You are currently viewing “Smart Farming” Berpotensi Menjimat Penggunaan Air Di Kebun Durian : Satu Pengalaman Di Thailand

“Smart Farming” Berpotensi Menjimat Penggunaan Air Di Kebun Durian : Satu Pengalaman Di Thailand

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Industri durian di Thailand mencatatkan eksport USD1.63 bilion pada tahun 2019. Peningkatan 30% lagi dijangkakan pada tahun 2020. Pihak pertanian di negara itu kelihatan telah memainkan peranan penting dalam aspek ini.

Baik dari segi agro-iklim, kawasan penanaman malahan pengalaman bertanam durian sejak turun-temurun, Thailand merupakan negara pengeluar durian paling cekap di seluruh dunia. Pemintaan global terhadap buah-buahan ini meningkat saban tahun dan trend ini sudah menarik perhatian beberapa negara di rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Vietnam masing-masing meningkatkan jumlah hasil durian mereka melalui peluasan kawasan tanaman untuk menyahut permintaan yang meningkat ini.

Di Hainan, China telah mula menanam 40 pokok durian Monthong pada tahun 2014. Pada awal tahun 2019, pokok tersebut mula mengeluarkan hasil. Keadaan ini telah merangsang China untuk menggiatkan aktiviti pembiakbakaan durian supaya tanaman ini dapat menyesuai dengan lebih baik di tanah tersebut. Segala-gala ini menyarankan saingan lebih hebat akan berlaku di masa hadapan terhadap buah-buahan ini. Justeru itu, Thailand telah disyorkan supaya mengambil langkah untuk menangani persaingan tersebut.

Peranan Air Sangat Penting Dalam Penanaman Durian

Nilai air di bidang pertanian amatlah penting. Semakin tinggi nilai durian maka semakin luas kawasan tanaman ini akan dibuka. Keadaan ini akan meningkatkan permintaan air. Kawasan Timur di Thailand merupakan kawasan penanaman durian yang penting. Di situ, jumlah air digunakan untuk sektor pertanian merangkumi 70%, kemudian diikuti oleh air untuk perindustrian, rumahtangga dan sektor perkhidmatan. Dilihat dari perspektif ekonomi, nilai satu liter air pertanian ialah RM1.38 manakala nilainya di sektor perindustrian ialah RM19.44 serta sektor perkhidmatan RM41.77 (Nippon Poaponsakom, 2018). Dari sini jelas kelihatan nilai air di sektor pertanian bernilai paling rendah, atau dengan kata lain, penggunaan air belum mencapai tahap yang cekap. Perkara ini perlu dikaji lebih mendalam.

Seorang pekebun bernama Somboon Ngamsangiam yang menguruskan kebun di daerah Rayong di negara tersebut telah mula menanam durian di luar musim supaya mengelak lambakan durian di musim pembuahan. Usaha beliau sangat berjaya, namun beliau tidak pernah berhenti menjalankan penyelidikan air ke atas tanaman duriannya di kebun. di kebun. Beliau memperuntukkan kawasan durian seluas 0.32 ha yang mempunyai 30 pokok durian kepada pihak penyelidik di daerah tersebut.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Projek ini dikenali sebagai “Smart Plant Watering Control and Weathering Monitoring System”. Eksperimen tersebut memasang banyak pengesan kelembapan tanah, kandungan air dalam tanah, kekuatan pancaran cahaya matahari, suhu udara dan kawalan pengairan di kebun beliau. Somboon berkata, umumnya pekebun akan berdasarkan pengalaman mereka seperti pemerhatian pokok dan cuaca untuk menguruskan tanaman mereka. Mereka tidak tahu bahawa data ini boleh diperolehi melalui kaedah saintifik seperti pemasangan pengesan berdekatan pokok.

Kini Somboon sudah mahir menggunakan data berkenaan yang diperolehi dari kebun. Data-data ini kemudian disampaikan kepada pihak penyelidik untuk kajian selanjutnya. Dalam masa lebih setahun sahaja, beliau sudah memperolehi data-data ini. Kini beliau dapat menjimat keperluan air daripada aras 1,000 liter/pokok/hari kepada 90 liter/pokok/hari tanpa menjejaskan tumbesaran dan pengeluaran hasil tanaman. Malahan, hasil dan tumbesaran pokok berada dalam keadaan yang lebih baik lagi.

Beliau kini membuka kebunnya untuk lawatan pekebun lain serta mana-mana pihak yang berminat mengkaji aspek ini. Baginya, ini satu sistem yang mudah digunakan serta berdaya meningkatkan kecekapan pengurusan air di kebun. Penjimatan air yang banyak dapat mengurangkan beban para pekebun di daerah itu untuk mendapatkan sumber air baru untuk kegunaan tanaman mereka khasnya apabila teknologi ini diperluaskan penggunaannya ke seluruh kawasan di bahagian timur Thailand akan memanfaatkan jumlah keluasan tanaman durian seluas 70,000 hektar di situ.

 

Sumber maklumat :

Local Wisdom, 2021.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :