Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Hasil minyak sawit mentah di Malaysia sepanjang 30 tahun lalu sentiasa berada di aras kurang daripada 4 tan/ha/tahun. Pada tahun 2019 hanya memperolehi 3.4 tan/ha. Hasil ini jika dibandingkan dengan hasil teoritikal pada 18.2 tan/ha/tahun, jelas kelihatan hasil tersebut rendah melebihi 4 kali ganda. Hari ini, prestasi bahan tanaman DxP terunggul di pasaran ialah 8.6 tan/ha/tahun. Ada pokok sawit tunggal memperolehi prestasi lebih tinggi daripada ini.
Oleh sebab tempoh kajian setiap pusingan bahan tanaman DxP mengambil masa 10 – 12 tahun, keadaan ini sedikit sebanyak telah menghalang perkembangannya kerana masa yang lama diperlukan. Tambahan, DxP adalah berasaskan biji benih sawit, lantaran itu memiliki perbezaan genetik yang lebih tinggi. Keadaan ini selanjutnya merumitkan perkara ini.
Sungguhpun begitu, proses kajian DxP masih memperolehi peningkatan minyak 1.5%/tahun. Namun, pengembangan di bidang klon sawit kelihatan lebih tinggi lagi dengan peningkatan minyak 10 – 15%. keadaan ini memacu ramai pengeluar biji benih sawit dalam negara menjurus ke arah kajian klon sawit. MPOB juga salah satu peneraju di bidang ini. Dalam aspek ini, satu bahan tanaman klon sawit baru telah diumumkannya iaitu CPS3.
Bahan tanaman klon sawit CPS3 sebenarnya berasal daripada sepohon pokok sawit di Ulu Paka, Terengganu yang berhasil tinggi dengan mencatatkan pengeluaran buah tandan segar 198.80kg/pokok/tahun dan kadar perahan
minyak 35.22% (analisis makmal). Pokok ini telah digunakan pada tahun 2001 untuk dikultur menjadi bahan tanaman CPS3 kerana prestasi hasil yang amat unggul. Apabila anak benih klon CPS3 sudah cukup umur untuk dialih pindah ke ladang, ia diagihkan kepada ladang swasta untuk dieksperimen selanjutnya. Anak-anak benih tersebut juga digunakan dalam ladang eksperimen MPOB.
Apabila bahan tanaman CPS3 sudah matang, hasil buah dikutip berturut-turut selama 7 tahun untuk dianalisis. Didapati kadar perahan minyak (OER) sangat tinggi mencatatkan 37.5% (analisis makmal) serta kandungan minyak sehingga 11.3 tan/ha/tahun. Kepadatan 136 pokok/ha digunakan dalam eksperimen tersebut.
Selain itu, kualiti buah tandan CPS3 juga baik, umpamanya secara purata, setiap pokok menghasilkan 15.5 buah tandan dengan purata berat 14.3kg/tandan. Saiz ini lebih ringan daripada DxP pada 17.2 manakala bilangan buah tandan lebih tinggi daripada DxP pada 12.1 tandan/pokok. Saiz ini dipercayai lebih mudah diproses oleh kilang minyak sawit.
Dari segi kualiti dalaman pula, nisbah mesokarp kepada buah sawit (fruitlet) ialah 89.7%, nisbah buah sawit kepada buah tandan ialah 70.1% dan nisbah minyak kepada mesokarp basah ialah 59.7%. Semua aspek ini kelihatan lebih baik berbanding DXP yang masing-masing pada 86.7%, 68.9% dan 51.6%. Maksudnya ialah mesokarp bagi CPS3 lebih tebal daripada DxP justeru mampu mengandungi lebih banyak minyak.
Tambahan, nisbah isirung dalam CPS3 kepada buah tandan hanya 2.8% dan nisbah tempurung kepada buah sawit pada 6.3%. Angka ini lebih rendah daripada DxP yang masing-masing berada pada 4.3% dan 7.0%. keadaan ini membawa maksud isirung CPS3 lebih nipis daripada DxP justeru dapat mengandungi lebih banyak minyak.
Pelancaran CPS3 diyakini akan memanfaatkan peladang yang ingin mendapat hasil buah tandan segar dan kandungan minyak yang lebih tinggi. Terutama dalam aspek penjanaan minyak yang tinggi, CPS3 wujud sebagai satu pilihan yang memberangsangkan.
Sumber maklumat :
Siti Rahmah Abdul Rahman et al., Clonal Palm series (CPS3), MPOB TT. No. 671, July 2020.
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com