Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Kesukaran memotong buah sawit daripada pokok wujud dari segi ketinggian buah serta ketidakcukupan cahaya mengakibatkan sabit susah untuk masuk ke lokasi tangkai buah tandan. Kebiasaan, hujung galah untuk memotong buah sering bergoyang ketika dibawa oleh pemotong buah dari pokok ke pokok, justeru kemahiran mereka sangat diperlukan agar operasi memotong buah dapat disegerakan.
Daripada sini, terfikirlah kami mengenai buah tandan bertangkai panjang yang pernah kami lihat di sebuah ladang eksperimen kepunyai pengeluar biji benih sawit di Malaysia banyak tahun lalu. Alangkah mudahnya untuk memotong buah tersebut kerana sabit dengan senang sahaja terus mengaut tangkai panjang itu dan dalam sekelip mata, buah itu sudah dipotong dan jatuh ke tanah. Pemandangan ini selanjutnya membangkitkan renungan terhadap bahan tanaman seumpama ini… sekiranya berjaya dikomersialkan, akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti pemotongan buah di ladang. Tangkai berukuran sekurang-kurangnya 8 inci baharu boleh diterima.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pernah juga mengumpul baka sawit yang buah tandannya bertangkai panjang. Sebanyak 40 pokok bertangkai di antara 8 – 14.4 inci sudah dikenal pasti tetapi hanya 10 pokok (8 pokok dura dan 2 pokok tenera) berjaya dipilih. Projek pemilihan ini bermula dengan penanaman untuk mengetahui parameter lain seperti tumbesaran, pengeluaran hasil dan sebagainya kerana pokok bertangkai panjang perlu juga mempunyai prestasi yang unggul dari segi tersebut. Eksperimen seperti ini memerlukan masa yang panjang dengan jangkaan tidak kurang daripada 15 tahun.
Eksperimen penanaman sawit bertangkai panjang juga telah dilakukan oleh pengeluar biji benih di Malaysia untuk tempoh yang agak lama. Diyakini 2 tahun lagi, baka sawit bertangkai panjang akan dikomersialkan untuk dibeli dan ditanam oleh pengusaha tanaman di seluruh negara bagi meningkatkan produktiviti pemotongan buah di ladang masing-masing.

Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Bahan rujukan :
Noh, A et al., ‘PS 10: Breeding Populations Selected For Long Stalk’, MPOB TT. NO. 263, 2005.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com