Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Jarang ternampak ada laporan mengenai pemupukan buah dalam penanaman jambu batu. Ini kerana bunga jantan dan betina tumbuh pada kuntum bunga yang sama. Dengan kata lain, kedua-dua organ jantina berada di kuntum bunga yang sama, malahan debunga juga dapat bersenyawa dengan bunga betina di kuntum bunga yang sama. Keadaan ini mempermudahkan pendebungaan dan selanjutnya memupuk pembuahan. Ciri jambu batu ini sangat penting untuk menjamin pembuahan yang banyak. Jika dibandingkan dengan tanaman durian yang memerlukan pendebungaan bersilang, jambu batu kelihatan jauh lebih mudah untuk mendapatkan buah.
Tempoh pembungaan jambu batu juga panjang sehingga 25 – 40 hari. Dalam tempoh masa yang panjang ini, agen pendebunga utama iaitu lebah madu dapat menjalankan pendebungaan di atas kuntum bunga yang sama dengan sewenang-wenangnya dan selanjutnya meningkatkan pembuahan. Ciri ini juga penting dalam mendapat hasil buah yang tinggi.
Pada hakikat, 80% – 86% bunga jambu batu akan membentuk buah. Namun disebabkan oleh gejala gugur buah yang agak serius, hanya 34% 56% putik buah yang sanggup kekal ke peringkat matang. Bagi baka jambu batu yang tidak berbiji, kadar pembentukan buah ke peringkat matang hanya setakat 6% sahaja. Keguguran buah mungkin disebabkan oleh pengaruh alam sekitar ataupun mekanisme fisiologi pokok yang terpaksa menggugurkan buah berlebihan supaya tidak memberatkan tanggungan pembekalan makanan dalam pokok. Kebiasaan buah akan matang dalam tempoh 15 17 minggu dikira dari peringkat putik buah.
Pembentukan dan pengekalan putik buah di atas pokok boleh dirangsang melalui aplikasi gibberellic acid (GA) dengan kepekatan 15 atau 30 ppm. Aplikasi 200 ppm GA malah dapat mengekal putik buah sehingga 90% di samping buah juga tidak mudah gugur, buah menjadi besar dan kurang berbiji. Mutu buah juga dapat diperbaiki melalui aplikasi ini.
Pokok jambu batu yang berasal daripada cantuman tunas atau cantuman baji akan menghasilkan buah dalam tempoh 1 – 2 tahun selepas ditanam. Sebaliknya pokok yang dikultur daripada biji benih mengambil masa sehingga 2 – 3 tahun baru boleh berbuah. Masa kematangan pokok jambu batu juga bergantung kepada kultivar. Umpamanya buah daripada kultivar Taiwan mengambil masa 16 minggu untuk matang. Peringkat pengeluaran hasil awal iaitu pada tahun pertama amnya adalah rendah. Apabila umur pokok mencapai 4 – 5 tahun, hasilnya meningkat ke peringkat genting dengan penghasilan di antara 40 – 50 tan/ha bergantung kepada kultivar.
Kadar pembungaan dan pembuahan untuk jambu batu kebiasaannya tidak mewujudkan masalah kerana viabiliti debunganya sangat tinggi. Pembentukan buah walaupun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh proses pendebungaan, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan penurunan buah. Dalam pada itu, jambu batu tetap memiliki sifat sifat ketidakserasian dalam aspek pendebungaan dan keadaan ini adalah disebabkan oleh penyekatan tertentu telah berlaku dalam tiub debunga.
Sumber maklumat :
Guava-Agronomy, Flowerig & Fruiting, Tropical Fruit Global Information System.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336