Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pernah menerima banyak aduan berkenaan tanaman kelapa Matag yang ditanami sehingga tahun ke-6 masih tidak berbuah atau berbuah dengan kadar sedikit. Keadaan ini wujud mungkin disebabkan oleh penanam telah menanam Matag F2 (generasi kedua). Matag F2 bukan baka Matag yang tulen sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh Matag yang membawa ciri induk jantan Tagnanan Tall atau ciri induk betina Malayan Dwarfs. Kedua-dua induk ini secara berasingan bukan penghasil kelapa yang baik, hanya melalui kacukan barulah melahirkan generasi Matag F1 tulen yang berhasil tinggi.
Secara terperinci, Matag F1 dihasilkan oleh kacukan bunga betina Malayan Dwarfs dan debunga Tagnanan Tall melalui pendebungaan terkawal. Pendebungaan terkawal ini dijalankan di ladang kelapa induk supaya memastikan pendebungaan tulen berlaku tanpa pencemaran debunga liar yang dibawakan oleh serangga. Mengikut pengetahuan yang diperolehi, setakat ini hanya dua buah syarikat yang menjalankan pendebungaan terkawal ini iaitu United Plantations Berhad dan National Land Finance Cooperative Society (NLFCS) yang menghasilkan Matag F1.
Walaupun masa ini bahan tanaman Matag F2 amat kurang di pasaran, penanam juga boleh cuba mendapatkan Matag F1 daripada kedua-dua syarikat tersebut melalui tempahan. Namun, hanya tempahan yang sedikit, katakan seratus atau dua ratus anak pokok yang hanya dapat dilayan kerana mereka telah mempunyai tempahan besar-besaran dari agensi kerajaan dan swasta. Bagi pihak kerajaan, kononnya Jabatan pertanian di Lekir, Perak, Pagoh, Johor, Stesen Kelapa Menumbok Sabah dan Pusat Pertanian Tarat Sarawak juga membekal bahan tanaman Matag F1.
Matag F1 juga tumbuhan dari famili palma iaitu serupa dengan kelapa sawit. Oleh itu anak benih Matag F1 di tapak semaian juga perlu berlalu proses penakaian supaya anak benih yang abnormal seperti kadar pertumbuhan terbantut, daun bergulung, daun sempit dan sebagainya disingkirkan. Proses penakaian ini dijalankan oleh pengeluar bahan tanaman. Memandangkan pengeluaran anak benih Matag F1 melibatkan spektrum kerja yang luas dan rumit, maka dipercayai hanya pengeluar tradisional serta yang kukuh dalam aspek kewangan yang mampu melakukannya.
Memandangkan permintaan anak benih Matag F1 yang tinggi di pasaran, usaha tertentu telah dijalankan oleh pengeluar baru yang cuba memasuki bidang kultur tersebut tetapi tidak berjaya. Kacukan untuk mendapatkan anak benih Matag F1 perlu didahului dengan penanaman pokok kelapa induk jantan Tagnanan Tall selama 8 tahun dan induk betina Malaysan Dwarfs 5 tahun di ladang induk kemudian baru boleh dikacukkan. Teknik kacukan juga perlu dijalankan dengan berhati-hati terutama tempoh bunga betina untuk menerima debunga hanya 24 jam sahaja iaitu semasa stigma berwarna putih serta melekit. Justeru itu pekerja hendaklah cekap dalam mengetahui masa yang tepat untuk proses pendebungaan. Selepas pendebungaan berjaya, masa 11 – 12 bulan diperlukan bagi buah kelapa menjadi matang apabila kulit menukar ke warna perang untuk dituai dan dikultur di tapak semaian sebagai anak benih Matag F1.
