You are currently viewing Kaedah Memangkas Pokok Durian Sebelum dan Setelah Matang

Kaedah Memangkas Pokok Durian Sebelum dan Setelah Matang

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Memangkas Pokok Durian Sebelum Matang

Anak pokok durian cantuman biasanya digunakan untuk ditanam di ladang. Bahagian cantuman itu seelok-eloknya berjarak 12 inci – 14 inci dari permukaan tanah supaya tidak mudah dijangkiti penyakit cerana atau kanker batang.

Selepas ditanam di ladang, penjagaan yang baik akan meningkatkan kadar hidup. anak pokok. Pokok yang sudah hidup hendaklah dipangkas untuk mencorak pokok ke arah bentuk segi tiga. Inilah bentuk yang dikehendaki untuk tanaman durian domestik yang dikultur oleh manusia.

Sebagai permulaan, 4 – 6 dahan mendatar yang berjarak sekurang-kurangnya 2 kaki dari permukaan tanah dipilih dipilih untuk dikekalkan. Dahan-dahan ini hendaklah mendatar dan mempunyai sudut yang besar dengan batang pokok. Jarak di antara satu dahan dengan dahan lain seelok-eloknya berukuran 4 6 inci. Semua dahan yang jaraknya kurang daripada 2 kaki dari permukaan tanah hendaklah dipangkas dan dibuang.

Satu tahun kemudian, 6 dahan baru dipilih sekali lagi untuk dijadikan dahan utama. Sama seperti amalan sebelum ini, dahan-dahan yang dipilih ini hendaklah mendatar dan bersudut besar dengan batang pokok. Di peringkat masa ini, keseluruahan 10 12 dahan sudah dikekalkan. Pada masa ini juga, dahan yang tertinggi adalah berjarak lebih kurang 2 meter dari permukaan tanah.

3 tahun selepas ditanam, dahan pokok yang terletak di bahagian paling bawah adalah berjarak 1 meter dari permukaan tanah. Maka itu 1-3 dahan yang lebih rendah daripada 1 meter dari permukaan tanah hendaklah dipangkas dan dibuang. Untuk merangsang dahan-dahan yang dikekalkan itu tumbuh dengan sihat, segala dahan sekunder serta pucuk air yang tumbuh pada dahan utama hendaklah dipangkas dan dibuang. Amalan ini bertujuan menggalak dahan-dahan utama ini berkembang secara horizontal. Ukuran panjang dahan-dahan utama ini akan mencorakkan bentuk pokok.

Memangkas Pokok Selepas Matang

Pokok durian akan berbunga dan berbuah di dahan-dahan utama ini. Produktiviti pokok tertakluk kepada produktiviti dahan-dahan utama ini. Dahan yang produktif boleh ditakrifkan sebagai dahan yang bersaiz (bergaris pusat) 1.6 inci – 4 inci kerana dengan saiz ini, dahan mampu menerima melebihi 90 μmol m-2 s-1 photosynthetic photon flux density (PPFD) dan memupuk tumbesaran pokok. Dahan bersaiz lebih kecil daripada 1.6 inci atau melebihi 4 inci tidak dapat menerima kadar PPDF tersebut dan dianggap sebagai dahan yang kurang produktif. Untuk menggalak pokok menghasilkan dahan-dahan produktif, beberapa kaedah di bawah boleh dicontohi :

• Membuang dahan-dahan berlebihan di atas pokok untuk menambah baik peredaran udara dan kemasukan pancaran cahaya matahari. Dahan yang menerima PPDF kurang daripada 90 μmol m-2 s-1 tidak dapat menjana pucuk baru dan sebaliknya akan layu dan mati.

•  Apabila saiz (garis pusat) dahan utama hampir mencapai 4 inci, maka dahan sekunder hendaklah dipupuk supaya meneruskan produktiviti pokok.

• Setamat sahaja kutipan hasil buah, pokok hendaklah dibaja segera dengan rumusan seperti 16/16/16 serta tinja lembu bagi menguatkan pokok. Segala ranting yang rosak, berpenyakit dan tidak berguna hendaklah dipangkas dan dibuang supaya menggalak pengeluaran pucuk baru.

• Batang dan dahan utama pokok boleh dipangkas bagi mengawal ketinggian di samping memupuk bentuk pokok yang seimbang.

 

Sumber maklumat :

Surmsuk Salakpetch, “Durian (Durio zibethinus L.) Flowering, Fruit Set and Pruning”, Proceedings Fifteenth Annual International Tropical Fruit Conference, 2005.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :