Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Pokok sawit selepas umurnya melebihi 20 tahun, produktivitinya menurun tetapi tanam semula sawit perlu menunggu 3 tahun baru ada hasil, justeru itu ramai pekebun dan peladang tetap mengekalkan pokok sawit tua mereka di waktu harga minyak sawit masih mantap untuk terus memperolehi pulangan. Kos melepasnya ialah pokok semakin tua dan hasil semakin rendah.
Sesetengah peladang akan imbas kembali di saat ini dan menyedar sekiranya pokok tua itu sudah ditanam semula beberapa tahun lalu, maka sekarang sudah boleh menuai pokok baru dengan hasil yang semakin meningkat. Inilah keadaan seorang pengurus ladang sawit yang enggan disebut namanya meluahkan perasaan sedemikian dengan mengatakan beliau amat kesal tidak menanam semula selama 3 tahun berturut-turut ke atas ladangnya seluas lebih dua ribu hektar walaupun pokok sudah tua dan hasil sudah merundum.
Jika 10 – 15 tahun yang lepas, saya menanam semula pokok sawit tua secara berperingkat, kini saya dan pekerja mampu menikmati hasil buah yang lebih tinggi. beliau berkata demikian. Kini langkah segera telah diambilnya untuk cepat-cepat menanam semula 5% pokok tua tahun ini diikuti 20% pada tahun depan.
Tahun 2022 memperlihatkan harga minyak sawit melambung ke aras RM7,268/tan. Ramai peladang sawit menangguhkan rancangan tanam semula mereka. Namun, aras harga ini tidak berkekalan kerana sudah menurun 50% sehingga hari ini. Mungkin sesetengah peladang sudah terfikir persoalan tanam semula. Adakah sudah terlambat sedekit tidaklah pula kita tahu.
Ladang besar sawit amnya sudah merancang awal-awal program tanam semula mereka sama ada 5% atau 10% daripada jumlah keluasan mereka. Apabila harga minyak sawit tinggi, penangguhan akan berlaku. Penangguhan 3 tahun berturut-turut bermakna 15 – 30% pokok tua sudah tidak ditanam semula. Sebaliknya jika rancangan tanam semula asal diteruskan, mereka kini sekurang-kurangnya berdepan dengan pokok sawit yang mula berhasil serta dengan pengeluaran hasil yang terus meningkat. Perkara ini kelihatan adalah dua polar yang bertindak songsang, satu pihak berdepan dengan pokok semakin tua dan hasil semakin menurun, satu pihak pula sedia menikmati hasil daripada pokok baru. Barangkali inilah kesan positif dan negatif seperti dinyatakan dalam compound annual growth rate, CAGR.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Kumpulan FGV menanam semula 2,023 hektar pokok sawit tua pada tahun 2021. Tahun 2022 pula meningkat kepada 12,436 hektar diikuti 19,549 hektar pada tahun 2023. Kumpulan KL-Kepong juga berancang tanam semula 10,000 hektar pada tahun 2023, iaitu lebih banyak berbanding tahun 2022 yang pada 6,000 hektar.
Senario harga minyak sawit global yang tinggi sepanjang 2 tahun ini bukanlah faktor tunggal yang menyebabkan rancangan tanam semula ditangguhkan. Peningkatan kos sara hidup serta kekurangan buruh asing jugalah faktor penyebab. Isu kebajikan buruh asing khasnya tempat penginapan dan kelengkapan asas mereka di ladang yang menjadi topik hangat masa lalu juga antara sebab yang telah memindahkan perhatian pengusaha tanaman terhadap perkara tanam semula. Perkara ini dijangka sudah diselesaikan sementara waktu ini. Justeru inilah masanya untuk mereka mempercepatkan kegiatan tanam semula pokok tua masing-masing.
Seperti apa yang disebutkan oleh pengurus ladang sawit tadi, beliau akan menggiatkan aktiviti tanam semula termasuk membeli anak benih sawit dari mana-mana tapak semaian berlesen yang dapat membekalnya. Inilah berita baik untuk sektor tapak semaian sawit, tentu mereka akan menyambutnya dengan hati serta senyuman terbuka.
Seorang penyelidik kanan dari institusi “Oil World” berkata, sektor sawit sudah kehilangan momentum disebabkan oleh penangguhan tanam semula serta pengurusan kurang memadai. Akibatnya, perolehan hasil kurang daripada jangkaan. Pada tahun 2017, kerajaan Indonesia menawarkan satu skim bantuan pekebun kecil sawit memandangkan sektor tersebut menyumbang 40% jumlah pengeluaran minyak sawit negara tetapi hasil sawit pula kurang 25% berbanding sektor estet. Skim tersebut asalnya bertujuan menanam semula 2.40 juta ha pokok tua. Namun sehingga bulan Feb 2023, hanya 278,000 ha berjaya ditanam semula. Seorang pegawai berkata, harga minyak sawit yang tinggi telah menyebabkan ramai pekebun menarik diri daripada skim bantuan tanam semula itu. Keadaan di Malaysia juga sama, hanya 100,000 ha ditanam semula pada tahun 2022 iaitu lebih rendah daripada keluasan tanam semula tahun 2020 yang pada 160,000 ha.
Indonesia kini menghadapi keadaan pokok awit melebihi 20 tahun sebanyak 2.32 juta ha atau bersamaan 15% jumlah pokok sawit dalam negara. Di antaranya itu, 4% malah melebih umur 25 tahun. Malaysia pula mempunyai 1.53 juta ha pokok tua bersamaan 27%, di antaranya 8% melebihi umur 25 tahun. Inilah pokok tua yang sudah kehilangan produktiviti. Ketika memandangkan keadaan ini, seseorang mungkin menua lebih awal daripada pokoknya!
Bahan tanaman sawit kini berhasil lebih tinggi, katek malahan daya rintangan terhadap kemarau dan penyakit juga lebih tinggi. Namun, kos tanam semula hari ini telah meningkat lebih satu kali ganda berbanding keadaan sebelum Covid-19. Kos tanam semula kini ialah RM19,748.25/ha. Kos baja, racun pertanian dan tenaga buruh masing-masing meningkat dengan ketara. Sektor pekebun kecil sawit di Indonesia bercadang tahun ini menanam semula 180,000 ha, kerajaannya akan menawarkan satu skim bantuan yang lebih mesra terhadap mereka supaya mereka pegang kukuh terhadap keputusan awalnya. Sungguhpun begitu, sebahagiannya dipercayai terpaksa menunggu 1 – 2 tahun lagi akibat kos kehidupan, baja dan racun yang tinggi di samping kekurangan tenaga buruh dan bahan tanaman sawit.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336