All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Kepentingan utama dari kulat arbuskular mikoriza (AMF) ialah penambahan keluasan penyerapan nutrien dan air dari tanah. Unsur-unsur ini kemudian akan diambil oleh akar tanaman dan selanjutnya meningkatkan tumbesaran. Selain itu AMF juga berupaya meningkatkan daya ketahanan tanaman terhadap penyakit tanah termasuk kawalan terhadap serangan nematod. la juga meningkatkan daya tanaman terhadap suasana penanaman yang ekstrim seperti musim kemarau, kemasinan dan ketoksikan tanah. Dengan kehadiran AMF dalam tanah, pelbagai jenis tanaman dapat hidup dengan lebih baik, antara sebabnya ialah pengambilan nutrien bertambah cekap.
Banyak kajian telah dijalankan untuk menilai keberkesanan AMF. Kajian ini meliputi pelbagai jenis tanaman termasuk sayuran, buah-buahan dan tanaman industri seperti kelapa sawit. Kesemua tanaman ini mampu dijangkiti oleh AMF di bahagian sistem akar dan mendatangkan kesan positif. Di bawah ini disenaraikan beberapa tanaman yang telah mendapat manfaat daripada AMF.
Tomato
Inokulasi AMF ke atas anak benih tomato menunjukkan tumbesaran anak benih tersebut telah meningkat. Berat pucuk segar (11.28g/pokok), nisbah pucuk, akar (0.236), biomas akar (2.17g/pokok), kadar tumbesaran relatif (7.34mg/g/hari) dan kadar unit daun (1.28mg/cm/hari) adalah lebih berat dan tinggi.
Sehubungan itu, satu eksperimen lain telah dijalankan di Malaysia oleh Tahat dan rakan-rakan (2008a) ke atas jenis tanaman yang sama dan mendapati 80% sistem akar pokok telah dikoloni oleh AMF serta pertumbuhan akar (18.56 cm3) juga lebih baik. Hal ini disebabkan oleh pengambilan nutrien yang lebih cekap oleh akar tanaman akibat kehadiran AMF.
Bendi
Biojisim (Biomas) tanaman bendi yang diinokulasikan dengan AMF telah meningkat secara ketara, begitu juga dengan pengeluaran hasil serta pengambilan nutrien zink. Biojisim ini termasuklah berat kering pucuk meningkat 13%, berat kering akar meningkat 52.90% dan hasil meningkat 127% manakala pengambilan zink meningkat 112%.
Terung
Kajian ini menggunakan AMF bersama baja N (75%) dan P (67%) pada kadar lebih rendah daripada kadar pembajaan penuh. Hasil kajian menunjukkan tumbesaran dan pengeluaran hasil adalah setanding dengan pembajaan pada kadar penuh. Keadaan ini menyarankan aplikasi AMF dapat menjimat kadar penggunaan baja tanpa mendatangkan kesan negatif.
Kajian oleh Sen (2008) menunjukkan keadaan positif yang serupa dengan peningkatan ketara diperolehi dari segi panjang dan garis pusat pucuk, bilangan daun, berat pucuk segar, berat akar segar dan berat akar kering bendi.
Kentang
Kajian oleh Gaurav dan rakan-rakan (2010) di India ke atas 34 jenis tanaman kentang yang dikultur dalam keadaan stres air (kekurangan air). Plot yang diinokulasi dengan AMF menunjuk keluasan daun dan hasil masing-masing meningkat 60 – 88% dan 32 – 39%. Tambahan, kadar kecacatan ubi kentang telah menurun 33 – 100%.
Jagung Manis
Dengan kehadiran AMF, tanaman jagung manis mengalami peningkatan biojisim dan kandungan nutrien N (24.2%), P (8.4%) dan K (18.2%) di dalam daun. Kesan positif AMF malah ditunjukkan oleh tanaman jagung manis di tanah asid sulferik (tanah masam). Tanah tersebut ditaburi dengan GML 8 tan/ha kemudian diaplikasi dengan AMF, didapati ketinggian pokok, biojisim, pengambilan N dan P telah meningkat. Dari sini, peranan AMF dalam melaraskan kehadiran P yang rendah serta kandungan ion Aluminium (bahan bertoksik) yang tinggi dalam tanah asid sulferik dapat diyakini. Peranan AMF juga diterima sebagai alternatif kepada baja kimia dalam penanaman jagung manis khususnya dalam peningkatan ketinggian pokok serta berat tongkol jagung.
Kadar pengkolonian AMF ke atas sistem akar umumnya akan menentukan keberkesanan AMF. Sebagai contoh, kadar pengkolonian 80% akan memberi kesan tumbesaran pokok yang lebih baik berbanding kadar koloni 40%. Secara amnya, kolonisasi AMF ke atas tanaman adalah di antara 60 – 100%.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Sawit
Beberapa kajian telah menunjukkan AMF memberi kesan positif terhadap tanaman sawit, seperti berikut:
1. Motta dan Munevar (2005) pernah melapor anak benih sesudah 570 hari diinokulasikan dengan AMF mengalami peningkatan kadar pertumbuhan sebanyak 3 kali ganda.
2. Raja dan rakan-rakan (1999) melapor pokok sawit yang sudah diinokulasikan AMF mempunyai tempoh pengeluaran hasil yang lebih lama walaupun sesudah dijangkiti penyakit Ganoderma berbanding pokok yang tidak dikolonikan dengan AMF.
3. Blal dan rakan-rakan (1990) mendapati kecekapan pengambilan baja meningkat 4 – 5 kali ganda khususnya baja fosforus bagi pokok yang sudah dikoloni oleh AMF.
4. Widiastuti dan Tahardi (1993) pernah melapor bahawa anak benih yang sudah diinokulasikan dengan AMF menunjukkan prestasi lebih tinggi baik dari segi tumbesaran. Kadar pengambilan nutrien juga lebih cekap dengan pengambilan P meningkat 37-44%.
5. Zakaria (2006) melaporkan anak benih sawit yang sudah diinokulasikan dengan AMF mencapai umur sesuai dipindah tanam lebih awal 4 bulan.
Tanaman padi, durian, nanas dan rambutan sama-sama mendapat manfaat daripada inokulasi AMF. Malahan, banyak tanaman buah-buahan tropika yang lain juga menampil trend positif yang serupa. Kini AMF juga dikaji dari segi peranannya sebagai agen kawalan biologi terhadap penyakit tanaman. Penemuan yang diperolehi itu menyatakan keupayaan AMF mengawal penyakit F. solani terhadap tanaman kekacang. Penyakit yang disebabkan oleh Ralstonia solanacerum adalah punca punca kejadian penyakit layu bakteria pada banyak tanaman sayuran termasuk tomato. Inokulasi dengan AMF terbukti mampu mengurangkan kadar kejadian penyakit tersebut.
Peranan AMF telah dinaik taraf apabila ia menunjukkan keupayaan keupayaan bekerjasama dengan kulat Trichoderma harzianum untuk sama-sama melawan penyakit tanaman. T. harzianum merupakan sejenis agen kawalan biologi yang sangat berkesan. Campuran kedua-duanya memberi kesan lebih unggul dari aspek tumbesaran seperti garis pusat batang, bilangan pelepah, panjang pelepah dan bilangan lai daun tanaman sawit berbanding hanya menggunakan AMF secara tunggal sahaja.
Status P dalam tanah adalah perkara penting semasa inokulasi AMF. Dilaporkan jika kandungan P dalam tanah meningkat, ia akan mengurangkan kadar koloni AMF ke atas sistem akar. Malahan pencabangan hifa kulat AMF juga akan berkurangan. Justeru itu aplikasi P hendaklah berhati-hati supaya tidak melebihi had yang dibenarkan. Wood (1992) pernah melaporkan bahawa aras P terendah dalam tanah untuk memupuk koloni AMF ialah 5 ppm. Didapati aras P jika ditingkatkan anatara 5 – 10 ppm akan mengurangkan kadar koloni AMF ke atas akar dengan cepat.
Sebaliknya, jika tahap P dalam tanah berada di aras yang rendah, AMF pula dapat meningkatkan kecekapan pengambilan P dari tanah kerana saiz hifa di sekeliling sistem akar adalah lebuh halus justeru mampu menembusi celah-celah tanah untuk pengambilan nutrien.
Sumber maklumat :
1. Umme Aminun Naher et al., “Beneficial effects of mycorrhizal association for crop production in the tropics a review”, International Journal of Agriculture & Biologi.
2. Cherdchai Phosri et al., “The role of mycorrhizas in more sustainable oil palm cultivation”, Agriculture, Ecosystems and Environment Journal, 2010.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336