Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Buah tarap (Artocarpus odoratissimus) sejenis buah nadir di Kepulauan Borneo khususnya Sabah yang sudah ditanam secara turun-temurun di negeri itu. Buah eksotik ini diusahakan secara buah kampung sama ada ditanam di kawasan kampung ataupun dusun. Pokok buah tarap boleh tumbuh sehingga ketinggian 25 meter dan merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan hutan yang mana batang pokok boleh digunakan dalam pembinaan.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Namun, apa yang diminati oleh orang Sabah ialah buahnya yang bulat berwarna hijau semasa muda dan berwarna coklat kekuningan semasa masak. Buah ini seakan sama buah cempedak, cuma ia lebih bulat lagi dan berisi putih susu. Isinya melekat pada empulur buah dan manis semasa masak. Semasa muda, buahnya dibaluti oleh bulu keras serupa berus, apabila masak, bulu tersebut menjadi lembut dan mudah dikopek walaupun dengan tangan dan menampilkan bahagian isi yang manis dan enak untuk dimakan. Buah ini adalah sama famili dengan nangka dan cempedak, justeru itu bahagian isi juga serupa dengan kedua-dua jenis buah-buahan itu, yang berlainan ialah warna isi yang putih susu.
Pada masa dahulu, buah tarap dijual dengan harga yang murah tetapi kini harganya telah melonjak sehingga RM2-RM10/biji bergantung pada kualiti buah. Ia sejenis buah bermusim yang berhasil setahun sekali, umumnya di antara bulan Ogos sehingga bulan Januari. Buah tarap berpotensi untuk dikomersialkan kerana tempoh matang yang cepat iaitu di antara 3-4 tahun selepas tanam sudah mula berbuah. Saiz buah tarap tidaklah besar iaitu purata di sekitar 1 kg/biji dan apabila masak di atas pokok, ia hendaklah dikutip dengan berhati-hati kerana mudah terburai jika jatuh ke tanah. Semasa musim buah, ia dapat dilihat dijual di sepanjang jalan di kawasan yang mengeluarkan buah ini serta menarik perhatian para pengunjung untuk menikmatinya.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350