You are currently viewing Padi Rebah Petani Resah, Faktor Kejadian dan Kawalan

Padi Rebah Petani Resah, Faktor Kejadian dan Kawalan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Kejadian padi rebah berlaku pada beberapa peringkat pertumbuhan padi. Pertama sekali semasa tiupan angin kencang dan hujan lebat di peringkat padi selepas terbit. Kejadian ini biasanya berlaku di musim luar. Persaingan sengit tanaman padi dengan rumpai juga akan mengakibatkan keadaan ini.

Tanaman padi juga boleh rebah di peringkat berbunga atau semasa pembentukan isi. Kejadian di peringkat ini akan menyebabkan kerugian besar petani kerana hasil padi tidak berisi serta dengan peratusan hampa yang banyak. Semasa memesin, isi juga mudah hancur.

Sekiranya padi rebah di peringkat masak di petak kering, maka kerugian adalah kurang besar kerana padi masih dapat dituai. Menurut kajian MARDI dengan kerjasama MADA, didapati kemerosotan padi akibat kejadian padi rebah boleh setinggi 60%.

Ada dua situasi yang boleh menyebabkan padi merebah. Pertama, cengkaman akar padi yang tidak kuat pada tanah dan keadaan ini biasanya berlaku pada penanaman padi tabur terus yang mana pertumbuhan akar adalah lebih cetek. Keadaan ini berlaku di bahagian pangkal pokok padi.

Dalam situasi kedua, padi merebah di bahagian batang ekoran struktur batang pokok yang kurang tegap. Perkara ini biasanya terjadi atas padi yang ditanam secara tabur terus yang mana kepadatan tanaman adalah lebih tinggi menyebabkan persaingan hebat di antara tanaman dengan rumpai.

Apabila persaingan berlaku, pertumbuhan batang tanaman padi adalah lebih kecil dan kurang kuat. Semasa hujan, panikel padi akan bertambah berat dan kemudian melenturkan batang tanaman, akhirnya akan rebah. Persaingan tanaman padi dan padi angin akan juga menyebabkan padi rebah kerana ditindih olehnya.

Faktor Kejadian

Varieti padi berbatang lebih tinggi serta penghasilan isi yang juga tinggi mirip mewujudkan kejadian padi rebah. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku terutama di kawasan yang selalu mengalami tiupan angin kuat atau taburan hujan yang tinggi, maka varieti berbatang lebih pendek boleh digunakan.

Dalam keadaan ini, MARDI telah berjaya menghasilkan beberapa varieti menepati kriteria tersebut, termasuk MR 211, MRQ 50 dan MRQ 74 yang lebih rendah pokoknya berbanding dengan varieti MR 219 dan MR 220. Ketiga-tiga varieti ini juga agak kuat batangnya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Di kawasan penanaman yang menggunakan varieti MR 219 dan MR 220, kadar dan masa penggunaan baja serta kadar benih dan sistem penapakan perlu diperhatikan demi mengurangkan kejadian padi rebah.

Selain itu, baja sebagai sumber penting untuk menguatkan pertumbuhan tanaman dapat mengelakkan padi daripada kecenderungan merebah. Dalam keadaan ini, baja silika dan kalium didapati akan menambah kekuatan batang tanaman padi. Sebaliknya, penggunaan nitrogen berlebihan pula bukan suatu perkara baik di bidang penanaman padi terutama di antara peringkat bunting kecil (P.I) dan berbunga khususnya semasa musim hujan kerana padi mungkin akan rebah sebagai akibatnya.

Begitu juga keadaan setempat yang selalu mempunyai tiupan angin kuat atau hujan lebat adalah situasi yang cenderung merebahkan padi. Lebih-lebih lagi padi ditanam di kawasan laluan angin akan meninggikan kadar kejadian tesebut.


Kawalan

Di kawasan tanaman padi yang tidak menghadapi masalah bekalan air, air dalam petak sawah dialir keluar buat seketika waktu semasa pertengahan musim bagi memberi tekanan kepada tanaman padi supaya menggalak pertumbuhan sistem akar lebih mendalam ke bawah tanah. Air kemudian disalur masuk semula. Teknik ini telah diamalkan di negara Jepun yang tidak menghadapi bekalan air ke sawah sepanjang musim. Hal ini adalah berlainan sedikit daripada keadaan Malaysia yang mana air hanya dimasukkan pada awal musim sahaja.

Selain, itu, penaburan benih padi menggunakan penyembur sekiranya dihalakan ke tanah akan membolehkan benih masuk lebih mendalam di permukaan tanah. Langkah ini akan membantu cengkaman akar tanaman yang lebih baik kelak.

Sehubungan itu, kawalan rumpai khususnya padi angin denga lebih cekap dapat mengurangkan kejadian padi rebah. Begitu juga dengan aspek kawalan perosak dan penyakit perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi melestarikan pertumbuhan padi dalam keadaan yang baik dan mengurangkan insiden padi rebah.

 

Sumber Maklumat :

Badrulhadza Amzah dan Alias ismail,” Padi rebah petani punah”, Agromedia, Bil. 21, MARDI.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :