FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Nama berasal bagi durian Bunga Merah atau bahasa Cina Ang Hua atau bahasa Inggeris Red Flower sebenarnya kurang pasti. Nama ini bermaksud bunga merah. Adakah bunga bagi kultivar ini berwarna merah?
Kultivar ini adalah baka kuno di Pulau Pinang. Kononnya ia belum didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia. Hari ini ia sudah dianggap sebagai durian nadir di Pulau Pinang. Namun ramai penduduk tempatan masih mengingati ada suatu baka seumpama ini yang saiz buahnya besar sehingga melebihi 5kg. Buah besar tidak disukai semua orang kerana harga biasanya mengikut berat buah maka harga buah tersebut akan menjadi mahal. Tambahan buah terlalu besar juga ada risiko isi tidak masak serentak. Sungguhpun demikian, tidak ada laporan terhadap kultivar ini setakat ini.

All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Durian Bunga Merah dipercayai berasal dari durian hutan kerana sifat buah yang agak “liar” – buahnya mempunyai 6 pangsa, fenomena ini agak berlainan daripada durian biasa yang hanya ada 5 pangsa. Kebiasaan, buah besar mesti didukung oleh tangkai yang besar. Beginilah keadaannya bagi Bunga Merah. Durinya juga banyak tetapi agak halus kesemuanya. Dari segi isi buah pula, ia bercorak kuning tidak seragam, beraroma tumbuhan serta manis lemak.
Empulur durian Bunga Merah sangat lebar menjadikannya kurang seimbang antara isi dan buah. Sebab itu, sesetengah peminat durian menganggap kurang berbaloi memilih durian ini kerana secara perbandingan, isinya kelihatan kurang walaupun buahnya besar. Namun, mutu bagi kultivar ini dipercayai masih boleh diterima kerana jika tidak, baka ini tidak wujud lagi dalam sejarah durian di Pulau Pinang. Bentuk buah Bunga Merah nampak agak sama dengan bentuk buah D99, kedua-duanya mempunyai bentuk luaran yang tidak rata, malahan bahagian dalaman buah juga banyak persamaan. Adakah fenomena ini mengimplikasi mereka berasal daripada warisan yang sama?