Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Penanaman pisang selain untuk mendapat hasil memuaskan, sama-sama penting ialah agar tanaman ini dapat diusahakan dengan ketenteraman hati. Persoalannya ialah bahan tanaman sulur lebih tinggi risiko dalam pembawaan penyakit kerana bahan tanaman ini amnya dari pelbagai tempat yang kurang diketahui sumbernya. Selepas ditanam, jika bersyukur, penyakit mungkin tidak wujud di generasi pertama, tetapi pada masa seterusnya penanam mungkin akan berdepan dengan kadar penyakit yang lebih tinggi. Seperti sedia dimaklumkan, beberapa penyakit pisang mendatangkan kesan teruk sehingga pokok akan mati selepas diserangi. Keadaan ini mendatangkan kerugian besar kepada pekebun.
Justeru itu, pemilihan bahan tanaman kultur tisu adalah lebih selamat serta menjanjikan hasil yang lebih konsisten malah lebih tinggi. Ini kerana pertumbuhan pokok kultur tisu lebih seragam di samping bebas jangkitan penyakit. Namun, harga anak benih bagi kedua-dua bahan tanaman ini adalah berbeza maka terpulang kepada pekebun mana satu yang ingin dipilih.
Di India, satu kajian pernah dijalankan bagi menilai prestasi pokok pisang dari sulur dan kultur tisu. Parameter perbandingan terutama komponen hasil dan pertumbuhan vegetatif digunakan dalam kajian tersebut. Hasil kajian itu akhirnya menunjukkan bahawa pisang kultur tisu memberi hasil setinggi 63.44 tan/ha manakala pisang sulur hanya mencapai hasil 45.50 tan/ha, iaitu perbezaan 39.43%. Nisbah kos dan untung bagi pisang kultur tisu ialah 2.25 manakala pisang sulur ialah 1.65 menandakan bertanam dengan pisang kultur tisu mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi.
Sumber maklumat :
M.R.Bhanusree et al., ‘Comparative studies on tissue culture plantlet versus conventional sucker var. Grand Naine banana’, Plant Archives Vol. 150No. 2, 015 p. 785-788.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com