Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
01. Pokok Jaboticabas (Myrciaria cauliflora Berg.) adalah tumbuhan asli yang popular di negara Brazil. Ia juga tumbuh di Peru, Bolivia, Paraguay dan Argentina. Pada tahun 1904, tumbuhan ini dibawa masuk ke California, Amerika Syarikat. Namun, ketinggian pokok yang tumbuh di California hanya 10 – 15 kaki. Di negara asalnya (Brazil) pula, ketinggian pokok malah mencapai 12 – 45 kaki.
02. Tumbuhan ini terkenal dengan buah bersifat califlorous, iaitu bertumbuh terus dari dahan dan batang pokok dengan lebatnya. Ia digolongkan dalam famili Myrtaceae. Buahnya berwarna hijau semasa mentah dan menjadi ungu gelap apabila masak serta boleh dimakan segar. Buahnya telah diproses menjadi jeli, jem dan wain. Isi buah juga dijadikan bahan minuman segar dan digemari oleh penduduk tempatan.
03. Bagi pokok Jaboticabas yang tumbuh daripada biji benih, ia hanya akan mula berbuah pada 8-15 tahun lepas tanam. Sebaliknya, pokok yang dikultur melalui pembiakan tampang akan mula berbuah pada 3 tahun lepas tanam. Pokok matang boleh berbuah sebanyak 5 kali setahun dan ini juga bergantung pada kultur. Buahnya mengandungi 1 – 4 biji benih. Biji benih itu bersifat polyembryonic, iaitu mengandungi sifat baka yang hampir serupa dengan pokok induk.

Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Â
04. Jaboticabas walaupun merupakan pokok tropika, namun ia juga boleh tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana, cuma agak sensitif sedikit terhadap kabus. Tanah bersaliran baik dengan pH tanah antara 5.5 – 6.5 adalah syarat baginya untuk tumbuh dengan baik. la malah boleh hidup atas tanah pasir yang tidak masin. Selain itu, pembajaan sebanyak 3 kali/tahun akan memupuk pengeluaran hasil yang baik.
05. Kulit buah Jaboticabas agak tebal sedikit serta mengandungi unsur tannin yang tinggi. Oleh kerana itu, buah Jaboticabas mungkin tidak sesuai dimakan terlalu kerap. Namun begitu, buahnya dipercayai mengandungi bahan-bahan anti-oksidan yang mempunyai fungsi perubatan seperti bahan jaboticabin yang ada di dalamnya.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com