Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Tanaman cili berasal dari tumbuhan yang boleh menjalankan pendebungaan diri. Pendebungaan terbuka di lapangan amnya mempunyai kadar kejayaan di sekitar 10%. Jika nutrien tidak mencukupi, tanaman cili akan membentuk stigma yang pendek dan mengakibatkan pendebungaan tidak sempurna berlaku dan selanjutnya menggugurkan bunga pada kadar di sekitar 20%. Kawalan bekalan air dalam tempoh tersebut sangat penting untuk menjamin kadar pembungaan dan pembuahan yang banyak.
Tanaman cili hanya tumbuh dengan baik dalam keadaan suhu yang nyaman dan tanah tidak begitu lembap. Keperluannya terhadap air sekadar munasabah sudah memadai iaitu tanah tidak terlalu kering dan juga tidak terlalu basah. Kelembapan udara yang sesuai untuk tanaman ini berada di sekitar 60 – 80%, begitu juga kelembapan tanah sekitar 80% adalah bersesuaian untuk pertumbuhannya.
Inilah syarat penting untuk melestarikan tumbesaran pokok cili. Keadaan yang terlalu kering atau terlalu basah sama-sama tidak sesuai untuk tanaman cili khasnya dalam tempoh pembungaan dan pembuahan. Daya ketahanannya terhadap musim kering tidaklah sebaik tanaman tomato atau terung kerana sistem akarnya tidak begitu sempurna. Justeru itu, bekalan air pada kadar munasabah adalah penting untuk memacu pengeluaran hasil buah yang canggih terutama bagi baka cili yang besar. Tanaman cili tidak tahan terhadap keadaan banjir. Keadaan banjir akan menyebabkan tanaman ini mati selepas beberapa jam terendam di dalam air.
Satu peringatan penting semasa pembungaan dan pembuahan tanaman ini ialah mengawal bekalan air supaya tidak berlebihan. Ini kerana kelembapan berlebihan akan mencergaskan pengambilan nutrien oleh pokok dan menyebabkan tunas bunga tidak mendapat nutrien yang setimpal serta kadar pencabangan bunga juga lemah dan akhirnya bunga akan gugur.
Justeru itu, di peringkat pembungaan awal, dicadangkan bekalan air diberikan sekali sahaja untuk kegunaan bunga, selepas itu semasa tempoh pembungaan besar, jika tanah tidak terlalu kering, maka lebih baik pokok cili jangan disirami air khasnya siraman air yang banyak. Hanya apabila putik buah cili mencapai saiz garis pusat 3 – 5cm baru boleh dibekal air dengan secukupnya supaya buah dapat membesar dengan sempurna.
Dalam pada itu, jika didapati baja asas tidak dibekal dengan cukup sebelum ini, maka di peringkat masa ini, penanam boleh menokok baja potassium sulphate pada kadar 10 15kg/ekar. Perlu diingatkan pemberian air di peringkat masa ini hendaklah tepat pada masanya kerana jika tidak, pengambilan nutrien oleh pokok cili akan dipengaruhi dan akhirnya menjejaskan pengeluaran hasil.
Langkah mengawal bekalan air semasa pembungaan dan pembuahan cili tidak bermakna air tidak diberikan langsung. Sekiranya tanah terlalu kering serta diikuti kelembapan udara yang rendah, kawalan bekalan air pada masa ini juga akan menyebabkan keguguran bunga dan putik buah di samping menghasilkan buah yang kecil serta kualiti buah yang merosot. Sebab itu, kawalan bekalan air di peringkat masa ini juga hendaklah bergantung kepada kelembapan tanah. Tanah jika terlalu kering serta kelembapan udara terlalu rendah, untuk mengelakkan kadar guguran bunga dan putik buah yang banyak, bekalan air hendaklah diberikan sekali secara munasabah serta tidak berlebihan bagi mengekalkan bunga dan putik buah di atas pokok.