You are currently viewing Tahap Pengetahuan Mengenai Pengurusan Pembajaan Pekebun Kecil Sawit Persendirian Di Malaysia

Tahap Pengetahuan Mengenai Pengurusan Pembajaan Pekebun Kecil Sawit Persendirian Di Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Bagi sektor estet sawit di Malaysia, pengurusan pembajaan amnya sudah distandardkan, yakni pakai apa jenis baja, dos aplikasi dan pusingan pembajaan sudah ditetapkan kecuali dalam situasi sesuatu tempat itu mengalami kekurangan nutrien yang lebih banyak justeru aplikasi baja di kawasan itu akan ditingkatkan. Mereka kebanyakan mengupah ahli agronomi untuk menguruskan ladangnya. Keadaan sedemikian telah menambah baik kecekapan pembajaan di sektor tersebut.

Sektor pekebun kecil pula mempunyai kebun tidak melebihi 100 ekar atau 40.46 ha, bahkan ramai hanya memiliki kurang daripada 10 ekar justeru menyebabkan pengupahan ahli agronomi tidaklah berbaloi. Atas sebab ini, pengeluaran hasil sawit bagi mereka umumnya lebih rendah berbanding sektor estet. Mereka ini akan bergantung kepada pihak berkuasa sawit iatu MPOB untuk memberi khidmat nasihat mengenai pembajaan. Adapun yang memperolehi pengetahuan tersebut melalui sahabat atau bacaan berkenaan dari mana-mana sumber yang diperolehi.

Pada hakikat, tahap pengetahuan mereka perlu diperinci agar strategi pembajaan boleh ditambah baik demi kelestarian pengeluaran hasil sawit. Demi mengetahui lebih mendalam aspek ini, pihak MPOB pernah menjalankan bancian ke atas pekebun kecil sawit persendirian dalam negara. Golongan pekebun kecil sawit persendirian dipilih dan bukannya pekebun kecil sawit dalam rancangan tersusun dipercayai berpunca daripada pekebun persendirian amnya perlu bergantung kepada diri sendiri serta bebas terhadap isu pembajaan di kebun masing-masing. Rancangan tersusun masih mempunyai kepakaran seperti ahli agronomi untuk mengesyorkan amalan pembajaan yang optimum.

Setakat tahun 2014, jumlah pekebun kecil sawit persendirian di Malaysia berjumlah 206,831 orang. Mereka menguasai keluasan sawit 807,007 ha, iaitu merangkumi 15% daripada jumlah keluasan keseluruhan sawit di Malaysia. Purata hasilnya ialah 18 tan/ha. MPOB berhasrat meningkatkan hasil tersebut ke aras 22 tan/ha. Maka pembajaan adalah salah satu strategi penting untuk mencapai objektif ini.

MPOB mempunyai satu jabatan yang dikenali sebagai TUNAS. Di Malaysia, sejumlah 9 cawangan TUNAS telah dibangunkan. Pegawai TUNAS akan menjalankan tugas membantu pekebun kecil dalam urusan penanaman sawit dengan harapan dapat meningkatkan hasil dan pendapatan mereka. Justeru itu, bancian ini telah mendapat sumbangan besar daripada keseluruhan pegawai TUNAS di Malaysia. Bancian ini dilakukan dengan lawatan bersemuka dengan pekebun-pekebun kecil terpilih dan segala data dikumpul melalui kertas soal jawab yang telah disediakan.

Daripada data yang dikumpul, didapati negeri Johor memunyai jumlah pekebun kecil sawit persendirian yang paling ramai iaitu 68,053 orang, diikuti oleh negeri Perak 35,742 orang dan Sabah 32,835 orang. Lain-lain negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah masing-masing mempunyai kurang daripada 5,000 orang pekebun kecil sawit persendirian. Kertas soal jawab telah memperolehi maklum balas daripada 1,147 orang pekebun kecil sawit persendirian. Hasil analisis ke atasnya diturunkan berikut secara ringkas.

Satu : Seramai 92.7% responden memahami kesan pembajaan optimum boleh diperolehi jika baja ditabur di lokasi longgokan pelepah sawit kerana lokasi tersebut lebih basah dan lebih banyak akar sekali gus akan meningkatkan kesan pembajaan.

Kedua : 90.3% responden bersetuju sawit matang hendaklah dibekal sekurang-kurangnya 9kg baja sebatian setahun untuk memperolehi tumbesaran dan hasil sawit yang baik. 83.7% mendapat jawapan betul mengenai pokok sawit belum matang perlukan baja sebatian tidak melebihi 5kg/pokok/tahun.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Ketiga : 90% responden tidak akan membaja semasa musim hujan atau musim kering kerana kehilangan baja yang tinggi. Namun 3.5% responden tidak ada pengetahuan dalam aspek ini.

Keempat : 89.7% responden memahami pusingan pembajaan setahun tidak harus kurang daripada 2 3 pusingan. Terdapat 3.5% responden tidak tahun mengenai perkara ini. 88.0% responden setuju baja sebatian adalah pilihan baik untuk mendapatkan nutrien yang seimbang.

Kelima : 87.3% responden dapat membezakan apa itu baja tunggal, baja campuran dan baja sebatian. Hanya 2.9% responden tidak tahu mengenai hal ini. 82.5% responden memahami baja urea (sumber N) hendaklah dihabiskan dalam masa sebulan selepas menerima hantaran baja.

Keenam : 79.9% responden mengetahui lubang tanaman hendaklah ditaburi 200 – 300g baja fosforus untuk memupuk pertumbuhan akar. 79.2% responden percaya analisis tanah dapat membanu pekebun mengetahui kesuburan tanah di situ.

Ketujuh : 78.6% dan 76.5% responden masing-masing dapat mengenal CIRP dan MPO, malahan 75.2% responden tahu bahawa baja urea adalah sumber N serta mengandungi 46% N.

Kelapan : Keseluruhannya, responden didapati lebih lemah terhadap simptom kekurangan nutrien khasnya kekurangan magnesium. Simptom kekurangan magnesium kurang diketahui mereka berbanding kekurangan nutrien N dan Boron (B).

Sebagai kesimpulan, 78.2% responden atau 897 responden mempunyai pengetahuan yang cukup terhadap pengurusan pembajaan. Hanya 17.8% responden atau 204 responden tidak memahami keupayaan baja dalam meningkatkan hasil sawit mereka. 4% responden tergolong sebagai golongan yang berpengetahuan cetek terhadap pengurusan pembajaan.

 

Sumber maklumat :

Tan Say Peng et al., “Amalan pengurusan pembajaan oleh pekebun kecil sawit persendirian di Malaysia”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :