You are currently viewing Memahami Keadaan Sekitaran Tanaman Cili Demi Meningkatkan Prestasinya

Memahami Keadaan Sekitaran Tanaman Cili Demi Meningkatkan Prestasinya

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Cili tergolong sebagai tanaman berakar cetek, sistem akarnya tumbuh di antara zon 10-20cm dari permukaan tanah. Sistem akarnya juga lemah, umpamanya isipadu akar yang kecil serta kadar regenerasi yang rendah. Justeru itu, tanah gembur dan subur amat penting untuk memupuk pertumbuhan yang baik. Kebaikan tanaman ini ialah saiz kanopi pokok adalah kecil dan membolehkan penanaman secara padat. Tanaman ini boleh menjalankan pendebungaan diri dengan kadar kejayaan di sekitar 10%. Pembekalan nutrien adalah penting untuk mengurangkan keguguran bunga.

Keperluan suhu udara untuk tanaman cili agak cerewet iaitu tanaman ini gemar terhadap cuaca sederhana panas. Jika suhu sangat tinggi, ini bukan petanda yang baik untuk pertumbuhannya. Suhu terlalu rendah, misalnya di bawah 15°C akan menyebabkan bunga tidak menjadi, malahan putik buah tidak mudah membesar serta juga mengeluarkan buah yang cacat.

Suhu udara yang rendah memberi impak besar kepada tanaman ini termasuk kadar persenyawaan bunga yang rendah serta bunga mudah gugur. Suhu terlalu tinggi, umpamanya lebih 35 C pula akan mengakibatkan organ bunga tidak dapat tumbuh dengan normal dan menyebabkan bunga tersebut gugur. Keadaan ini juga meningkatkan kadar jangkitan penyakit serta buah melecur disinari oleh cahaya matahari terik. Jika suhu tanah terlalu tinggi, pertumbuhan sistem akarnya akan dipengaruhi.

Keperluan sinaran matahari oleh tanaman cili biasanya tidak begitu cerewet. Ia lebih suka terhadap sinaran matahari yang sederhana. Jika terlalu kuat, nutrien dalam pokok mudah terbazir ekoran proses pernafasan yang meningkat. Keadaan ini menerangkan kenapa tanaman ini juga boleh dikultur dalam iklim sederhana sejuk seperti di Cameron Highland.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Bekalan air kepada tanaman cili hendaklah dibekal secara sederhana sahaja kerana akarnya tidak tahan terhadap air berlebihan. Cara terbaik ialah membekal air pada kekerapan yang lebih tetapi pada kadar yang kurang pada setiap kali bekalan tersebut. Kelembapan udara yang sesuai untuk pertumbuhannya ialah 80%, jika terlalu basah ia mudah dijangkiti penyakit, sebaliknya jika terlalu kering pula akan mengurangkan kadar pembentukan buah.

Tanah yang gembur serta mempunyai peredaran udara yang baik adalah penting untuk tanaman ini. Penanaman cili di tanah kurang subur akan menjejaskan prestasinya kerana ia merupakan tanaman yang memerlukan nutrien secukupnya, namun jika nutrien diberikan berlebihan juga tidak baik. Justeru itu, bekalan nutrien terhadap tanaman ini elok dibekal pada kuantiti yang kecil pada setiap kali pembekalan. Jika tidak, tanaman mudah mengalami pelbagai masalah fisiologi khususnya jika bekalan N berlebihan mungkin akan menyebabkan keguguran daun.

Sebagai kesimpulan, suhu udara di antara 20°C – 25°C adalah optimum. Jika suhu udara meningkat melebihi 37°C, pertumbuhan akan terjejas.

Taburan hujan yang tinggi juga pantang untuk tumbesaran pokok malahan akan menyebabkan akarnya mereput. Semasa pembungaan, bekalan air secara bersesuaian sangat penting supaya bunga tidak gugur akibat kekurangan air. Suhu udara terlalu tinggi atau terlalu rendah akan menyebabkan bunganya gugur. Buah juga menjadi kecil dalam keadaan tersebut. Apabila mengesan bunganya melendut ke bawah, inilah gejala kekurangan air justeru bekalan air hendaklah diberikan segera.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :