Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Terdapat banyak jenis buah-buahan tropika di Indonesia. Durian adalah antara 8 jenis buah-buahan utama di situ. Sehingga tahun 2013, durian ditanam pada keluasan 56,492 hektar dengan jumlah hasil 86,000 tan. Mangga menjadi buah-buahan terbesar di Indonesia sehingga 4 kali ganda keluasan durian, diikuti oleh pisang yang turut lebih besar sebanyak 65% berbanding tanaman durian.
Jumlah penduduk Indonesia adalah 261 juta orang (2016) dan setiap orang menghabiskan durian 2.93kg setahun. Oleh yang demikian, permintaan durian tempatan sebenarnya lebih besar daripada pembekalan durian menyebabkan ia perlu diimport dari negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Vietnam dengan jumlah 4,881 tan (2013). Namun kebanyakan durian itu datang dari negara Thailand.
Pihak Indonesia mengadakan kawalan terhadap import hortikultur sperti sayuran dan bunga-bungaan. Keadaan ini mungkin menjadikan harga ladang duriannya berbeza sebanyak 5 kali ganda dengan harga runcit. Namun begitu, ia masih satu jenis buah-buahan yang menikmati harga pasaran yang tinggi. Justeru, keadaan ini telah meningkatkan minat penanam untuk meneruskan tanaman tersebut.
Pada hakikat, antara tahun 2010-2015, jumlah bekalan durian Indonesia sudah memperlihatkan trend yang meningkat, iaitu dari tahun 2010 dengan 49,2000 tan meningkat kepada 99,6000 tan pada tahun 2015. Berikutan permintaan yang tinggi terhadap durian oleh rakyat Tionghua, diyakini jumlah hasil durian akan terus meningkat. Sungguhpun begitu, dipercayai ia akan mengambil masa kerana tanaman ini dikendalikan oleh pekebun kecil mengikut corak masing-masing dan keadaan ini tidak mudah untuk diselesaikan dalam masa tersingkat. Lagipun, durian adalah tanaman yang sensitif terhadap cuaca justeru berkehendakkan tanah yang sesuai untuk penyelenggaraan.
Misalnya di Sumatera, durian ditanam oleh pekebun kecil secara integrasi dengan tanaman lain. Di Kalimantan, durian ditanami di bahagian tengah kebun dan dipinggirkan oleh tanaman getah dan sebagainya. Dengan kata lain, penanaman durian di Indonesia cenderung ke arah pertanian konvensional yang diwarisi dari turun-temurun yang sukar untuk diubah suai dalam masa yang singkat. Dalam keadaan ini, agak sukar untuk mereka meningkatkan hasil yang ada secara mendadak melainkan terdapat estet besar yang dapat mengamalkannya dengan pengurusan sistematik dan teratur.
Tambahan pula, di Malaysia, durian Musang King menjadi tarikan utama kepada peminat durian di seluruh dunia dan adakah keadaan ini juga wujud di Indonesia? Adakah Indonesia turut mempunyai spesies durian yang namanya setanding dengan Musang King? Inilah antara persoalan yang perlu direnungi sebelum memikirkan pengeksportan durian ke lain-lain tempat di dunia.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com