You are currently viewing Masalah Buah Delima Rekah Dan Kaedah Kawalan

Masalah Buah Delima Rekah Dan Kaedah Kawalan

- - iklan - -


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Buah delima (Pomegranate), nama saintifik Punica granatum L. berasal dari Iran, merupakan sejenis buah-buahan tropika dan sub-tropika. Ia mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap musim kering serta memiliki pelbagai ciri kualiti buah menjadikannya salah sejenis buah-buahan yang banyak ditanam di negara Mediterranean, Sepanyol, Morocco, Myanmar, Afghanistan, China, India, Jepun dan Amerika Syarikat. Baka Ganesh mempunyai isi buah berwaran ungu, saiz sederhana serta berhasil tinggi menjadi baka delima yang popular ditanami di seluruh dunia.

Buah delima selain menghadapi masalah serangan perosak serangga, ia juga berhadapan dengan satu fenomena yang umum iaitu buah rekah. Gejala buah rekah didapati tidak berkaitan dengan perosak tetapi disebabkan oleh kekurangan nutrien surih dan sekunder serta ketidakseimbangan kelembapan tanah dan suhu udara. Apabila buah delima rekah, nilai jualannya hilang sama sekali dan mendatangkan kerugian kepada penanam.

Satu kajian selama 2 tahun pernah dilakukan ke atas buah delima untuk menilai keberkesanan nutrien surih dan sekunder terhadap kawalan buah rekah. Sebelum buah dikutip, semburan buah delima dengan 0.2% asid boric berjaya menghasilkan kadar buah rekah paling minimum (3.33%) berbanding plot kawalan yang tidak disemburi mencatatkan kadar buah rekah setinggi 28.44%. Selepas itu buah disemburi calcium chloride dan didapati kadar kerekahan buah hanya pada 5.51% atau semburan ferrous sulphate menghasilkan kadar kerekahan setakat 7.12 % – 8.4%. Berdasarkan hasil kajian ini maka boleh dikatakan nutrien surih dan sekunder memberi kesan positif dalam menurunkan kadar rekahan buah delima.


Selain itu, penyemburan asid boric 0.2% secara ketara meningkatkan hasil buah delima (34.05 kg/pokok). Semburan dengan calcium chloride juga meningkatkan hasil ke aras 32.08 kg/pokok. Penggunaan kedua-dua produk ini memberi kesan lebih baik berbanding plot kawalan yang hanya memperolehi hasil buah setakat 20 kg/pokok.

Kulit buah delima agak keras sebelum masak, justeru itu mudah merekah selepas ditimpa air hujan yang lebat. Air hujan menyebabkan isi buah mengembang dan keadaan ini mendesak kulit pecah. Oleh itu semasa cuaca kering, adalah digalakkan untuk mengekalkan kelembapan tanah pada tahap 25% untuk mencegah buah rekah. Semburan calcium chloride yang dibancuh pada kadar 1kg/100 liter air atau calcium ammonium nitrate pada kadar bancuhan 2kg/100 liter air juga berkesan mencegah buah rekah.

Angin kering bertiup semasa cuaca kering juga boleh menyebabkan buah delima rekah. Dalam proses pembesaran buah, suhu udara melebihi 38°C serta kelembapan udara kurang daripada 60% juga mungkin menyebabkan buah rekah. Dengan kata lain, kelembapan tanah dan udara yang lebih seimbang (kadar turun naik yang minimum) boleh mencegah buah rekah. Kerekahan buah juga akan berlaku selepas pengairan diberikan tiba-tiba dalam cuaca kering dapat menerangkan faktor kelembapan tanah dan udara terhadap gejala buah rekah.

Keadaan buah rekah juga berlaku pada buah-buahan lain khususnya pisang. Dipercayai punca utama juga sama seperti buah delima atas sebab kelembapan tanah dan udara yang berubah secara mendadak. Oleh itu kaedah kawalan termasuklah penjagaan kelembapan tanah dan udara agar keadaan buah rekah dapat diminimumkan.

 

Sumber maklumat :

M.K. Sheikh dan N. Manjula, “Effect of chemicals on Control of Fruit Cracking in Pomegranate (Punica granatum) var. Ganesh”, Options Mediterraneenes A, No. 103, 2013, II International Symposium on the Pomegranate.

Hantar blog ini kepada :