You are currently viewing Racun Perosak Terlalu Banyak, Sampai Penjual Pun Tak Berani Makan Sayur Mereka Sendiri!

Racun Perosak Terlalu Banyak, Sampai Penjual Pun Tak Berani Makan Sayur Mereka Sendiri!


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Sayur makin canggih, racun lagi banyak ?

Kalau kita tengok betul-betul, sekarang ni sayur-sayur dekat pasar semua nampak cantik-cantik belaka. Daun lebar, hijau berkilat, timun lurus-lurus, cili besar dan merah menyala, macam sayur dalam katalog. Tapi peliknya, bila bawa balik rumah, simpan dua tiga hari, sayur tu masih keras dan segar. Tak lembik, tak busuk. Kadang-kadang seminggu pun elok lagi.

Kawan saya selamba cakap, “Ni bukan sayur, ni plastik.” Memang lucu, tapi sebenarnya agak menakutkan.

Hakikatnya, penggunaan racun perosak atau ‘pesticide’ sekarang dah jadi keterlaluan. Ramai petani sembur racun lebih dari sepatutnya. Saya pernah borak dengan seorang pekebun kecil yang dulu tanam ikut nasihat Jabatan Pertanian. Tapi bila hasil menurun, serangga makin banyak, dan persaingan makin sengit, dia mula “overdose”.

“Yang saya tanam untuk makan, saya tak sembur langsung. Yang untuk pasar, sembur dua kali. Kalau tak, mana nak dapat sayur cantik macam tu?” katanya.

Makan tak mati? Betul ke?

Ramai petani kata, “Racun ni semua lulus kerajaan, makan sikit tak mati.” Memang betul, racun yang digunakan kebanyakannya diluluskan dan ada ‘tempoh selamat’ sebelum sayur boleh dituai. Tapi berapa ramai yang betul-betul ikut tempoh tu?

Ramai yang tak tunggu pun tempoh selamat tu.  Lepas tu, terus masuk kereta, hantar ke pasar, dan akhirnya masuk kuali rumah kita.

Yang lebih menyedihkan — penjual sayur, pemborong, malah tuan punya ladang sendiri pun TAK MAKAN hasil mereka. Saya ada kenalan yang buat penghantaran sayur organik di Seremban. Dia kata ramai penjual pasar order dari dia, tapi bukan untuk dijual — untuk makan sendiri.

Bayangkan, orang yang urus ratusan kilo sayur setiap hari pun tak sanggup makan sayur yang mereka jual. Kita pula, yang tak tahu apa-apa, beli dan hidang kat anak-anak.

 


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sayur organik mahal? Nyawa kita lagi mahal

Memang kita tak boleh nafikan — sayur organik mahal. Kadang-kadang tiga kali ganda dari sayur biasa. Tapi cuba kita fikir, kita sanggup bayar RM17 untuk secawan kopi “artisan”, tapi berkira bila sayur yang nak masuk perut anak harganya RM6 seikat?

Sebenarnya, sayur organik bukan sekadar isu harga. Ia tentang kepercayaan. Kadang-kadang label “organik” pun belum tentu benar. Ada yang buat sendiri label, ada yang langsung tak telus — ladang mana, siapa tanam, sembur apa — semua tak jelas.

Masalah kat mana sebenarnya?

Kita tak boleh salahkan petani 100%. Mereka pun dalam tekanan. Cuaca tak menentu, serangan serangga makin teruk, kos racun dan baja naik, kalau tak kawal, satu ladang boleh rosak habis. Jadi, mereka “terpaksa” guna racun lebih — bukan sebab tamak, tapi sebab nak hidup.

Pihak berkuasa ada undang-undang, tapi pemantauan kurang. Pemeriksaan secara rawak pun kurang kerap. Kita sebagai pengguna pun ada salah — sebab suka beli sayur yang nampak cantik dan besar. Yang ada lubang sikit kita tak mahu. Maka, petani pun bagi apa yang pasaran mahu — sayur ‘canggih’ tapi racun berlebihan.

Kitaran ni berulang, sampai satu hari kita dah tak tahu mana sayur yang selamat, mana yang beracun.

Kita nak makan apa lepas ni?

Kadang-kadang saya rasa bingung juga. Negara kita kaya dengan hasil tani, tapi rakyat sendiri makan sayur dalam ketakutan. Setiap kali masak sayur, kena rendam garam, cuka, air panas — macam buat eksperimen kimia. Nak makan sepiring sawi pun kena fikir panjang.

Tapi kita boleh ubah. Mungkin perlahan-lahan, tapi tetap boleh. Antaranya:

  • Sokong ladang yang telus : Tak semestinya semua organik, tapi pastikan kita tahu dari mana datangnya.
  • Galakkan pertanian rendah racun : Kerajaan boleh bantu petani dengan insentif untuk guna kaedah kawalan perosak yang lebih selamat.
  • Kuatkan penguatkuasaan dan pemantauan : Sayur yang melebihi tahap racun patut ditarik balik, bukan dijual macam biasa.
  • Didik pengguna terima sayur “hodoh” : Tak semua yang cantik tu baik. Kadang-kadang, yang senget, berlubang sikit, tu yang paling asli.

Sumber : Platform Profesional
Nota : Untuk Rujukan Sahaja


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/