You are currently viewing Penanaman Rumput Napier Secara Komersial Berpotensi Cerah

Penanaman Rumput Napier Secara Komersial Berpotensi Cerah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Penanaman rumput Napier di Malaysia mampu meraih pendapatan lumayan kepada pencebur ke bidang ini kerana permintaan yang tinggi daripada penternak ruminan di merata-rata tempat. Menurut sumber, oleh kerana makanan dedak di pasaran sudah meningkat mendadak sehingga RM45 bagi 50 kg, keadaan ini menjadi satu beban berat kepada penternak kecil lantas mereka mengalih terhadap makanan hijau dalam bentuk rumput khasnya Napier yang dijual dengan harga 25 sen sahaja satu kg. Rumput akan dipotong kemudian diisi di dalam beg 25 kg dan dijual pada harga RM10 satu beg. Setiap hari, sebanyak 30 – 50 beg rumput ditempah oleh penternak yang mengusahakan ternakan rumnian di sekitaran justeru mendatangkan pendapatan RM9,000 – RM10,000 sebulan.

Pada permulaan, pencebur tanaman rumput Napier ini merasa bimbang juga kerana tidak kenal mana-mana penternak dan hanya membuat iklan di sosial media. Permintaan kemudian datang bertalu-talu daripada penternak sehingga mereka tidak sanggup membekal rumput kepada semua penempah. Ini belum kira tempahan daripada penternak berskala besar dan agensi kerajaan.

Bagaimanapun, kandungan di dalam rumput hendaklah memenuhi keperluan nutrisi haiwan ternakan. Justeru itu pengusaha tanaman rumput Napier akan menjalankan ujian makmal ke atas rumput mereka setiap dua kali tuaian iaitu dalam tempoh 80 hari.

Tanaman rumput Napier hanya memerlukan pengurusan minimum. Yang penting ialah baja dan air dibekal secukupnya untuk melestarikan tanaman. Semakin besar tanah diusahakan untuk rumput Napier, semakin besar keuntungan boleh diperolehi. Umpamanya seorang pencebur bidang penanaman rumput napier di Kedah mampu membekal sehingga 5 tan kepada penternak tempatan dan meraih pendapatan 5 angka sebulan. Rumput Napier ditanami pada bulan Mac dan hasil pertama dikutip pada bulan Mei.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Mereka ini mendapati tanaman Napier sangat berpotensi dan wajar diusahakan oleh anak muda yang ingin menceburkan diri ke bidang pertanian kerana makanan hijau ini adalah pilihan kepada penternak yang mengusahakan ternakan lembu dan kambing sejak harga dedak meningkat dengan mendadak. Hanya dalam 3 bulan, tanaman rumput Napier sudah boleh dijual dan memberi pulangan yang cepat. Pencebur ini hanya mengusahakan 2 hektar tanaman rumput ini. Sebagai permulaan beliau melabur RM30,000 dalam bidang ini termasuk membina pagar elektrik untuk mengelak kerosakan yang disebabkan oleh kera dan babi hutan yang suka makan batang pokok muda kerana lembut. Selain itu, perbelanjaan ini juga termasuk pembelian benih Napier, mesin merincih serta pembangunan kawasan dua hektar. Oleh kerana permintaan yang tinggi, 5 orang pekerja perlu diupah untuk memotong rumput.

Benih rumput Napier mudah diperolehi serta kedapatan dengan harga sangat murah. la ditanami melalui keratan batang serta mudah hidup. Selagi baja dan air diberikan cukup, spesies rumput ini akan membesar dengan cepat. Oleh kerana ia merupakan makanan haiwan serta spesies rumput, justeru penjagaan ke atasnya tidak cerewet seperti tanaman lain.

Rumput Napier yang belum dipotong dijual dengan harga 25 sen satu kg. Rumput yang sudah dipotong segar (fresh cut) dijual 32 sen/kg. Sejenis rumput yang dikenali sebagai silaj yang dihasilkan melalui peraman dengan gula dan garam dijual pula 40 sen/kg kerana kos tambahan terbabit. Biasanya silaj digunakan oleh penternak ke atas ternakan mereka yang sedang dikuarantin.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Sila kongsi kepada kawan :