You are currently viewing Cantas Permudahkan Pemotongan Buah Sawit

Cantas Permudahkan Pemotongan Buah Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Kelmarin, Satu laporan akbar mengatakan kadar kebergantungan tenaga asing di ladang sawit Malaysia melebihi 90%. Perkara ini tentu bukan satu berita yang baik. Kes penularan Covid-19 menyebabkan ramai pekerja asing tidak dapat kembali ke negara kita, ditambah dengan kononnya pihak Indonesia kini hanya di peringkat mempertimbangkan penawaran pekerjanya datang ke ladang Malaysia menjadikan perkara ini semakin komplikated. Hasil buah sawit perlu dipotong apabila masak. Penangguhan kemasukan mereka akan menjejaskan pendapatan peladang sawit di Malaysia. Keadaan ini perlu diselesaikan dengan kadar segera termasuk penerapan teknologi baru pemotongan buah yakni penggunaan cantas.

Cantas merupakan alat memotong buah yang sama ada digerakkan oleh motor ataupun bateri. Produk ini sama-sama dibangunkan oleh MPOB dan juga pihak swasta dengan matlamat sama iaitu memberi manfaat kepada pengusaha tanaman sawit agar buah tandan masak di atas pokok dapat dipotong selain juga digunakan untuk memangkas pelepah.

Berikutan penerapan teknologi yang lebih moden, cantas kini sudah boleh beroperasi dengan lebih cekap kerana komponen alat dalam cantas sudah lebih tahan lasak dan ringan. Umpamanya EVO 2 yang dibangunkan oleh MPOB pada tahun 2018 adalah satu contoh yang baik. EVO 2 merupak cantas generasi kedua. Sebelum itu EVO dibangunkan dengan 17 komponen, keadaan ini meningkatkan kadar kerosakan cantas. Penggantian komponen pula bergantung kepada kesediaannya di pasaran serta masa menunggu, akhirnya sesetangah pengguna terpaksa melepaskan penggunaan atas sebab masa menunggu yang lama terhadap ketibaan komponen gantian.

Kini reka bentuk EVO 2 hanya menggunakan 7 jenis komponen, maksudnya kadar kerosakan telah diturunkan dengan ketara. Lagipun, kotak gear bagi EVO 2 juga telah dipindahkan ke bahagian hujung pemegang justeru merendahkan grativiti dan meningkatkan keselesaan penggunaan. Selain itu EVO 2 juga boleh dipanjangkan ke aras 8 meter untuk memotong buah di aras tersebut. Keseluruhan berat EVO 2 adalah 7.1 kg.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tahap gegaran EVO 2 juga lebih rendah daripada generasi pertamanya. Dilaporkan pengguna dengan selamatnya boleh beroperasi selama 8 jam sehari dengan menggunakan alat ini. Maksudnya, tahap gegaran tersebut tidak akan menimbulkan ketidakselesaan walaupun beroperasi sepanjang hari. EVO 2 digerakkan oleh motor petrol, di hujungnya boleh dipasang sabit untuk memotong buah tinggi atau pahat untuk pemotongan buah rendah.

EVO 2 pernah diuji di kebun seluas 50 hektar dengan ketinggian pokok 3 – 5 meter. Pemotongan buah sebanayk 2 kali sebulan serta penggunaan 5 jam sehari mampu memotong 6 tan buah tandan segar/hari. Jumlah ini tentu lebih tinggi daripada pemotongan buah menggunakan sabit konvensional. Tambahan, pemotong tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk menurunkan buah tandan segar kerana pemotongan dilakukan oleh pergerakan motor. Justeru itu, Cantas seperti EVO 2 juga disifatkan sebagai alat yang boleh meningkatkan golonga wanita menjadi pemotong buah sawit yang cekap.

 

Sumber maklumat :

Mohd Rizal Ahmad et al., ‘Oil palm motorised cutter Evo 2’, MPOB Information Series, July 2018, MPOB TT. NO. 630.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my