You are currently viewing Kaedah Penanaman Pisang Di Bawah Kepadatan Tinggi

Kaedah Penanaman Pisang Di Bawah Kepadatan Tinggi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Bidang penyelidikan Pertanian di India pernah menjalankan satu eksperimen mengenai kaedah penanaman pisang berkepadatan tinggi. Eksperimen itu kelihatan berjaya. Tujuan penyelidikan seperti ini adalah wajib bagi negara India yang menampung jumlah penduduk sehingga 1.4 bilion. Melalui penanaman berkepadatan tinggi, hasil dijangka akan meningkat. Tetapi bukan semua tanaman boleh ditanam dengan kepadatan tinggi. Di antara tanaman yang boleh diolah dengan cara ini, pisang, jambu batu, nanas, epal, limau dan mangga adalah termasuk di dalam kategori tersebut.

Bagi tanaman pisang, pekebun tempatan amnya menggunakan jarak 2.5m x 2.5m bagi memuatkan 1,600 pokok/ha. Di tanah subur, kepadatan ini boleh ditingkatkan kepada 2,200 pokok/ha mengikut jarak 3m x 1.5m. Kepadatan ini nampaknya cocok kerana disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Namun, kepadatan ini kelihatan boleh ditingkatkan lagi dengan cara merapatkan jarak tanaman. Ini kerana saiz pokok pisang agak kecil jika dibandingkan dengan tanaman lain. Mengikut eksperimen di India itu, baka pisang Nedran telah digunakan dalam eksperimen tersebut. Menurut kaedah itu, setiap lubang tanaman ditanami 3 anak pokok pisang serentak. Jarak di antara lubang tanaman ialah 2m x 3m manakala jarak antara pokok dalam lubang tanaman yang sama ialah lebih kurang satu kaki dalam bentuk bulatan. Kaedah ini akan memuatkan 5,000 pokok sehektar iaitu 2 – 3 kali ganda lebih tinggi daripada kaedah konvensional. Setiap lubang tanaman hanya perlu ditambah 25% baja NPK dan bukannya 2 – 3 kali ganda baja.

.
Satu kaedah lain turut dipraktikkan dalam eksperimen tersebut. Caranya tetap menanam 3 pokok serentak dalam satu lubang tanaman, dan jarak antara pokok juga satu kaki dalam bentuk bulatan. Namun, jarak antara lubang tanaman dibuat larasan kali ini kepada 1.8m x 3.6m, dengan cara ini, satu hektar mampu memuatkan 4,600 pokok. Eksperimen ini menggunakan kultivar pisang Robusta. Setiap lubang tanaman dibekal dengan 300:90:450g baja NPK.

Terdapat satu kaedah lagi yang boleh memuatkan 4,000 pokok/ha. Cara ini berkehendakkan penanam menanam pokok pisang secara dua baris kembar (rajah 1). Jarak antara pokok dalam baris diberikan 1m manakala jarak pokok antara baris ditetapkan pada 3m. Jarak di antara setiap dua baris pokok pisang pula 2m. Penanaman dengan cara ini menggunakan satu pokok untuk satu lubang tanaman sahaja.

Jika masih kurang puas terhadap kepadatan ini, ada satu kaedah amat Padat boleh digunakan. Kaedah ini menanam 4 pokok pisang serentak dalam setiap lubang tanaman. Jarak antara lubang tanaman ialah 1.8m x 3.6m. Sebanyak 6,000 pokok boleh dimuatkan dalam keluasan satu hektar. Kepadatan amat tinggi ini adalah 3 – 4 kali ganda lebih tinggi daripada kaedah konvensional.

Kepadatan tanaman yang tinggi sehingga 2 – 4 kali ganda daripada kepadatan tanaman dalam kaedah konvensional dijangka akan meningkatkan hasil. Namun, hasil tidak mungkin meningkat 2 – 4 kali ganda kerana saingan hebat telah berlaku di antara pokok untuk mendapatkan cahaya matahari, air dan nutrien. Keadaan ini selanjutnya akan mengurangkan berat buah. Bagaimanapun, oleh kerana jumlah pokok masih banyak bertambah, maka jumlah hasil tetap lebih tinggi di bawah kepadatan tinggi.

Ada kebaikan dan keburukan dalam kaedah penanaman berkepadatan tinggi. Kebaikan ialah penggunaan baja dan air dapat dicekapkan ekoran perkongsian di antara pokok justeru tidak membazir. Kadar penggunaan tenaga buruh juga lebih efisien. Peningkatan hasil sehektar bermaksud produktiviti akan meningkat serta menurunkan kos pengeluaran.

Keburukan pula ialah beban pengurusan ladang akan meningkat berikutan jumlah pokok yang telah bertambah berkali-kali ganda. Umpamanya, pengurusan pelepah tanaman pisang supaya kemasukan cahaya matahari serta peredaran udara dapat bertambah baik demi menurunkan kejadian penyakit. Tanaman pisang berdepan dengan risiko jangkitan beberapa penyakit serius yang mampu mematikan pokok jika tidak terkawal.

Sebagai kesimpulan, eksperimen tersebut telah mengesyorkan kaedah baru untuk meningkatkan hasil tanaman pisang. Kaedah ini kelihatan berdaya maju. Namun begitu, ia disampaikan sebagai bacaan am sahaja. Pekebun yang ingin menerapkan kaedah baru ini disyorkan mendapat khidmat nasihat daripada mereka yang mahir di bidang penanaman pisang.

Bahan rujukan :

Nakul Rao Rangare, High Density Planting System 2020.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :