You are currently viewing Senario Penanaman Dan Varieti Utama Keladi Di Malaysia

Senario Penanaman Dan Varieti Utama Keladi Di Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Keladi (Colocasia esculenta. L) merupakan sayuran kategori tradisional daripada famili Araceae. Bagi kebanyakan penduduk di negara kawasan tropika lembap dan subtropik keladi adalah makanan ruji mereka. Keladi dikategorikan sebagai tanaman kontan dengan keluasan penanaman seluas 356 hektar dengan pengeluaran 3,268 metrik tan (2019). Secara puratanya luas kawasan penanaman keladi bagi setiap petani di Malaysia adalah dianggarkan 1.5 ekar dengan kepadatan tanaman 10,000 pokok keladi.

Keladi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah, tetapi hidup subur di tanah gambut. Kawasan penanaman perlulah mempunyai saliran yang baik serta tanah yang subur untuk hasil umbisi yang optimum. Sekitar tahun 1980an satu-satunya kultivar yang ditanam pada skala komersial adalah keladi cina kerana potensi dan permintaan pasaran yang baik untuk varieti ini di Malaysia dan Singapura.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini keladi telah mula ditanam dengan meluas di Malaysia, pelbagai varieti ditanam secara komersial antaranya: keladi mawar, keladi cina, keladi minyak, keladi putih, keladi telur, keladi sarawak dan keladi taiwan berbanding hanya satu varieti sebelum ini. Di samping itu, terdapat 43 jenis keladi ditanam dalam plot Germplasme MARDI terletak di Serdang, Selangor untuk penyelidikan dan tujuan pemuliharaan. Di Malaysia, keladi adalah tanaman penting biasanya ditanam untuk mendapatkan ubi dan batangnya. Selain itu, pokok keladi juga berfungsi sebagai tumbuhan hiasan. Tempoh kematangan keladi adalah sekitar 7 ke 8 bulan. Harga pasaran keladi di Malaysia dianggarkan sekitar RM 6.65 sekilogram. Walau bagaimanapun harga pasaran ini berbeza mengikut varieti dan pasaran semasa.

PENGGUNAAN VARIETI KELADI DI KALANGAN PETANI

Di antara varieti utama yang digunakan oleh petani keladi adalah seperti keladi putih, keladi mawar dan keladi cina. Walau bagaimanapun sebilangan kecil petani memilih untuk menanam varieti lain iaitu keladi minyak, keladi taiwan, keladi telur, keladi selatah/sarawak dan keladi wangi. Kajian daripada MARDI mendapati bahawa daripada 33 petani yang di temu bual, majoriti petani memilih untuk menanam varieti mawar. Kebanyakan petani memilih varieti ini untuk ditanam disebabkan oleh beberapa faktor iaitu; permintaan yang tinggi daripada pelanggan dan penduduk setempat serta kesesuaian dengan medium tanaman. Selain itu, varieti mawar mempunyai kualiti yang baik dan sesuai dijadikan produk hiliran terutama kerepek dan aiskrim. Dari segi kandungan air varieti keladi mawar adalah lebih rendah, maka sesuai untuk dijadikan kerepek. Selain daripada keladi mawar, keladi putih dan keladi cina juga turut menjadi pilihan petani keladi di Malaysia.

Kesimpulannya, jika semua agensi dapat bekerjasama dan memberi bimbingan, kursus dan panduan kepada petani di Malaysia maka tanaman keladi juga dapat memberikan keuntungan ekonomi yang lumayan kepada para petani. Selain itu, beberapa saranan yang dikenal pasti untuk memajukan industri keladi ini antaranya adalah:

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

1. Pelaksanaan penanaman secara integrasi dan tanaman giliran akan membantu meningkatkan pendapatan.

2. Promosi dan galakan perlu dipertingkatkan bagi tanaman keladi terutamanya untuk petani yang memiliki tanah sendiri yang bersesuaian.

3. Pendedahan terhadap penerokaan dan eksplorasi kepada pengguna penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kelebihan sayuran keladi.

 

Sumber:

Kajian MARDI (2020)

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :