You are currently viewing Logik Menanam Pokok Durian Di atas Timbunan Tanah

Logik Menanam Pokok Durian Di atas Timbunan Tanah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Cara menanam durian di atas timbunan tanah dipercayai berasal dari Thailand. Kaedah ini kini mendapat perhatian daripada sesetengah pengusaha durian dalam negara. Kaedah ini digunakan oleh petani Thailand untuk menangani serangan penyakit kanker batang pokok durian. Seperti sedia maklum, penanam durian di negara itu turut dibelenggui oleh penyakit ini.

Menurut sumber, taburan hujan atau pengairan berlebihan meningkatkan risiko penyakit kanker batang. Tambahan, air bertakung dalam tanah, daun dan buah sering basah juga meningkatkan kejadian penyakit ini. Daripada sini, jelas kelihatan kelembapan dalam tanah dan udara yang tinggi adalah faktor utama kejadian penyakit. Pathogen kanker batang termasuk sporanya boleh menyebar mengikut aliran air sama ada air hujan ataupun air pengairan serta pergerakan tanah. Maka itu pengurusan air supaya tidak mengalir ke arah pangkal pokok kelihatan penting. Kaedah menanam di atas timbunan tanah wujud sebagai solusi kepada masalah ini.

Dalam keadaan sedemikian, setiap pokok dalam barisan sama hendaklah ditanam di atas timbunan tanah bagi mengelak air membasahi atau bertakung di pangkal pokok (Erwin Ribeiro, 1996). Pangkal pokok dipelihara dalam keadaan sentiasa kering dapat mengurangkan pathogen penyakit berkumpul di situ. Pengairan ke atas pokok juga perlu dijalankan secara munasabah. Kulit pokok yang selalu basah akan meningkatkan kadar kejadian penyakit. Sistem peparitan di kebun pula akan menyalur keluar air bawah tanah yang tinggi. Secara amnya, parit sedalam 1.5 meter adalah sesuai dalam pengurusan air di kebun. Keadaan ini juga bergantung kepada jenis tanah.

Selepas memahami hakikat ini, maka seseorang durian penanam boleh mula merancang berdasarkan taburan hujan dan topografi setempat untuk menentukan sama ada perlu menanam pokok durian di atas timbunan tanah serta juga menentukan saiz (lebar dan ketinggian) timbunan tanah tersebut. Di Kawasan sering kering serta topografi yang tinggi dan tidak mudah menakung air, kaedah ini dirasakan tidak perlu diamalkan kerana kos akan meningkat melalui pengendalian timbunan tanah, pengakaran yang berlaku dalam timbunan tanah tidak begitu mendalam ke bawah tanah akan menyebabkan pokok mudah tumbang Ketika tiupan angin kencang, dan akhirnya pembajaan mungkin susah sedikit dijalankan kerana buruh mungkin perlu memanjat sedikit untuk aplikasi baja. Kehilangan baja juga lebih tinggi melalui kedua-dua tepi timbunan tanah itu yang melandai ke bawah.

Di Kawasan bertaburan hujan tinggi, kelembapan suhu yang tinggi, topografi yang rendah malah sering banjir dan air bertakung, kaedah penanaman ini dianggap lebih sesuai untuk diamalkan. Ini kerana penanaman di atas timbunan tanah dapat mengelak pangkal pokok bertakung air, bulatan merumput sering kering dan memanfaatkan pertumbuhan pokok. Penentuan kelebaran dan ketinggian timbunan tanah itu boleh berpandukan keadaan taburan hujan, kelembapan udara dan risiko banjir di kawasan tersebut. Selagi dapat memelihara pangkal pokok dan bulatan merumput sering kering sudah memadai. Walau bagaimanapun, pertimbangan harus turut diberikan kepada kadar pengembangan akar pokok. Timbunan tanah jika terlalu sempit memudahkan rendaman akar di dalam air jika berlakunya banjir. Justeru itu, secara amnya lebar timbunan tanah tersebut dibuat dalam lingkungan 14 meter bergantung kepada keadaan setempat. Ketinggian timbunan tanah juga bergantung kepada keadaan setempat itu. Di Kawasan penanaman yang baik tetapi kaedah timbunan tanah masih ingin dijalankan, maka ketinggiannya dibuat antara 1 – 1 1⁄2 kaki dianggap memadai (Saichol Ketsa et al, 2020).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Selain kesemua penerangan di atas, satu kelebihan kaedah menanam di atas timbunan tanah ialah mengenai aspek pengakaran pokok durian yang ditanam. Pengembangan sistem akar pokok durian di atas timbunan tanah tidak akan sedalam sistem akar pokok yang ditanami di tanah biasa. Keadaan ini akan mengelakkan sistem akar terendam di dalam air bawah tanah yang tinggi yang mampu menyebabkan penyakit reput akar. Zon pengakaran pokok durian sangat penting. Keadaan air bawah tanah yang sering tinggi selain meningkatkan kadar kematian pokok, pokok juga tidak dapat tumbuh dengan baik dalam suasana sebegini. Sebagai rumusan di sini, kaedah menanam di atas timbunan tanah dirasakan juga sesuai untuk diamalkan di Kawasan yang mempunyai aras air bawah tanah yang tinggi.

 

Bahan rujukan :

1. Andre Drenth and David Guest, ‘Principles of Phytophthora Disease Management’, Diversity and Management of Phytophthora in South-East Asia, ACIAR, 2004.

2. Saichol Ketsa et al., The Durian : Botany, Horticulture and Utilization, Horticultural Review, Editor Ian Warrington, John Wiley & Sons Inc, 2020.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :