Kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros) pada asalnya adalah serangga perosak pokok kelapa. la kemudian menyerang kelapa sawit berikutan keluasan sawit semakin meningkat. Serangan ini bukan sahaja disasarkan terhadap anak pokok sawit, malah pokok dewasa juga diserangi melalui korekan lubang di pangkal pelepah kemudian memasuki ke dalam tisu dalaman untuk dijadikan bekalan makanan.
Namun, serangan ke atas pokok sawit belum matang lebih berleluasa berbanding pokok dewasa. Kaedah serangan adalah serupa iaitu memasuki ke bahagian dalaman pokok melalui pangkal pelepah yang amnya lebih lembut. Kaedah penanaman bawahan (underplanting) mendorong ketibaan kumbang tanduk untuk membiak di dalam pokok tua yang sudah layu tetapi masih belum tumbang. Kaedah keduanya ialah membiak dalam timbunan biojisim yang disusun terlalu tebal di atas tanah kerana kelembapan agak tinggi serta nyaman di situ.
Pokok yang diserang akan menghasilkan daun berbentuk kipas kerana tisu daun sudah dimakan oleh kumbang tanduk ketika berada di dalam. Serangan serius akan menjejas malah mematikan pokok jika meristem pokok sudah dicerobohi sepenuhnya.
Beberapa kawalan boleh diambil untuk mengawal serangan kumbang tanduk termasuk penggunaan racun kimia seperti Lambda-cyhalothrin dan Fenvalerate. Dengan memasang perangkap feromon juga memberi kesan baik dalam mengurangkan populasinya di ladang. Kaedah kawalan lain termasuk juga menanam tumbuhan kekacang penutup bumi seperti Mucuna bracteata bagi menutupi timbunan biojisim sawit dengan cepat. Dengan cara ini, lokasi pembiakan kumbang dapat diminimumkan.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Penggunaan agen kawalan biologi juga satu kaedah sangat berkesan untuk menanganinya. Dalam hal ini, racun kulat seperti Metarhizium anisopliae berjenama Ory-X yang diedarkan oleh FGV Agri Services Sdn Bhd memberi kesan optimum. Racun kulat lain termasuk Beauveria bassiana dan Isaria fumasorosea juga memberi kesan. Kaedah penggunaan bahan ini termasuklah penyemburan racun kulat ke atas lokasi penyembunyian kumbang tanduk. Kulat yang menjadi pemangsa akan disebarkan oleh kumbang hidup yang sudah dijangkiti ke koloni masing-masing. Lama-kelamaan, koloni kumbang akan dimusnahkan.
Selain itu, sejenis virus kumbang tanduk juga digunakan untuk mengatasi masalah serangan kumbang tanduk. Virus kumbang ini dikenali sebagai Oryctes nudivirus (OrNV). Mungkin atas sebab produk ini lebih mahal sedikit berbanding yang lain, justeru ia hendaklah digunakan secara tertumpu kepada sasaran. Dengan kata lain, ia digunakan dengan memerangkap kumbang tanduk hidup dari ladang kemudian membubuh virus ini dalam bentuk cecair ke badan kumbang kemudian melepaskannya. Penyebaran virus akan berlaku dalam koloni kumbang selepas kumbang hidup kembali ke koloni masing-masing. Hakikatnya ialah kumbang dalam koloni akan dijangkiti satu per satu dan menyebabkan kematian.
Sumber maklumat :
Integrated Management of Rhinoceros Beetle, MPOB pamplet.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com