Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Kalau berpeluang mengunjung kebun durian di Thailand, kebun durian lava boleh dijadikan satu destinasi untuk dikunjungi. Kebun tersebut bernama Kebun Durian Phu Ngaam, terletak di kampung Sam Khi Lek di daerah Khun Han di Thailand. Daerah ini terletak di atas tanah mendapan lava daripada gunung berapi.
Thailand mempunyai gunung berapi ? Tidak ! Bukan pada masa ini tetapi pada berjuta-juta tahun lalu memang ada dua buah gunung berapi hidup di negara tersebut. Tanah mendapan lava ini dipercayai bermula dari situ. Tanah di situ berwarna seakan merah menandakan kandungan besi yang tinggi. Keadaan ini menjadikan durian yang ditanami di situ menghasilkan buah Monthong yang berlainan rasa berbanding durian Monthong yang ditanami di tanah mineral biasa di daerah Chanthaburi.
Kehidupan kampung di Thailand sering dijalinkan dengan tanaman durian. Dalam perjalanan ke Kebun Durian Phu Ngaam, kelihatan rumah-rumah yang terderet di tepi jalan besar itu masing-masing mendirikan pondok kecil untuk menjual durian mereka semasa musim pembuahan. Sebelum itu, kampung ini menanam tanaman longan, oleh sebab harganya runtuh, ketua kampung menyarankan kepada penduduk kampung supaya menanam durian Monthong kerana inilah varieti paling popular di masa itu serta boleh dieksport ke negara China.
Beberapa tahun selepas menanam durian Monthong, mereka dapati bentuk buahnya lebih panjang serta meruncing ke hujung buah. Hal ini dipercayai wujud ekoran kulit buah yang lebih tebal sedikit. Keadaan ini menyarankan buah tidak mudah rekah apabila masak nanti atau apabila terhentak ke atas tanah.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Perbezaan utama ialah durian lava mempunyai isi buah yang lebih melekit, yang penting ialah ia tidak mudah rekah dan ciri ini dapat mengekalkan tekstur isi yang dikatakan seakan sama dengan Musang King (D197). Dengan kata lain, isinya kekal padu dan tidak seperti Monthong di tanah mineral di Chanthaburi yang mudah melecek apabila masak.
Kelihatan tanah bertanam jugalah salah satu faktor yang mempengaruhi kualiti buah durian. Durian lava oleh kerana ditanami di tanah mendapan lava, buah terhasil itu juga lebih bermutu sehingga dianggap setaraf dengan kualiti Musang King. Buah durian ini pasti berbau lava kerana kandungan lava tentu akan menyisip ke dalam buah dan memperkayakan cita rasanya.
Sumber maklumat :
Lindsay Gasik, Year of Durian blog, 2021.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350