Tapak semaian ini terdiri daripada lantai pasir setebal 3 inci. Buah kelapa yang diletakkan di situ akan bercambah dalam masa 4-6 minggu. Daripada warna pangkal batang muda serta tulang daun maka dapat diketahui sama ada anak benih itu adalah tulen atau tidak. Jika warna tersebut adalah hijau atau warna tembaga maka menandakan anak pokok itu adalah tulen, manakala yang berwarna kuning atau merah menandakan anak pokok itu tidak tulen dan harus disingkirkan. Anak pokok tulen hendaklah disiram air dua kali sehari dengan kadar 500ml sehari sehingga berumur 5 bulan baru boleh dipindah tanam ke dalam beg plastik hitam yang besar. Dalam tempoh masa ini, proses penakaian tetap dijalankan bagi menyingkirkan anak pokok yang tidak normal. Tempoh masa anak benih berada di tapak semaian besar ialah lebih kurang 8 bulan baru boleh dipindah tanam di ladang. Dalam tempoh masa ini juga anak benih hendaklah disiram setiap hari pada kadar 2,500ml per pokok melainkan hari berhujan.
Semasa di tapak semaian besar, kira-kira pada bulan ke-3 serta setiap 2 bulan kemudian, penakaian anak pokok hendaklah dijalankan. Kadar anak pokok yang ditakai dan disngkirkan pada masa ini lebih kurang 10%. Keseluruhannya, anak benih yang ditanam di tapak pasir hanya sekadar 30-40% yang dikira normal dan boleh dipindah tanam di ladang manakala 60-70% adalah anak benih abnormal. Semasa di tapak semaian besar selama 8 bulan, selain keperluan bekalan air yang mencukupi, baja kimia perlu ditaburkan setiap bulan dengan kadar sedikit di peringkat permulaan sehingga bulan ke-6 sampai bulan ke-8 dengan taburan baja kimia 30g/kali.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Matag F1 ditanam di ladang mengikut corak segitiga sama dengan jarak 8 meter. Dengan jarak ini, satu hektar dapat memuatkan 178 pokok. Lubang tanaman berukuran 46cm x 46 cm x 33 cm digunakan. Setiap 4 baris kelapa perlu dibuka satu parit untuk tujuan pemeliharaan kelembapan tanah. Selepas menanam anak benih Matag F1, penanaman tumbuhan kekecang penutup bumi turut diselenggarakan dengan segera.
Dalam tempoh pokok kelapa belum matang ini, serangan kumbang perlu diawasi. Oleh itu setiap 2 minggu boleh menggunakan cypermethrin untk menyiram di bahagian pangkal pelepah serta menggunakan racun kawalan kumbang yang lain jika perlu. Apabila pokok sudah matang, buah kelapa yang telah menukar ke warna perang boleh dikutip. Kerja tuaian dijalankan sekali pada setiap 35 hari. Buah kelapa yang telah dituai diletakkan di lorong pokok untuk dikupas kulit. Jika buah ingin dipasarkan sebagai buah muda untuk tujuan air kelapa segar, maka buah dituai daripada pokok ketika berumur 7 bulan.
Daripada segi penghasilan buah, diagram 1 menunjukkan Matag F1 berupaya menghasilkan 25,000 biji per hektar dan mengekalkan ciri penghasilan tinggi ini selama bertahun-tahun. Daripada pengalaman United Plantations Berhad, rekod pengeluaran hasil Matag F1 tertinggi ialah 34,000 biji/ha/tahun. Kelapa Mawa juga mempunyai hasil buah yang setanding dengan Matag, cuma saiz buah Matag lebih besar daripada Mawa membawa kepada pengeluaran kopra yang lebih tinggi (diagram 2). Saiz buah Matag yang lebih besar daripada Mawa ini juga menjadikan Matag lebih popular di pasaran buah muda untuk tujuan perolehan air kelapa.
Baka pokok kelapa tinggi Malayan Tall tidak dapat bertanding dengan Matag dari segi pengeluaran hasil buah kerana hasil yang lebih rendah secara ketara sekali gus membawa kepada pengeluaran jumlah hasil kopra yang lebih rendah (diagram 1 dan 2).
Sumber Maklumat :
Xaviar, A., Musa, B., Sundian, N and Joel, P, “Production ,Agro-Management and Performance of Matag Hybrids”, Proceedings National Coconu Conference 2009, MARDI.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com