You are currently viewing Satu Peringatan Ketika Memangkas Pokok Durian

Satu Peringatan Ketika Memangkas Pokok Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Daun bagi tanaman tropika umumnya akan menjalar ke arah yang boleh mendapat pancaran cahaya matahari untuk digunakan dalam proses fotosintesis. Cahaya matahari ini setelah diserap oleh klorofil dalam daun kemudian akan bersama karbon dioksida dan air untuk dijadikan karbohidrat dalam pokok. Karbohidrat juga digelar sebagai makanan kepada pokok. Oleh itu, amalan pangkasan pokok adalah penting untuk tanaman khususnyan buhan-buahan supaya mengurangkan kerimbunan di kanopi membolehkan kesemua bahagian pokok mendapat pancaran cahaya matahari untuk melestarikan tumbesaran. Pokok durian juga salah satu tanaman tergolong dalam konsep ini.

Dalam proses pembesaran pokok durian, pangkasan dahan dan ranting diperlukan untuk membentuk pokok yang seimbang. Pangkasan juga memperbaiki kadar perudaraan dan kemasukan cahaya matahari demi mengurangkan kadar jangkitan penyakit. Satu kajian dari satu pasukan pengkaji Jepun mendapati pokok durian tidak mendapat manfaat sepenuhnya melalui pangkasan daun secara kemas.

Menurut hasil kajian tersebut, bagi pokok durian, daun durian jika didedahkan kepada pancaran cahaya matahari yang terik, proses fotosintesis yang berlaku adalah rendah sebaliknya kerana kandungan klorofil dalam daun yang juga rendah. Penemuan ini seolah-olahnya menyatakan daun yang terlindung daripada pancaran cahaya matahari mempunyai kandungan klorofil yang lebih tinggi serta mendatangkan kesan fotosintesis yang juga lebih tinggi. Dengan kata lain, daun bagi pokok durian hendaklah dilindungi daripada pancaran cahaya matahari secara munasabah. Jika semua daun didedahkan sepenuhnya kepada pancaran cahaya matahari maka akan menurunkan kadar fotosintesis selanjutnya memberi pengaruh negatif terhadap pengeluaran hasil.

Dalam kajian yang sama, pasukan pengkaji itu menjalankan kajian ke atas beberapa kategori pokok durian iaitu terdiri daripada pokok yang daunnya masing-masing 0% (plot kawalan), 100%, 50% dan 70% dilindungi daripada pancaran cahaya matahari. Daun di bawah 70% lindungan cahaya matahari didapati lebih nipis daripada plot pendedahan daun spenuhnya kepada cahaya matahari tetapi ia memberi kesan fotosintesis yang paling tinggi. Walaupun daun di plot 70% lindungan cahaya matahari hanya menerima kadar pancaran cahaya matahari sekadar 400-800 μmol m2 s1, tetapi kesan fotosintesisnya adalah serupa dengan daun yang menerima kadar pancaran cahaya matahari setinggi 2000 μmol m2 s1.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Maka itu, penemuan ini mungkin boleh dijadikan rujukan semasa memangkas pokok durian supaya mengekalkan daun pada pokok secara munasabah. Pangkasan keterlaluan mungkin akan menjejaskan pengeluaran hasil nanti.

 

Sumber maklumat :

T. Kondo et al., “Photosynthetic characteristics of durian (Durio zibethinus Murray) leaves grown under different light conditions”, International Society for Horticulture Science.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :