Di antara banyak durian popular dan terkenal dengan kualiti isi yang tinggi, ada yang sebenarnya boleh dipadan baik dengan kultivar yang lebih terkenal dari segi bekalan termasuklah durian D13.
Durian D13 adalah salah satu kultivar yang banyak ditanam oleh petani dan ia boleh didapati di kebanyakan gerai durian walaupun di luar musim.
D13 walaupun tidak ditanam secara meluas seperti Musang King (D197), ia juga tidak terasing dan mudah didapati seperti durian D24 dan D101
Di sesetengah tempat, terutamanya di Singapura, kultivar D13 sering dipasarkan sebagai durian udang merah (D175) yang sebenarnya tiada kaitan dengan durian udang merah asli dari Pulau Pinang.
Kata seumpama ini kebanyakannya dikaitkan dengan buahnya yang kecil serta bentuk buah dan warna isinya kelihatan seperti udang merah apabila telah dikopek.
Malahan, jika anda meletakkan D13 yang sudah terbuka dan udang merah Pulau Pinang bersebelahan tanpa mengetahui apa-apa sebelumnya, kemungkinan besar anda akan mengatakan bahawa D13 adalah udang merah. Cuba cabaran ini, ia akan kelihatan seperti udang merah daripada udang merah.
Kultivar durian D13 ini kebanyakannya dikaitkan dengan ladang di Johor dan sesetengah orang juga mengklasifikasikannya sebagai salah satu baka durian kampung kerana ia tidak mempunyai status rasmi di Jabatan pertanian, yakni tidak didaftarkan di bawah institusi itu. Nama lain yang diberikan kepada D13 ialah “sanggul emas” atau “Hock Beng”.
D13 barangkali boleh diberikan nama D13.5 atau D13B kerana kisah dahulu telah mengatakan D13 ini adalah anak pokok durian yang membesar secara berbeza di ladang yang penuh ditanami dengan D13. Jadi ia adalah satu variasi daripada D13 yang sebenar. la juga dikenali sebagai “wulong” dalam bahasa Mandarin yang bermaksud “kesilapan”.
Keistimewaan durian D13
Kulit D13 selalunya dalam warna hijau segar seperti warna tumbuhan aloe vera atau warna rumput di padang.
Jika anda tidak dapat mengenal pasti D13 daripada penampilan luarannya, jangan risau kerana anda pasti mendapati bahagian dalamannya unik. Isi D13 berwarna jingga pekat, menghampiri kategori kemerahan seperti durian kun poh ang bak di Pulau Pinang.
Kadang-kadang, isinya boleh berwarna jingga terang atau jingga perang seperti gangsa dan emas. Inilah yang menjelaskan pemberian nama samarannya sebagai “roti emas”. Isinya kelihatan wujud dalam bentuk “udang merah”, bukankah begitu?
Dengan gabungan warna dan bentuk ini, tidak hairanlah D13 diberi nama makhluk perairan iaitu udang merah.
Tekstur isi D13 terasa lebih pejal daripada kultivar udang merah yang dianggap lembut. Sebaik sahaja isi D13 ditelan, anda akan mendapati ia lebih melekit sedikit daripada kebanyakan durian yang pernah anda cuba.
Dari segi rasa, ia manis serta berperisa sedikit vanila dalam adunan. Baunya juga kurang kuat berbanding durian lain yang berbau kuat. Justeru itu D13 adalah sesuai untuk mereka yang baru cuba memakan durian. Aroma dan rasanya yang lebih halus menjadikannya ia adalah pilihan baik untuk mereka yang baru mengenali durian.

Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Konsistensi rasa yang dicapai oleh D13 sebenarnya cukup mengagumkan. Ia mempunyai rasa yang sentiasa konsisten. Faktor ini adalah salah satu sebab mengenai kejayaan sambutannya di dekad lalu. Peminat yang membelinya akan tahu dengan yakin apa yang mereka akan dapat.
Walau bagaimanapun, ia datang dengan biji yang besar. Barangkali ini salah satu kelemahannya yang tidak sepadan dengan nilai wang anda untuk membelinya. Bagi pengguna berpengalaman, mereka dapat merasai isi buah yang membaluti biji mengandungi “serabut halus” yang panjang dan mengenakkan. Namun, ramai pengguna mungkin tidak ada pengalaman ini.
Rasa durian ini sebenarnya cukup sesuai untuk mereka yang gemar terhadap rasa manis. Pasaran Singapura nampaknya lebih menghargai D13 berbanding Malaysia, tetapi yang pasti ia bukan durian yang berasal dari Pulau Pinang. Kononnya, bekalan D13 di pasaran Singapura berkedudukan kedua selepas Musang King walaupun kualitinya mungkin tidak setanding dengan Musang King.
Musim Kutipan Hasil D13
Hasil kutipan durian D13 secara amnya berlaku antara bulan Mei dan Disember, dengan musim besar di sekitar Mei dan Jun. Buah ini boleh juga dijumpai di luar musim. Inilah salah satu keunikannya. Pengeluaran hasilnya kelihatan merentang dalam tempoh masa yang lebih panjang, tidak seperti hasil durian lain yang tertumpu pada tempoh masa yang singkat yang akan menyebabkan bekalan berlebihan di pasaran.
Bekalan durian D13 di pasaran cukup kuat disokong oleh sebilangan besar ladang besar di Johor tidak seperti kultivar jarang lain seperti duri hitam (D200) sebelumnya. Juga menjadi perkara biasa bagi ladang memperolehi hasil buah di luar jangkaan.
Seluruh durian D13 biasanya akan mengandungi isi kira-kira 20% hingga 30%. Jika buah itu datang dengan biji gergasi, maka anda berkemungkinan hanya mendapat 150g hingga 250g isi daripada 1kg buah durian.
Isi buah durian D13 kebanyakannya berharga di antara $25 hingga $30 setiap 500g dalam kotak bungkusan. Cara ini dapat melariskan pemasaran buah durian ini berbanding penjualan keseluruhan buah mengikut berat.
Penjual yang tidak beretika cuba menjadikan D13 sebagai udang merah asli, atau kadang-kadang keterlaluan sebagai duri hitam, selalunya menjual isi buah dalam bungkusan kotak styrofoam yang dibalut dengan cling-wrap. Ini bertujuan untuk menghalang pembeli daripada mengetahui keasliannya melalui pemerhatian warna kulitnya. Jika anda tidak mendapati rasanya seperti durian premium, kemungkinan besar ia bukan udang merah asli.
Seluruh buah dijual di merata antara $9/kg hingga $12/kg. Kadang-kadang mencecah paras terendah $5 setiap buah. (Mata wang Singapura).
Penjual yang prihatin selalunya akan melabelkan D13 sebagai udang merah Singapura untuk membezakan daripada udang merah asli sehinggakan udang merah asli terpaksa dilabelkan sebagai udang merah Pulau Pinang agar pembeli tidak mengeliru serta rasa lebih terjamin.
Adalah perkara biasa jika anda membayar untuk D13 pada harga pasarannya. Namun jika anda membayar untuk durian udang merah tetapi yang dapat ialah D13, perasaan tidak puas hati pasti timbul. Keadaan ini akan menjejaskan reputasi durian udang merah, lebih-lebih lagi reputasi penjual durian tersebut. Mungkin itulah sebabnya D13 tidak memperolehi tahap populariti yang sama di Malaysia seperti di Singapura.
Pada hakikat, D13 adalah durian yang mempunyai nilai yang baik untuk harganya. Dengan kata lain, kedua-dua harga buah dan kualiti isi adalah sepadan. Di sisi penanaman, hasil D13 dikatakan tinggi, beserta warna isi yang canggih dan menarik perhatian, termasuk rasa yang konsisten serta kadangkala membawa kepahitan yang sama seperti kultivar premium yang lain, sekali gus menjadikan kultivar D13 salah satu pilihan yang dijangka akan terus berkekalan di dunia durian.
Bahan rujukan :
1. www.durianed.com
2. Lindsay Gasik, Year of the Durian.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my