Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
B-B Town Sdn Bhd yang terletak di Bukit Katil, Melaka, sejak 40 tahun lalu telah mula menternak dan menghasilkan produk lebah. Sehingga kini, syarikat tersebut telah mengembangkan bisnes ke peringkat sehenti merangkumi penternakan lebah sampai ke pengeluaran hasil produk lebah serta berjaya membangunkan rantaian penjualan di seluruh negara. Dalam tempoh masa yang panjang ini, pengasasnya Encik Ong Kang Peng turut membangunkan galeri lebah dan kilang prosesan produk lebah di Melaka. Kini, beliau pula mendirikan sebuah kebun lebah yang boleh dikunjungi oleh orang ramai.
Kebun lebah untuk dikunjungi itu adalah seluas satu ekar. Pengunjung boleh mengutip dan membeli madu segar di situ. Kebun ini memiliki 500 sarang lebah baka Itali dan ketika bersembang di dalam dapat menghayati kumpulan lebah berlegar-legar di sekeliling serta mengeluarkan bunyi lebah yang mempesonakan.
Kebun ini adalah hasil daripada Encik Ong yang telah mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk penyiapan. Sarang-sarang lebah diatur secara berderet dan di perantaraan sarang itu disediakan laluan yang mencukupi untuk pengunjung berlalu. Laluan yang terletak di antara muka sarang itu tiada dipasang jaring hitam agar lebah dapat berlegar dengan bebas manakala laluan di belakang sarang pula disediakan jaring hitam untuk melindungi dari pancaran cahaya matahari. Di kebun tersebut juga didirikan sebuah anjung yang panjang demi membolehkan para pengunjung melihat dengan dekat pergerakan dan aktiviti pengutipan madu oleh lebah Itali dari bunga-bungaan yang ditanami.
Di depan kebun, Encik Ong telah menanam pelbagai tumbuhan yang kaya dengan madu lebah untuk kutipan lebah. Tumbuhan ini termasuklah acasia yang mana madunya terkandung di bahagian tangkai daun. Lebah yang rajin kelihatan menjalankan aktiviti kunjungan dengan aktif di situ. Mengenai persoalan kenapa populasi lebah begitu banyak di situ, Encik Ong berkata di belakang kebun ini terdapat banyak tumbuhan yang kaya dengan madu, lantaran itu menjadi tempat yang sesuai untuk kutipan makanan oleh lebah. Tumbuhan ini berbunga dan mengeluarkan madu selama 7 – 8 bulan dalam setahun selanjutnya menyediakan bekalan makanan berterusan kepada lebah. Oleh itu, Encik Ong mengingatkan mereka yang berminat menternak lebah hendaklah meninjau tempat yang ingin dijadikan lokasi penternakan lebah sama ada mempunyai bekalan makanan yang mencukupi di sekeliling atau tidak. Jika tidak, penternakan mungkin akan gagal kerana lebah tidak dapat membina populasi yang kuat dalam keadaan kekurangan bekalan makanan.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan pernah membeli sarang lebah daripadanya untuk disalurkan kepada para penternak terutama mereka yang datang dari perkampungan yang diselubungi dengan alam sekitar semula jadi yang merupakan lokasi ternakan yang sesuai.
Mengenai sesetengah penternak lebah mengalami kegagalan dalam penternakan mereka, menurut Encik Ong, ini adalah disebabkan oleh bekalan makanan yang tidak mencukupi di sekeliling, maka populasi lebah akan merosot sehingga akhirnya terpaksa melarikan diri dari sarang asal ke tempat yang mempunyai bekalan makanan yang banyak. Antara sebab lain ialah para penternak mungkin telah mengabaikan ancaman perosak terhadap lebah, umpamanya burung pemakan lebah, tebuan, labah merah dan sebagainya sehinga populasi lebah berkurangan.
Satu kes yang telah berlaku kebelakangan ini ialah lebah di kebun ini diserangi oleh tebuan. Selepas penentuan sarang tebuan, beliau telah membawa pekerjanya pada suatu waktu malam untuk membakarkan sarang perosak tersebut. Berkenaan dengan serangan burung pula, di kawasan ini yang memiliki 500 sarang lebah Itali, burung tidak berani mendekati kerana lebah akan menyerbu terhadap mereka jika diserangi. Jika populasi lebah tidak kuat, maka serangan burung adalah satu masalah yang kritikal. Labah merah pula boleh dikawal dengan sejenis bahan semula jadi yang mengeluarkan bau yang unik untuk menghalaukannya.

Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Kebun untuk kunjungan ini hanya menternak lebah baka Itali. Lebah kelulut tidak diternak di sini disebabkan dominasi lebah Itali ekoran saiznya yang lebih besar daripada saiz kelulut. Justeru itu, kelulut sukar hidup bersama dengan lebah Itali. Lagipun, habitat kelulut adalah berbeza daripada habitat lebah Itali yang mana kelulut lebih gemar pada kawasan ternakan yang lebih redup manakala lebah Itali suka terhadap kawasan ternakan yang lembap panas. Dari segi pengeluaran madu lebah, lebah Itali adalah baka yang sangat kuat dalam menjalankan tugas tersebut. Madu yang dihasilkan malah melebihi 10 kali ganda berbanding kelulut. Namun begitu, kelulut memiliki daya pengeluaran propolis yang lebih kuat daripada lebah Itali. Kini propolis kelulut dapat dijual dengan harga seribu lebih ringgit satu kilogram. Madu kelulut juga lebih berharga iaitu satu kilogram dijual dengan harga lebih RM200 manakala madu lebah Itali hanya dijual pada RM68 satu kilogram. Sungguhpun begitu, lebah Itali dapat menghasilkan kuantiti madu yang jauh lebih banyak itu tetap satu kelebihan yang besar serta lebih berbaloi untuk diternak. Lagipun, lebah Itali dapat menghasilkan debunga, madu royal jelly, bisa lebah dan pupa lebah.
Encik Ong mengesyorkan cara mengutip debunga yang dibawa balik oleh lebah Itali. Debunga yang sangkut di bahagian kaki lebah Itali akan disingkirkan ke dalam satu kotak yang dibina khas semasa mereka ingin masuk ke sarang. Debunga yang jatuh ke dalam kotak itu tidak dapat diambil oleh lebah Itali. Debunga kini berharga RM400 – RM500/kg.
Pengutipan debunga dari kaki lebah Itali juga bergantung pada keadaan cuaca. Semasa cuaca baik dan bunga mekar dengan banyak di luar, maka debunga di kaki lebah boleh dikutip. Untuk mengetahui keadaan ini, cuma perlu meninjau keadaan paras air dan populasi lebah yang meminum air di kolam yang disediakan. Madu bunga juga mengandungi air yang diperlukan oleh lebah Itali. Oleh itu lebah Itali akan aktif mengutip madu dari bunga dan tidak banyak meminum air daripada kolam air. Jika keadaan sebalik telah berlaku, maka aktiviti kutipan debunga daripada kaki lebah Itali perlu dihentikan untuk mengelakkan daripada saingan bekalan makanan dengan lebah Itali.
Dalam keadaan yang dibenarkan, debunga boleh dikutip setiap hari dari jam 3.30 – 4.30 pm. Setiap sarang pm dapat menghasilkan 200 – 300 gram debunga bersamaan secara purata, 4 sarang lebah akan menghasilkan satu kilogram debunga. Debunga boleh dimakan segar dan membawa perisa yang manis.
Pengutipan bisa lebah pula dijalankan semasa bunga di luar tidak banyak. Masa yang sesuai untuk kutipan ialah 4.30 pm untuk selama 2 jam. Setiap sarang lebah Itali dapat menghasilkan 1⁄2 gram bisa lebah. Satu gram bisa lebah dapat dijual dengan harga RM400 – 500. Bisa lebah mempunyai kesan rawatan ke atas lebih 20 jenis penyakit dan justeru itu memiliki potensi pasaran yang sangat besar.
Bisa lebah boleh dikutip dengan memasang sekeping papan logam yang disambungkan kepada elektrik berkuasa kecil. Apabila lebah Itali terpijak papan itu, mereka akan terkena eletrik lalu menyengat balik pada papan tersebut justeru menghasilkan bisa lebah. Oleh kerana proses ini memperlihatkan lebah menjadi lebih agresif, pekerja yang ditugaskan untuk memungut bisa lebah dikehendaki memakai pakaian lindung diri yang lengkap untuk mengelak daripada disengat.
Madu royal jelly pula dipungut setiap 3 – 4 hari manakala pupa lebah dipungut dengan cara khas iaitu secara pengeluaran pupa yang berumur 21 hari untuk disejukbekukan dengan mesin yang kini berharga paling kurang seratus ribu ringgit seunit. Pupa lebah kini dijual dengan harga RM4,000 satu kilogram.
Namun, pengeluaran madu lebah tetap satu kerja yang paling baik dijalankan oleh lebah Itali. Pengurusan yang baik terhadap sarang lebah Itali termasuk pemilihan ratu lebah dan juga pembahagian sarang yang kuat kepada sarang-sarang baru adalah petua yang akan menjayakan penternakan. Dengan adanya kebun kunjungan ini, para pengunjung berpeluang melihat dengan sendiri bagaimana satu kebun lebah yang berjaya dapat dibangunkan serta juga dapat membeli madu lebah dan juga produk lebah lain yang segar. Kebun ini dibuka setiap hari dan kedatangan semua pihak adalah dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Ong di talian 013-626 7591.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com