memudahkan pungutan hasil sekali gus.Selepas musim ini, pembajaan perlu dilakukan supaya pokok sawit tetap mendapat nutrien demi mengurangkan kesan musim melawas.

Rujukan :

1. R.H.V. Corley and P.B. Tinker, The Oil Palm, 4th Edion, Blackwell Publishing, 2003, pp. 111, 302-303. 2. P.S. Chew and K.T. Khoo, “Early Results from Disbudding Trials On Oil Palm”, Advances in Oil Palm Cultivation, (Eds.R.L.Wase and D.A. Earp), ISP, 1973.
3. K.W. Chan and C.K. Mok, “Disbudding and Manuring in Inmature Oil Palms on Inland Latosols in Malaysia”, Advances in Oil Palm Cultivation, (Eds. R.L.Wase and D.A. Earp), ISP, 1973.
4. Helmut von Uexkull et al., “Canopy Management to Opmize Yield”, Oil Palm-Management for Large and Sustainable Yields, (Eds.) Thomas Fairhurst and Rolf Hardter, PPI, PPIC & IPI, 2003, pp. 170.
5. Jacquemard J.C. (1998) Oil Palm, Macmillan educaon, London (7-10, 12).
17

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :