You are currently viewing Penyembur Nyamuk Berasaskan Minyak Sawit Lebih Unggul

Penyembur Nyamuk Berasaskan Minyak Sawit Lebih Unggul


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Penyembur serangga ke atas semut, nyamuk, lipas dan sebagainya wujud dalam bentuk penyembur yang mudah digunakan oleh semua rumah tangga. Penyembur ini amnya mengandungi bahan berasaskan minyak fosil seperti xylene, kerosene dan toluene yang kadangkala menyebabkan sensitiviti kulit selepas penggunaan.

Penyembur berasaskan minyak fosil juga berisiko menyebabkan kebakaran kerana sifat minyak fosil yang mudah bakar. Namun, risiko seumpama ini amat kurang berikutan langkah keselamatan pembuatan yang lebih ketat serta penggunaan yang lebih berhati-hati oleh para pengguna. Penyembur ini juga tidak boleh didegradasikan di samping mendatangkan kesan terhadap serangga bukan sasaran. Yang pentingnya ialah produk seumpama ini juga lebih mahal berikutan harga minyak fosil yang lebih tinggi.

Kini, penyembur serangga sudah boleh dirumus dengan menggunakan minyak sawit. Produk seperti ini mengandungi air sehingga 50% berbanding produk berasaskan minyak fosil yang mengandungi bahan ini sehingga 90%. Penyembur berasaskan minyak sawit ini juga bersifat boleh didegradasi, tidak membakar justeru tidak mendatangkan sebarang risiko terhadap kesihatan badan.

Bahan yang digunakan di dalam penyembur ini dirumus dengan teknologi nano. Bahan mentahnya bersifat semula jadi, lantaran itu lebih selamat dalam penggunaan. Rumusan produk ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu air dalam minyak (nilai pH 6.5 – 6.6) dan minyak dalam air (nilai pH 5.6 – 5.8). Rumusan ini berbeza di antara satu sama lain dari segi kabus terhasil daripada penyembur yang dirumus dengan teknologi air dalam minyak dapat mengekal lebih lama di udara berbanding rumusan satu lagi.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Namun kedua-dua produk ini mempunyai satu persamaan umum iaitu kabus yang terhasil daripada kedua-dua rumusan itu sangat halus serta tidak membentuk air di udara. Ciri ini menjadikan kedua-dua produk ini mencapai standard seperti penyembur komersial yang lain. Pembangunan produk ini menunjukkan minyak sawit mempunyai kegunaan yang sangat luas serta berpotensi cerah.

 

Sumber maklumat :

Ismail, A R et al., Palm-Based Aerosol Insecticide, MPOB Information Series, MPOB TT. No. 520, 2012.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com